Gaya HidupPercutian

Laluan Kapal Terbang Yang Satu Ini Adalah Paling Sibuk Di Dunia Dikala Pandemik

Pandemik Covid-19 ini telah menghancurkan industri penerbangan dunia yang belum pernah berlaku selama ini dan menyebabkan laluan kapal terbang sunyi sepi.

Ia telah menyebabkan ribuan kapal terbang terpaksa terbiar di landasan kerana pergerakan orang awam yang dihadkan serta penutupan pintu masuk beberapa buah negara.

Penerbangan antarabangsa adalah yang paling tinggi terjejas kerana keperluan untuk mengkuarantin diri sebaik sahaja tiba di pintu masuk sesebuah negara.

Manakala penerbangan domestik masih dinaiki oleh orang di dalam negara tetapi masih tidak sebanyak sebelum ini.

 

Laluan Kapal Terbang Paling Sibuk Di Dunia Sewaktu Pandemik Berada Di Asia

Penerbangan domestik di Asia adalah antara 10 perjalanan yang paling sibuk sepanjang pandemik ini.

Menurut OAG Aviation Worldwide Ltd, Korea Selatan adalah yang paling sibuk dengan berjalanan di antara bandar Seoul ke Pulau Jeju.

Laluan yang tidak mengambil masa lebih daripada 1 jam ini telah menempah sebanyak 1.3 juta kerusi pada bulan November.

Jumlah ini adalah lebih daripada 10 penerbangan terbanyak digabungkan.

Jeju-Seoul merupakan laluan domestik paling sibuk tahun lalu dan juga sebelum pandemik dengan lebih 17 juta tempat duduk penuh bersamaan 48,000 tiket diterbangkan setiap hari.

Selain Korea Selatan, China dan Jepun memiliki empat lapangan terbang masing-masing yang sangat sibuk dan satu adalah di Vietnam.

 

Kalah Dengan Empat Laluan Udara Tersibuk Di Amerika Syarikat Digabungkan

Laluan paling sibuk di China ialah dari ibu kota Beijing ke lapangan terbang Hongqiao, Shanghai dengan 768,184 tempat duduk diterbangkan bulan ini. Ia adalah bilangan yang sama dengan empat laluan di Amerika Syarikat digabungkan.

Laluang udara antarabangsa sememangnya sepi dan ia turut terasa sehingga bulan November ini.

Namun, laluan dijangka mengalami kesibunakan ialah Kairo-Jeddah dengan 147,950 tempat duduk.

Laluan antarabangsa paling sibuk tahun lalu, Hong Kong – Taipei pada tahun ini jartuh di tangga ke-8 di senarai antarabangsa dengan hanya 93,922 tempat duduk berbanding 8 juta tahun lalu dengan 22,000 tempat duduk diterbangkan setiap hari.

 

31% Kapal Terbang Tidak Terbang Sama Sekali

Menurut sebuah syarikat penganalisis penerbangan, Cirium, 31% kapal terbang dunia berada di gudang sehingga 11 Novermber 2020.

Kebanyakannya berada di Eropah kerana negara-negara ini tidak berjaya mengelak penyebaran virus Covid-19 (31%).

Berbanding Eropah, hanya 21% kapal terbang di Asia Pasifik disimpan di dalam gudang.

Show More

Related Articles

Back to top button