Hiburan

Kebencian Bekas Ratu Cantik Filipina, Imelda Schweighart Terhadap K-Pop Memakan Diri

Bekas ratu cantik Filipina, Imelda Bautista Schweighart akhirnya bertindak menghapuskan media sosialnya setelah menyiarkan komen kontroversi “Saya benci K-pop” di atas talian.

Pemenang Miss Earth Filipina 2016 itu telah meluahkan perasaannya di Facebook pada 23 November lalu yang telah menyinggung perasaan peminat muzik Korea Selatan di Filipina kerana telah menuduh mereka “kehilangan identiti kerana cuba menjadi orang Korea.”

Sumber Imej: malaymail.com

 

Imelda Rasa Orang Filipina Mahu Jadi Seperti Orang Korea

Melalui penulisannya, Imelda berkata orang Filipina semakin kehilangan identiti mereka dan semakin menjadi seperti orang Korea.

“Boleh tak anda memiliki harga diri?,” persoalnya sambil menambah,”orang Filipina lebih pandai berbahasa Inggeris berbanding orang Korea. Saya fikir orang China yang hendak menakluk kita? Saya rasa kita salah. Kita yang selalu ditaklukkan,” ujar Imelda yang berdarah campuran Jerman-Filipina.

 

K-pop Dorong Anak Muda Menjalani Pembedahan Plastik

Imelda meneruskan kemarahannya terhadap K-pop di bahagian komen di posnya dengan mendakwa bahawa genre tersebut diduga mendorong orang muda untuk menjalani pembedahan plastik.

“Saya tidak pasti sama ada ada yang dapat mengenali (bintang K-pop) tetapi jika ada yang dapat melakukannya, ia membayangkan bagaimana rupa anda selepas pembedahan plastik berat.

“Tidak percaya diri adalah apa yang mereka jual. Mereka tidak mempromosikan rasa cintakan diri,” tulisnya.

 

Bagi Imelda Budaya Barat Jauh Lebih Hebat

Dalam satu lagi balasan komen, Imelda menggambarkan budaya Barat tidak boleh ditandingi Korea kerana ianya “terkemuka” dan “tertinggi.”

Dia juga mengaku orang Filipina dipengaruhi orang Barat sehingga sekarang dan orang Filipina memerlukan mereka sebagai contoh kerana mereka adalah orang terkemuka.

Sumber Imej: malaymail.com

Imelda Terpaksa Tutup Akaun Meddia Sosial Kerana Serangan Netizen

Sebagai balasan untuk komen lain, Imelda telah menerima kritikan hebat daripada warga internet dengan memanggilnya “hipokrit’ serta xenofobia (perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing) dan orang elit yang sombong.

Akibat daripada serangan netizen itu, model berusia 25 tahun itu terpaksa menutup akaun media sosialnya.

 

Pernah Diselubungi Pelbagai Kontroversi

Menurut MalayMail, ini bukanlah kali pertama Imelda yang kini sedang membina kerjaya dalam dunia seni sebagai seorang penyayi memiliki kontroversi.

Sebelum ini, dia terpaksa melucutkan mahkota Miss Earth Philippines 2016nya kerana sebuah video viral di mana dia telah menghina pemenang Miss Earth 2016, Katherine Espin daripada Ecuador.

Dalam video tersebut, Imelda menuduh Katherine Espin memiliki hidung, dagu dan buah dada tiruan.

Show More

Related Articles

Back to top button