AntarabangsaIsu Semasa

Kemboja Akhirnya Mulakan Penghasilan Minyak Mentah Sendiri

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen mengatakan pada hari Selasa bahawa pengekstrakan minyak komersial pertama yang lama ditunggu-tunggu di negara itu akhirnya bermula.

Berucap menerusi televisyen negara, Hun Sen mengatakan hasil minyak pertama diambil pada hari Isnin oleh KrisEnergy, sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Singapura, dari sebuah telaga di Blok A luar pesisir di Teluk Thailand, di sebelah barat wilayah pesisir Preah Sihanouk.

 

Kejayaan Besar Kemboja

“Permulaan pengeluaran minyak adalah satu kejayaan bagi Kemboja. Ini adalah langkah penting pertama bagi negara itu untuk meningkatkan kemampuannya untuk mencapai tujuannya sebagai negara penghasil minyak dan gas.

“COVID-19 mengganggu tetapi tidak dapat menghancurkan usaha Kemboja untuk menghasilkan minyak,” kata Hun Sen.

Konsesi Blok A seluas 3,000 kilometer persegi (1,158 batu persegi) dianggarkan memiliki simpanan minyak sebanyak 30 juta tong. Ia ditemui pada tahun 2004, dan pada mulanya dipegang oleh syarikat minyak besar, Chevron yang menjual sahamnya kepada KrisEnergy pada tahun 2014.

 

Kerajaan Kemboja Hanya Memiliki Hak Produksi Sebanyak 5%?

KrisEnergy, yang diberikan hak produksi oleh kerajaan Kemboja pada tahun 2017, memegang 95% bahagian dalam projek ini dan Kemboja memiliki 5%.

Pengeluaran bermula dari satu telaga di ladang Apsara, dan menurut pengumuman dari syarikat minyak, diharapkan mencapai kemuuncak sekitar 7,500 tong minyak sehari setelah program pengeboran selesai dan empat lagi telaga dijangka selesai pada pertengahan Februari 2021.

Tetapi pendapatannya mungkin signifikan bagi kerajaan yang menganggarkan pada tahun 2017 bahawa ia akan menghasilkan royalti dan cukai sekurang-kurangnya AS$500 juta dari fasa pertama projek ini.

 

Pendapatan Minyak Kemboja Bakal Memburukkan Kes Rasuah Negara?

“Tugas kami sekarang adalah menyelesaikan pengeboran keempat telaga, menstabilkan pengeluaran dan memantau prestasi sehingga kami dapat menilai jalan terbaik ke depan untuk mengoptimumkan produksi minyak Kemboja dan nilai aset pada tahun-tahun mendatang,” pengumuman itu memetik ucapan Kelvin Tang, ketua operasi KrisEnergy di Kemboja.

Dalam dekad yang lalu, beberapa syarikat dari Australia, China, Perancis, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Korea Selatan juga telah menyatakan minat untuk menjelajah perairan Kemboja untuk mendapatkan minyak.

Pengkritik telah menyatakan keprihatinan bahawa pendapatan minyak mungkin memburukkan rasuah di Kemboja yang sudah berleluasa jika kerajaan gagal menguruskannya dengan betul.

Show More

Related Articles

Back to top button