Gaya HidupTeknologi

Adakah ‘Dating App’ Benar Boleh Mencari Teman?

Tinder, Bumble, OKCupid – adalah antara aplikasi mencari teman atau ‘Dating App’ yang popular digunakan sejak dahulu lagi.

Ia menjadi platform perhubungan media sosial yang mengkhususkan pengguna mencari teman mengikut kriteria yang diinginkan.

Dari jantina, umur malah minat; pengguna boleh menetapkannnya bagi mencari teman yang ideal.

 

Siapa Yang Sering Menggunakan Aplikasi ‘Dating’ Ini?

Namun, adakah ia benar-benar berfungsi sebagai aplikasi mencari teman atau ia mengkaburi mata pengguna dengan yuran langganan aplikasi yang tinggi.

Berbeza dengan aplikasi berkongsi kandungan seperti Tiktok, Instagram malah Facebook, aplikasi mencari teman ini mengkhususkan pencarian teman yang lebih intim.

Menurut kajian, rata-rata pengguna menggunakan berusia 20 hingga 35 tahun dengan tidak mengira apa jenis hubungan dan personaliti yang mereka ada ketika itu.

Pelbagai tujuan digunakan sama ada meluaskan rangkaian perkenalan, mencari teman sehidup malah mencari individu berpontensi untuk perniagaan.

 

‘Dating App’ Tidak Percuma

Namun, bagi sesetengah aplikasi ini, pengguna dikehendaki melanggan perkhidmatan sekurang-kurangnya selama sebulan bagi memberi pilihan yang lebih banyak dan lebih terperinci.

Walau bagaimanapun, kadar bayaran boleh dikatakan mahal di mana ia sekitar RM120 sebulan atau RM70 sebulan jika melanggan untuk setahun.

Bagi pengguna yang tidak perasan atau ‘terdesak’ mencari teman, langgan akan dibuat namun ia masih tidak menjamin pengguna tersebut akan bertemu teman yang sesuai.

Pengguna juga harus menentukan aplikasi mana yang benar-benar popular dengan pengguna yang banyak bagi memudahkan mencari pilihan.

 

Aplikasi ‘Dating’ Membawa Tuah Bercinta Atau Mendatangkan Masalah?

Beberapa laporan menunjukkan ramai pengguna yang menggunakan aplikasi ini mempunyai masalah dalam perhubungan sedia ada mereka.

Terdapat pengguna yang tidak berpuas hati dengan perhubungan yang mereka ada, kemudian perpindah mencari ‘pengganti’ melalui aplikasi ini.

Laporan juga mendapati banyak kes penceraian berlaku gara-gara aplikasi berbentuk ini.

Tidak dinafikan, terdapat beberapa pengguna berjaya mencari jodoh atau teman yang inginkan, namun peratusnya tidak banyak.

 

Berkesan Atau Tidak Aplikasi ‘Dating’ Ini?

Aplikasi mencari teman tidak boleh dipandang serius dan ia boleh digunakan tanpa merosakkan hubungan yang sedia ada.

Perlu diingat, aplikasi ini berbentuk dua hala – pilihan teman tidak akan terjadi sekiranya satu pihak tidak bersetuju ingin berkenalan.

Show More

Related Articles

Back to top button