Bisnes & Ekonomi

Bagaimana Elon Musk Memintas Bill Gates Menjadi Orang Kedua Terkaya Di Dunia?

Minggu lalu Elon Musk dikhabarkan telah memintas Bill Gates menjadi orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak USD$128bn setelah nilai syarikat kereta elektrik yang beliau asaskan 17 tahun meningkat lebih USA$500bn.

Nilai kekayaan Bill Gates adalah sebanyak USD$127.7bn dan ia seharusnya boleh lebih tinggi daripada itu tetapi Gates telah mendermakan lebih daripada USD$50bn untuk membantu kajian dalam penyakit termasuk pembangunan vaksin Covid-19 dan membasmi kemiskinan melalui Yayasan Bill dan Melinda Gates.

 

Bagaimana Elon Musk Boleh Menduduki Tangga Ke-2 Orang Terkaya Di Dunia?

Musk, 49 tahun telah melihat kekayaan persendiriannya meningkat sebanyak USD$100b pada tahun ini apabila ramai pelabur di seluruh dunia membeli saham Tesla setelah melihat mereka mampu menjadi kunci untuk keluar daripada kebergantungan minyak fosil.

Saham Tesla yang telah meningkat lebih enam kali tahun ini daripada USD$86 pada bulan Januari kepada USD$546 untuk satu saham pada 24 November 2020.

Musk memiliki 20% saham di Tesla dan ini telah membuat kekayaan peribadi Musk melonjak daripada USD$7.2b menjadi $USD128b pada 24 November sekaligus mengatasi kekayaan pengasas Microsoft, Bill Gates.

Seminggu sebelum laporan ini, kekayaan Musk dilihat telah mengatasi pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan menduduki tangga ketiga orang paling kaya di dunia.

 

Kekayaan Elon Musk Boleh Terus Meningkat

Menurut TheGuardian, kekayaan Elon Musk boleh meningkat dengan lebih tinggi dengan peningkatan harga saham Tesla yang membolehkan Musk mensasarkan mengaut bonus bernilai USD$55.8bn.

Namun untuk mendapatkan bonus tersebut, Musk perlu membina Tesla menjadi sebuah syarikat bernilai USD$650bn menjelang 2028.

Ini adalah berdasarkan skema yang telah dibina pada tahun 2018 yang pada ketika itu bernilai USD$55bn.

Beberapa penganalisis turut mengunjur saham Tesla boleh meningkat lebih tinggi kerana kerajaan termasuk UK menetapkan sasaran untuk melarang kenderaan dengan bermesin pembakaran dalaman dalam usaha untuk mengelakkan krisis pemanasan global.

 

Tesla Merupakan Syarikat Permotoran Dengan Nilai Pasaran Tertinggi Tetapi Tidak Banyak Menghasilkan Kereta

Dan Ives, pengarah urusan penyelidikan ekuiti di Wedbush Securities, mengatakan terdapat permintaan besar untuk kereta Model 3 utama Tesla di Eropah dan China. Perkara ini boleh meningkatkan lagi saham Tesla.

Tesla kini merupakan syarikat permotoran dengan nilai pasaran tertinggi di dunia walaupun mereka hanya mengeluarkan beberapa jenis kenderaan berbanding yang lain.

Ia hanya dijangka bakal mengeluarkan 500,000 kenderaan elektrik tahun ini berbanding kereta keluaran Jepun Toyota yang menghasilkan hampir 10 juta kereta setahun.

Tiga perempat daripada kekayaan Musk datangnya daripada saham di Tesla tetapi beliau juga terlibat dalam pembuatan kapal angkasa SpaceX.

SpaceX dijangka akan melancarkan 60 satelit internet jalur lebar ke orbit.

Show More

Related Articles

Back to top button