Gaya Hidup

5 Cara Efektif Untuk DIY Baja Tanaman Di Rumah

Sejak pandemik Covid-19 ini, ramai yang mula berjinak-jinak menanam tanaman di rumah tidak kira di dalam ataupun di luar rumah. Namun tahukah anda terdapat cara mudah untuk membuat (DIY) baja tanaman anda sendiri?

Kuan Chee Choun telah berkongsi dengan TheStar bagaimana beliau membuat bajanya sendiri daripada sisa makanan atau bahan di dapur yang tidak boleh lagi dimakan.

1. Air beras Hasilkan Baja Tanaman Paling Murah

Air beras adalah paling mudah kerana hampir semua daripada ketika memasak nasi di rumah, air basuhan beras itu adalah sangat baik untuk semua jenis tumbuhan.

Untuk cara yang berkesan, biarkan air beras itu dalam mangkuk ataupun baldi semalam sehingga ia berbuih dan menghasilkan aktiviti mikrob.

Ia akan mengeluarkan bau kerana proses fermentasi dan ia adalah petanda yang baik. Air basuhan beras yang dibiarkan semalaman akan menghasilkan koloni bakteria di dalamnya yang akan menyuburkan tanah anda.

Ia akan bekerjasama dengan bahan organik di dalam tanah dan memecahkannya supaya ia lebih mudah diserap tanah.

2. Tepung

Bagi mereka yang gemar menghasilkan roti, donut, kuih atau apapun yang menggunakan tepung, selalunya tepung akan terselit dibahagian tangan.

Daripada membasuh tepung itu begitu sahaja, basuh dalam baldi air ataupun mangkuk dan simpan air tersebut semalaman.

Air akan menjadi mengeluarkan bau dan ini adalah salah satu lagi cara untuk mendapatkan air yang baik untuk tanah tanaman anda.

“Semua ini bukanlah untuk tanaman tetapi ia sebenarnya untuk bakteria dalam tanah dan bakteria ini merupakan pekerja bagi menghasilkan baja untuk tanaman anda.

“Ia adalah berbeza dengan membeli sepaket baja nitrat untuk tumbuhan anda kerana itu memberi makanan nitrat secara langsung kepada tumbuhan dan jika tanah anda itu sudah mati sebelum ini ia akan terus mati setelah diletakkan baja nitrat.

“Kebanyakan orang yang pandai menanam pokok selalunya tidak menjaga tumbuhan itu semata-mata tetapi mereka menjaga tanah dan tanah itu akan menjadi tumbuhan tersebut,” ujar Kuan.

3. Kentang Cara Orang Korea DIY Baja Tanaman Mereka

Ini merupakan cara penanaman organik di Korea. Mereka merebus kentang dan mengambil satu sudu kentang yang direbus dan dilenyek lalu dilarut dalam sebaldi air.

Masukkan segenggam daun yang telah kering tetapi berkulat ke dalamnya kerana ia mengandungi berjuta mikrob.

Ada yang menambah sedikit garam laut.

Biarkan selama tiga hari sehingga berbuih. Apabila ia berhenti berbuih, ia bermakna ia sudah boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga anda.

Kentang juga boleh ditukar dengan yogurt.

4. Perut ikan

Contoh molase. Sumber Imej: Wikipedia

Jika anda siang ikan anda, jangan buang perutnya. Campurkannya dengan molase (gula pekat) pada kadar yang sama atau memenuhi dua pertiga bekas.

Tambahkan air hujan ataupun air tanpa klorin sehingga bekas anda penuh sebelum menutupnya.

Setelah tiga hingga enam bulan, ia akan bertukar menjadi bahan bernutrisi tinggi dan baja yang efektif.

Ini merupakan proses fermentasi anaerobik. Fish menjadi hos untuk mikrob dengan pelbagai mineral dari laut.

5. Susu Basi Paling Mudah

Anda hanya perlu mencampurkan susu basi dengan sedikit air untuk mengurangkan asid dan siramkannya pada tanah. Ia bakal menjadi baja yang baik untuk tanah pokok bunga atau tanaman anda.

Show More

Related Articles

Back to top button