Sukan

Adakah Nama Schumacher Bakal Kembali Mengungguli F1?

Pada penghujung tahun 2019, tekanan yang tinggi berlaku terhadap Mick Schumacher, anak kepada lagenda unggul F1, Michael Schumacher apabila pemandu muda itu giat menunjukkan kebolehannya dalam arena sukan permotoran.

Mick yang ketika itu berusia 20 tahun telah menamatkan musim pertamanya Formula Dua (F2) di tangga ke-12 dengan 213 mata di belakang juara walaupun memandun untuk pasukan terbaik dalam kejuaraan tersebut.

Ini telah menyebabkan ramai mempersoalkan kemampuan Mick.

 

Menunjukkan Kemampuan Dalam Musim Kalah Mati Bagi Mick Schumacher

Oleh sebab itu musim 2020 merupakan musim yang paling mencabar untuk Mick kerana ia merupakan musim penentu baginya.

Di perlumbaan terakhir musim, Mick yang merupakan ahli Akademi Pemanduan Ferari bertemu dengan pasukan PREMA Racing untuk satu pertemuan penting.

“Setelah pengakhiran musim lalu, kami bertemu Mick dan berbincang secara terbuka. Kami menyatakan perkara paling penting untuk dia perbaiki dan juga apa yang kami perlu perbaiki. Kami merancang untuk bersedia dalam perlumbaan pertama (untuk musim berikutnya),” ujar pengetua Rene Rosin kepada CNN Sport.

Dalam kurang 12 bulan, dengan musim tahun ini dipendekkan akibat pandemik koronavirus, nasib Mick Schumacher bertukar sehingga pada 6 Disember yang lalu, beliau dinobatkan juara dunia F2.

Beberapa hari sebelum kejayaannya di Bahrain, telah diumumkan bahawa Mick bakal berlumba di musim baharu F1 di mana bapanya pernah masyhur dan menjadi juara dunia sebanyak tujuh kali.

Mick Schumacher, yang kini berusia 21 tahun akan memandu buat pertama kalinya dalam saingan Formula Satu (F1) bersama pasukan Haas pada musim depan.

 

Mick Schumacher Bermula Dengan Menggunakan Nama Ibu

F2 merupakan tempat untuk melahirkan pemandu unggul yang bakal memasuki kejohanan F1.

Pemandu F1 yang ada sekarang di pasukan unggul sekarang semuanya merupakan juara F2.

Tetapi menurut CNN, Mick lain berbanding pemandu muda yang lain. Beliau bermula dengan menyertai go-kart tetapi memilih untuk menggunakan nama keluarga ibunya Betsch atau kadang kala menggunakan nama Junior.

“Mick tahu dia ada nama dan tekanan yang harus ditangani tetapi beliau telah menunjukkan kemampuan untuk mengatasi tekanan tersebut,” kata Rosin.

“Kami juga tidak melayannya dengan cara berbeza berbanding pemandu yang lain. Mick merupakan salah satu pemandu kumpulan dan kami mahu berikannya yang terbaik supaya dia boleh menunjukkan kemampuannya tersendiri.

“Sepanjang kehidupan Mick diberi tekanan. Pada masa yang sama, jika dia mahu memenangi sebuah kejuaraan dan menjadi pemimpin dalam sukan ini kita perlu bijak menangani tekanan tersebut kalau tidak, dia tidak akan mara ke Formula Satu atau menjadi di tangga teratas dalam sukan permotoran.”

Mick bukan sahaja menunjukkan perubahan yang baik di litar dalam jangka masa 12 bulan tetapi beliau kelihatan lebih yakin.

 

Mendapat Tips Daripada Bapa

Mick bersama ayahnya, Michael Schumacher. Sumber Imej: thesun.co,uk

Dalam sebuah temubual dengan RTL, Mick berkata dia menerima nasihat daripada ayahnya dan menerutu Lawrence Barretto, penulis senior F1.com, Mick telah dilatih dengan baik untuk berdepan dengan media kerana orang yang menasihatkannya adalah orang yang sama yang memberi nasihat kepada sang ayah.

Adakah Mick Benar-Benar Layak Menduduki Kerusi F1?

Barretto menganggap Mick lebih daripada layak mendapatkan peluang di F1.

Malah sebenarnya Mick akan mendapat tekanan yang lebih besar berbanding pesaingnya kerana nama yang harus beliau junjung iaitu “Schumacher”.

 

Adakah Mick Schumacher Setangkas Ayahnya?

Baretto percaya Mick bakal menjadi pemandu F1 yang baik.

“Saya rasa tidak ramai orang boleh menandingi apa yang pernah Michael Schumacher lakukan. Kita ada Michael dan Lewis (Hamilton) di atas sana yang berada di kedudukan selesa jauh daripada orang lain.

“Daripada apa yang kita lihat, saya rasa dia tidak akan mampu menandingi Michael tetapi saya rasa dia ada potensi, Mick telah menunjukkannya setakat ini dengan menjadi pemenang dalam perlumbaan dan mendapatkan status dunia. Saya rasa kita belum melihat banyak untuk menjangkakan dia boleh setanding ayahnya,” ujar Baretto.

Baretto menasihatkan Mick untuk belajar di atas kemampuan sendiri kerana pemandu F1 memerlukan data yang banyak serta waktu bersama yang panjang bersama pasukan serta bekerja keras untuk mencapai kemampuan maksimum pada kereta yang dipandu.

“Kunci untuknya pada tahun hadapan ialah untuk mengalahkan rakan sepasukannya (Nikita Mazepin) dan jika Mick mampu melakukannya, ia adalah kemenangan untuknya,” jelas Baretto.

 

Nama Schumacher Bakal Kembali Memberi Rangsangan Hebat Kepada Seluruh F1

Namun bagi Rosin, beliau tidak pernah ragu bahawa Mich Schumacher bakal berjaya di sukan permotoran paling unggul ini.

“Beliau merupakan pemenang kejuaraan, beliau merupakan pemandu yang bekerjasama dengan jurutera, beliau merupakan pemandu yang faham teknkal, bagaimana kelakuan jentera dan sudah tentu beliau memiliki seni pertandingan yang hebat, beliau melihat beberapa pusingan dalam sesebuah perlumbaan dan sudah tahu di mana tayar jentera perlu diletakkan.”

Rosin berkata kejayaan di Mick di F2 memakan masa lima tahun, oleh itu orang ramai jangan terlalu berharap sesuatu yang hebat kerana kebangkitannya adalah sesuatu proses yang kian meningkat.

Akan tetapi kehadiran Mick Schumacher di arena F1 sudah pasti memberikan rangsangan hebat kepada F1 dan pasukannya.

Show More

Related Articles

Back to top button