Gaya HidupKerjaya

Bagaimana E-Sukan Bakal Menjadi Kerjaya Besar Untuk Anak Muda

Universiti Staffordshire merupakan universiti pertama untuk mengadakan kursus sarjana muda e-sukan pertama di UK. Mereka bakal memiliki graduan pertama mereka yang berijazah sarjana muda e-sukan tidak lama lagi. Adakah kerjaya dalam bidang e-sukan ini pemilihan baik untuk anak muda?

 

Apa Sahaja Yang Dipelajari Dalam Pengajian E-Sukan Di Universiti?

Menerusi pengajian e-sukan di universiti tersebut, mereka tidak hanya belajar untuk bermain permainan video tetapi mereka diberi kemahiran yang diperlukan dalam industri e-sukan seperti menguruskan pertandingan di seluruh dunia.

“Ia sangat berasaskan perniagaan dengan memfokuskan segalanya daripada pemasaran, perundangan dan kewangan sehinggalah ke pengurusan acara, strategi dan membuat pengisian,” kata Danielle Morgan, mahasiswa e-sukan di Universiti Staffordshire.

Danielle yang masih dalam pengajian tahun ketiganya kini sedang menimba pengalaman dalam sebuah firma terbitan e-sukan, Status Effect serta membantu dalam pengurusan pertandingan yang melibatkan permainan Rainbow Six Siege.

 

Industri E-Sukan Lebih Besar Berbanding Perfileman, TV dan Muzik

E-sukan dilihat bakal menjadi industri yang besar dengan mencatatkan 52% perolehan dalam industri hiburan bermakna ia lebih besar berbanding perfileman, TV dan muzik digabungkan.

Menurut BBC, E-sukan dijangka bakal memiliki lebih 200 juta peminat dengan 200 juta lagi penonton bermusim.

“Dari segi pertumbuhan komersial, e-sukan dilihat seperti Liga Perdana ketika ia diwujudkan pada tahun 1992, dan kami percaya ia memiliki peluang untuk 20 hingga 20 jenama e-sukan di dunia untuk menjadi perniagaan berbilion dolar,” kata Karan Mehta, seorang pelabur di peringkat awal untuk Octopus Ventures.

Dengan pertumbuhan jenama dan sektor ini, terdapat peluang perkejaan yang semakin besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laman pekerjaan Hitmarker melihat pertubuhan 87% dalam pekerjaan berasaskan e-sukan sejak 2018 hingga 2019.

 

Pelajar E-Sukan Di Universiti Bukan Sekadar Belajar Main Game

Bagi pelajar aliran e-sukan di Universiti Staffordshire, sejak mereka di tahun pertama mereka harus mengadakan acara e-sukan.

Pada tahun pertama, mereka harus mengadakan perlawanan perseorangan. Di tahun kedua pula mereka harus mengadakan perlawanan ‘multiplayer’ (ramai pemain).

Ini akan memberi mereka banyak pendedahan tentang penerbitan dan kemahiran pengurusan acara yang diperlukan dalam industri.

Terdapat juga beberapa universiti mengambil langkah yang sama dengan menawarkan biasiswa e-sukan dan ada juga biasiswa e-sukan khas untuk wanita.

Para pelajar juga belajar pelbagai subjek disamping itu. Ada yang mengambil pemasaran digital, sains komputer dan juga zoologi.

“Orang dalam industri berkata ia adalah lebih baik jika seseorang itu memiliki sarjana muda pemasaran dengan tambahan minat seperti e-sukan berbanding e-sukan semata-mata,” kata Jonas Kontautas, penyelaras e-sukan di Universiti Roehampton.

 

Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang E-Sukan

Bagi mendapatkan biasiswa yang ditawarkan oleh Universiti Roehampton, mereka mengambil pemain yang kompetitif dan berada di tangga 1% ke atas dalam permainan yang mereka main. Ini adalah supaya mereka boleh memasuki peringkat semi-profesional dan memasuki pasukan.

Mereka juga memfokuskan industri media untuk membangunkan kemahiran melakukan penstriman secara langsung, menghasilkan pengisian di media sosial, penulisan skrip dan bercakap di hadapan kamera.

Walau bagaimanapun, menurut Sam Mathews, pengasas dan CEO Fnatic, yang merupakan salah satu organisasi e-sukan profesional terkenal berkata mendapatkan ijazah sarjana muda e-sukan bukanlah sebuah kepastian mereka boleh mendapatkan kerja di firmanya.

 

Memiliki Ijazah E-Sukan Dari Universiti Tidak Semestinya Terus Dapat Kerja?

“Ia bergantung kepada ilmu yang mereka miliki. Jika mereka memiliki pengalaman menjadi sukarelawan, menunjukkan diri mereka proaktif, maka ijazah tersebut adalah baik.

“Namun, dalam realiti kami tidak mengambil belum lagi mengambil graduan e-sukan buat masa ini. Kami mengambil pereka, penulis atau kemahiran yang spesifik.

“Saya rasakan keperluan memiliki pasukan e-sukan tidak begitu diperlukan kerana ia adalah untuk syarikat korporat yang mahu menceburi e-sukan.”

Mathew mencadangkan mereka yang memiliki ijazah e-sukan unuk bekerja di bawah pengurusan pemasaran sebuah korporat besar ataupun pengurusan liga di mana kemahiran penerbitan sangat diperlukan.

Bagi kumpulan e-sukan, Mathews mencadangkan kemahiran yang perlu dititikberatkan sewaktu pengambilan orang bekerja ialah sifat semangat kesukanan mereka.

 

Apa Yang Harus Ada Untuk Berjaya Dalam E-Sukan?

“Pemain e-sukan berpengalaman adalah sangat sukar untuk didapati berbanding video editor ataupun pereka grafik. Kami tidak mahu memberi tanggungjawab kepada graduan baharu untuk mengambil alih perancangan mengadakan acara ‘League of Legends’ ataupun menguruskan pemain kerana ia merupakan sesuatu yang kami perlu beri latihan secara dalaman,” jelas Mathews.

Akan tetapi, Fnatic juga telah mendirikan akdemi untuk pelajar dengan harapan menjadi pemain yang memiliki pendapatan tertinggi.

 

Cabaran E-Sukan

Bagi Dr Bobbie Fletcher yang merupakan pengasas bersama ijazah sarjana m uda e-sukan di Universiti Staffordshire berkata, sektor ini sedang mengalami cabaran seperti industri permainan video rasakan 20 tahun yang lalu.

“Industri permainan video belum lagi memikirkan bagaimana ia boleh menghasilkan wang dan telah melakukan pelbagai kesilapan yang boleh dilihat,” kata Dr Bobbie.

Namun begitu, Mathews percaya majoriti pelabur bakal mendapatkan pulangan mereka dalam jangka masa panjang.

“Saya tidak rasa para pelabur fikir mereka boleh menggandakan wang mereka dalam masa setahun. Akan ada yang rugi tetapi kebanyakan pelaburan tahu ia adalah jangka masa panjang dan e-sukan akan terus kekal.

Show More

Related Articles

Back to top button