Gaya HidupKesihatan

Varian Baharu Koronavirus Ditemui, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Varian baharu koronavirus yang ditemui di sebahagian kawasan di England telah meningkat pada kadar yang sangat cepat.

Menurut Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, sekurang-kurangnya 60 pihak berkuasa tempatan yang berbeza telah merekodkan jangkitan yang disebabkan varian baharu ini.

 

Adakah Ia Bakal Menjejaskan Keberkesanan Vaksin Yang Telah Terhasil?

Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah diberitahu tentang perkara ini dan saintis UK sedang menjalankan kajian lanjut tentangnya.

Bagaimanapun, menurut Hancock, belum ada tanggapan ia boleh menyebabkan jangkitan lebih teruk ataupun vaksin sudah tidak boleh digunakan lagi.

“Kami telah mengenalpasti lebih 1,000 kes dengan variasi ini di Selatan England. Kami belum tahu asal usul varian baharu ini tetapi ia adalah penting untuk mengawasi jangkitan dengan adanya vaksin.”

 

Adakah Varian Baharu Koronavirus Ini Boleh Dikesan Dengan Mudah?

Ketua Pegawai Perubatan England, Prof Chris Whitty berkata ujian swab koronavirus yang digunakan sekarang mampu mengesan varian baharu yang ditemui di kawasan Kent dan sekitarnya.

Perubahan dan mutasi adalah berkaitan dengan protein di dalam virus. Ia merupakan bahagian yang membantu ia menjangkiti sel manakala sasaran vaksin Covid telah direka untuk mengatasinya.

Prof Alan McNally, seorang pakar di Universiti Birmingham berkata kepada BBC supaya orang ramai jangan panik. Ini tidak bermakna perkara ini serius tetapi ia memerlukan perhatian yang labih.

“Usaha yang lebih sedang dilakukan dalam mengenal varian ini. Ia adalah penting supaya orang ramai kekal tenang dan rasional kerana ia adalah normal dalam evolusi virus. Malah kami sudah menjangkakan varian baharu akan datang dan pergi seiring masa.”

 

Dari Mana Munculnya Varian Baharu Koronavirus Ini?

Menurut BBC, salah satu kemungkinan munculnya variasi baharu ini ialah kehadiran orang untuk melancong ketika musim panas yang lalu.

Buat masa ini perinci saintifik tentang variasi in belum diketahui.

Prof Jonathan Ball, Profesor Virologi Molekul di Universiti Nottingham, berkata, “Maklumat genetik dalam banyak virus boleh berubah dengan cepat dan kadang-kadang perubahan ini dapat memberi manfaat kepada virus. Ia membolehkan virus tersebut tersebar dengan lebih berkesan atau melepaskan diri daripada vaksin mahupun rawatan. Akan tetapi, kebanyakan perubahan sama sekali tidak memberi kesan.

“Walaupun varian genetik baru virus telah muncul dan menyebar di banyak tempat di UK dan di seluruh dunia, ini dapat terjadi secara kebetulan.

“Oleh itu, penting bagi kita untuk mengkaji perubahan genetik yang berlaku. Ini adalah untuk mengetahui adakah ia mempengaruhi bagaimana perilaku virus, dan sehingga kita melakukan pekerjaan penting itu, ia adalah terlalu awal untuk membuat tuntutan mengenai potensi kesan mutasi virus.”

Show More

Related Articles

Back to top button