Gaya HidupKesihatan

Scotland Menjadi Satu-Satunya Negara Melakukan Hal Ini Untuk Wanita

Pada minggu lalu, Scotland menjadi negara pertama di dunia untuk memberikan produk haid percuma kepada rakyatnya setelah empat tahun berkempen untuk perkara tersebut.

Akta Produk Haid (Peruntukan Percuma) (Scotland) telah diluluskan sebulat suara di peringkat akhir yang meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi produk haid secara percuma bagi yang memerlukannya.

 

Bukan Perkara Baharu Di Setengah Tempat Di Scotland

Perkara bukanlah baharu di Utara Ayrshire yang sudah melakukannya sejak tahun 2018.

Monica Lennon. Sumber Imej: The Scottish Sun

Kempen yang diketuai oleh jurucakap wanita dari parti Buruh, Monica Lennon berkata ia merupakan hari yang membanggakan untuk Scotland.

“Ia akan memberi perubahan yang besar kepada kehidupan perempuan yang melalui haid. Sudah ada kemajuan besar di peringkat masyarakat dan melalui pihak berkuasa tempatan dalam memberi peluang kepada semua orang untuk mendapatkan martabat haid sewajarnya.

“Ada perubahan besar dalam cara pembahasan tentang haid dalam kehidupan masyarakat. Beberapa tahun yang lalu tidak pernah ada perbincangan terbuka mengenai haid di ruang Holyrood dan sekarang ini ia di peringkat arus perdana. MSP menikmati bahagiannya, dan ini merangkumi menopaus, endometriosis, serta jenis produk yang kami gunakan serta kelestariannya,” kata Lennon kepada TheGuardian.

 

Ramai Di Scotland Tidak Mampu Membeli Produk Haid

Menurut badan amal, ketika pandemik ramai yang sukar mendapat makanan kerana tidak ada duit apatah lagi untuk membeli produk haid.

Malah sebuah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ‘Women for Independence’ (Wanita merdeka) telah mendapati satu daripada lima wanita tidak mampu membeli produk haid dan ini telah memberi impak yang nyata terhadap kadar kebersihan, kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Di Scotland, wanita perlu mengeluarkan sehingga RM71 sebulan untuk membeli produk haid.

Akan tetapi terdapat beberapa restoran, pub dan kelab bola sepak sudah melakukan pemberian produk haid percuma dan ia boleh didapati di tandas wanita secara percuma.

Setelah ia diluluskan di peringkat kerajaan supaya produk haid akan diberikan percuma kepada semua yang mengalami, haid, Ia bakal memakan perbelanjaan sebanyak RM47.5juta setahun untuk kerajaan Scotland.

Show More

Related Articles

Back to top button