Teknologi

Adakah Pemain Permainan Video Sukar Bersosial?

Jika dilihat 30 tahun, pemain permainan video boleh dikatakan seorang yang menyendiri dan sukar bersosial namun ia kini berubah menjadi satu komuniti yang sangat besar yang merangkumi pelbagai individu dari serata dunia.

Terdapat kajian bahawa persekitaran sosial seorang permain video lebih besar daripada beberapa individu ‘kolar putih yang kuat bekerja’.

Perkembangan Teknologi Permainan Video

Permainan video mula diperkenalkan seawal 1950an dan 1960an di mana sebuah peranti disambungkan ke set televisyen yang memberikan hiburan.

Tahun demi tahun, peranti tersebut berubah menjadi konsol permainan video dan memberikan lebih banyak permainan yang menarik, namun pemain masih bermain secara solo atau kumpulan yang kecil.

Jadi perkara ini dilihat telah menunjukkan pemain yang terlalu taksub bermain permainan video akan memilih untuk bermain sendirian dan tidak bersosial.

Namun ia semakin berubah memasuki milenia dengan kehadiran jalur lebar dan lebih banyak pembangun permainan video menghasilkan permainan yang memerlukan ciri-ciri bersosial.

Peralihan konsol ke konsol dengan kestabilan jalur lebar kini membolehkan para pemain permainan video bersosial dengan pemain yang mempunyai minat yang sama di atas talian.

Sambungan internet yang lebih stabil membolehkan lebih ramai pemain bermain turut serta bermain atas talian dan lebih lama.

Permainan video terkini juga dibina dengan mengharuskan pemain bermain bersama individu atau kumpulan lain di dalam talian untuk mara ke peringkat seterusnya.

 

Membina Komuniti Tersendiri Menerusi Minat Terhadap Permainan Video Terkini

Tidak dinafikan pelbagai individu boleh dijumpai di atas talian dengan pelbagai jenis personaliti.

Ada pemain yang bermain atas keinginan bermain permainan video sambal berkongsi pengalaman dan minatnya.

Atas faktor ini, medium-medium media sosial seperti Twitch dan YouTube dijadikan platform berbuat sedemikian.

Ia dapat mengumpulkan sebilangan peminat dengan minat yang sama berkongsi pendapat, meluahkan respon dan mendapatkan informasi mengenai permainan tersebut.

Namun, komuniti ini tidak lari dari elemen negatif ketika di dalam media sosial apabila masih terdapat individu yang mempunyai perasaan hasat dengki serta menyebarkan fitnah.

Permainan Video Kini Bukan Permainan Bersendirian

Jika dilihat perkembangan permainan video 30 tahun lalu, individu yang bermain permainan video boleh dikatakan lebih sukar bersosial dengan orang lain dan lebih senang untuk bersendirian.

Namun dengan perkembangan komuniti, teknologi serta budaya permainan video dan e-sukan, ia adalah satu komuniti yang besar dan lebih menarik.

Biarpun di dalam talian, setiap individu kini boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan minat yang sama biarpun di era dunia uji pendemik berbahaya.

Dengan lebih banyak penglibatan peminat permainan video dan acara konvensyen seumpanya meningkatkan lagi perkembangan komuniti ini.

Show More

Related Articles

Back to top button