Gaya HidupKesihatan

Mengapa Semakin Ramai Wanita Muda Korea Bunuh Diri?

“Wanita lebih dinilai berdasarkan rupa paras berbanding dengan kemahiran membuat mereka lebih sukar dinaikkan pangkat berbanding lelaki yang akhirnya membuat rasa kecewa dan rasa kosong,” kata Jin-ah yang pernah cuba untuk membunuh diri kerana dibuli dan didiskriminasi secara seksual di tempat kerja.

Jin-ah yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan cuba membunuh diri itu berjaya melawan perasaan tersebut kini berjumpa pakar sakit jiwa dan mengambil kursus psikologi di sebuah kolej.

Jin-ah yang berusia 31 tahun juga giat membantu wanita lain yang mungkin bergelut dengan imej diri mereka.

Dia mengakui ketika berasa tertekan, dia mula mengalami gangguan makan dan menjadi sukar untuk mengawal perasaan.

“Kerjaya selama 10 tahun juga akhirnya terkubur dan saya mula menghindar diri untuk keluar dari rumah,” kenang Jin-ah.

Jin-ah adalah di antara jumlah anak muda Korea Selatan yang pernah cuba untuk membunuh diri.

 

40% Orang Yang Membunuh Diri Di Korea Selatan Adalah Wanita Muda

Ia adalah amat membimbangkan apabila kadar bunuh di kalangan anak muda Korea Selatan yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun sangat tinggi.

Bagi setengah tahun pertama sahaja, 1,924 wanita telah membunuh diri dengan 40% adalah mereka berusia di dalam lingkungan 20-an.

Masalah ini telah menjadi sorotan media Seoul setelah seorang pramugari berusia 27 tahun bersama tiga lagi wanita berusia 20-an telah ditemui tidak sedarkan diri di sebuah bukit yang dipercayai persepakatan membunuh diri bersama dan dirancangkan dalam sebuah ruang ‘chat‘ di internet.

Kerajaan Korea Selatan kini mengklasifikasikan wanita di usia 20 hingga 30 tahun sangat berisiko untuk membunuh diri sehingga mereka perlu mendirikan Jawatankuasa Menghalang Bunuh Diri yang diketuai oleh Perdana Menteri mereka sendiri, Chung Se-kyun.

 

Fenomena Bunuh Diri Akibat Pandemuk Koronavirus?

Walaupun ramai pakar menyalahkan fenomena ini kepada pandemik koronavirus yang mengakibatkan ramai orang kehilangan kerja dan keadaan menjadi tertekan untuk orang muda, tetapi ada yang berkata masalah orang muda Korea terutamanya wanita adalah lebih kompleks daripada itu.

Sebuah tinjauan mendapati satu daripada empat anak muda telah berfikir untuk membunuh diri sekurang-kurangnya sekali sejak bermulanya pandemik. Ini adalah 10 kali ganda berbanding dua tahun yang lalu.

 

Mengapa Wanita Muda Lebih Cenderung Bunuh Diri?

Wanita mungkin mengalami kesan yang lebih besar kerana mereka cenderung berada dalam pekerjaan sambilan di hotel, peruncitan dan perkhidmatan makanan, yang paling terkesan.

Banyak wanita juga menghadapi beban tambahan pada anak-anak yang bersekolah di rumah, sementara perintah tinggal di rumah membuat beberapa orang dipenjarakan dengan dengan suami yang kasar.

Akan tetapi menurut South China Morning Post, kadar bunuh diri tetap tinggi di Korea Selatan sebelum adanya pandemik.

Pada tahun 2019, seramai 13,799 telah membunuh diri dan semakin meningkat setiap tahun.

Seorang pengkaji dari Institut Pembangunan Wanita Korea, Kim Young-taek berkata keadaan ekonomi merupakan faktor utama menyebabkan fenomena bunuh diri di kalangan wanita.

“Wanita berbanding lelaki selalunya akan kekurangan wang dan sumber sosial yang penting untuk kesihatan yang baik,” kata Kim.

Oleh itu ia membuat mereka lebih terjejas setiap kali ekonomi negara berada di paras tidak baik.

Kesimpulan yang dilakukan Kim adalah selari dengan ahli jawatankuasa kerajaan yang menyatakan bahawa kehilangan kerja dan aktiviti ekonomi ketika pandemik telah menyebabkan faktor utama peningkatan drastik kes bunuh diri di Korea Selatan.

 

Wanita Ingin Bunuh Diri Kerana Didiskriminasi Dan Tertekan

Malah menurut Kim Nan-jue, seorang lagi pengkaji dari Institut Pembangunan Wanita Korea, Korea Selatan bukan sahaja memiliki jurang gaji di antara lelaki dan wanita tetapi kebanyakan pekerjaan sambilan dan kurang berkualiti disandang oleh para wanita.

Wanita di sana pula selalunya diberi waktu bekerja yang jauh lebih kurang walaupun mereka boleh lakukan lebih daripada sepatutnya.

 

Komitmen Kerajaan Untuk Membantu Wanita Muda Di Korea Selatan

Akibat daripada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Menghalang Bunuh Diri, pihak kerajaan berkomitmen untuk mengukuhkan lagi perkhidmatan kaunseling untuk wanita di samping menyediakan bantuan kepada wanita yang sedang menghadapi cuti tanpa gaji ataupun yang sedang mencari pekerjaan sambilan.

Menerusi sebuah kajian oleh Institut Pembangunan Wanita Korea pada 2018, lebih setengah daripada mereka yang cuba membunuh diri tidak pernah mendapatkan bantuan ataupun kaunseling.

 

Berjumpa Psikiatri Atau Pakar Sakit Jiwa Dianggap Tabo

Berjumpa dengan pakar sakit jiwa atau psikiatri ini dianggap tabo di Korea Selatan sama seperti kebannyakan negara di Asia.

“Saya menyembunyikan fakta saya sedang berjumpa psikiatri daripada ibubapa saya kerana mereka percaya bahawa hanya orang gila yang berjumpa psikiatri,” jelas Jin-ah yang kesal kerana ramai orang di luar sana sedang menderita akibat tekanan tetapi tidak mendapatkan rawatan yang seharusnya akibat kurangnya kesedaran tentang kesihatan mental di kalangan orang ramai.

Jin-ah mahu menggunakan pengalamannya yang pernah gagal membunuh diri itu untuk membantu orang menukarkan persepsi terhadap kesihatan mental supaya mereka yang menderita boleh mendapatkan bantuan.

Jin-ah berharap dengan melakukan hal ini, ia boleh membantu menyelamatkan orang lain seperti dirinya berjaya menyelamatkan diri sendiri.

Show More

Related Articles

Back to top button