Isu SemasaTempatan

PLKN Bakal Dikembalikan. Perlu Atau Tidak?

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk memperkenalkan semula program yang bertujuan menanam semangat patriotisme di kalangan belia.

 

PLKN Atau Program Kepimpinan Belia Lebih Berkesan?

Oleh sebab PLKN telah diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan menurut Akta Perkhidmatan Nasional 1952, Ismail Sabri mengatakan kementerian akan menyusun kertas kerja untuk program tersebut dan menyerahkannya kepada Kabinet untuk persetujuan.

“Sementara itu, seramai 1,394 orang yang diambil sebagai petugas Perkhidmatan Nasional yang terkesan dengan keputusan menghentikan program itu oleh kerajaan sebelumnya telah dilantik berdasarkan kontrak selama satu tahun dan ditempatkan di pelbagai agensi.

PLKN, yang diperkenalkan pada tahun 2003, dihapuskan pada tahun 2018 dan digantikan dengan program kepemimpinan belia semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

Pada 13 Ogos 2018, pentadbiran PH telah menghapuskan PLKN dan Biro Tatanegara (BTN) kerana didapati kedua-duanya telah disalahgunakan untuk tujuan indoktrinasi kepercayaan tertentu.

Berita tiba-tiba mengenai kemungkinan penubuhan semula PLKN telah menerima pelbagai reaksi masyarakat, dengan banyak individu mengkritik idea tersebut.

 

Tujuan Program Ini Dilaksanakan

PLKN diperkenalkan kerana kebimbangan polarisasi kaum dan kurangnya patriotisme di kalangan belia Malaysia.

Dari tahun 2004 hingga 2016, penyertaan adalah wajib bagi remaja lelaki dan perempuan berusia 18 tahun yang dipilih secara rawak. Program ini mengharuskan lulusan sekolah menengah ini menghabiskan tiga bulan di kem-kem yang dibina khas.

Namun selepas tahun 2016, hanya sukarelawan yang direkrut untuk mengambil bahagian dan program ini disingkatkan menjadi hanya dua bulan.

 

Mengapa PLKN Pernah Dihapuskan?

Sebelum dihapuskan pada tahun 2018, Mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mendedahkan di Parlimen bahawa kerajaan Barisan Nasional telah membelanjakan RM8.45 bilion untuk program ini selama 14 tahun penubuhannya. Kira-kira 43% dari jumlah ini dilaporkan dibelanjakan untuk menyewa kem latihan.

Pada tahun 2015, bekas perdana menteri Najib Razak juga dilaporkan menangguhkan program untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Penangguhan itu menyelamatkan negara daripada membelanjakan RM400 juta untuk tahun itu.

Selain dikritik kerana bajetnya yang tinggi, kadang-kadang ada laporan mengenai keracunan makanan dan insiden serangan seksual.

Dalam tempoh 10 tahun antara penubuhannya pada tahun 2003 dan 2013, sekurang-kurangnya 23 belia meninggal dunia kerana pelbagai sebab semasa berkhidmat di PLKN.

Show More

Related Articles

Back to top button