Teknologi

CD Projekt Red Akan Bertanggungjawab Atas Kelemahan Cyberpunk 2077 Pada Konsol Generasi Lama

Reputasi pembangun permainan CD Projekt Red dilihat tercalar di atas pelancaran permainan terbarunya, Cyberpunk 2077 dan ia dilihat akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Cyberpunk 2077 merupakan permainan video aksi ditunggu-tunggu peminat sejak ia pertama kali diumumkan pada 2012.

Dengan ciri-ciri dan jalan cerita menarik, ia membuatkan peminat tidak sabar menunggu permainan ini dilancarkan yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Walau bagaimanapun, permainan ini terpaksa melalui beberapa penangguhan pelancaran dan akhirnya dilancarkan pada 10 Disember 2020.

 

Pelancaran yang mengecewakan peminat

Permainan ini menerima respon yang baik terhadap jalan cerita dan konsepnya, namun lain pula cerita pada bahagian teknikalnya.

Seperti yang diumumkan Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, Google Stadia, PlayStation 5, Xbox Series, PlaySation 4 dan Xbox One.

Namun, versi konsol generasi lama seperti PlayStation 4 dan Xbox One menerima respon yang buruk daripada penggunaanya.

Pelbagai masalah teknikal yang terdapat di dalamnya sehingga sukar untuk dimain menjadi kekecewaan kepada pemain untuk menikmatinya.

Walaupun beberapa kemas-kini telahpun dikeluarkan oleh CD Projekt Red, ia tidak mampu mengatasi masalah tersebut dengan baik.

Beberapa pengguna konsol generasi lama turut meluahkan kekecewaan mereka mengatakan mereka tidak dimaklumkan bagaimana permainan ini berfungsi untuk konsol ini sebelum ia dilancarkan.

 

CD Projekt Red mohon maaf dan bertanggungjawab

Melalui masalah ini, CD Projekt Red telah pun mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas masalah teknikal yang dihadapi pemilik konsol generasi lama.

Dalam kenyataan tersebut mereka turut menyatakan mereka kini sedang sedaya upaya membaiki masalah tersebut bagi memenuhi permintaan pemilik konsol ini dalam beberapa siri kemas-kini yang dijadualkan sehingga seawal Januari dan Februari 2021.

Selain itu, mereka juga mengambil tindakan untuk membenarkan pemilik permainan ini untuk memulangkan salinan yang dibeli dan mendapatkan bayaran ganti rugi kepada mereka yang tidak mahu menunggu kemas kini tersebut.

 

Reputasi Tercalar

Isu ini sedikit sebanyak mencalarkan reputasi CD Projekt Red kerana ramai yang berharap Cyberpunk 2077 akan menjadi permainan video terbaik tahun 2020 untuk semua platform tanpa masalah.

Ia menjadi isu yang besar kerana lebih 40% pembeli pra-tempahan ini merupakan pemilik permainan berkonsol dan hampir separuh darinya masih menggunakan konsol generasi lama.

Malah Sony turut mengeluarkan Cyberpunk 2077 dari senarai permainan di dalam Play Store pada 18 Disember 2020.

Walau bagaimanapun, bagi pemilik PC dan Windows, tiada sebarang isu serius yang timbul dan rata-rata memberikan pujian dan meluahkan kepuasan mereka di media sosial.

Show More

Related Articles

Back to top button