Amerika SyarikatPolitik

Betul Ke Akhirnya Trump Mengaku Kalah?

Dunia telah mengucapkan tahniah kepada pemenang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden tetapi Donald Trump dikatakan tidak mahu mengaku kalah dan percaya dirinya tidak mendapat undian kerana penipuan.

Trump Membenarkan GSA Melakukan Apa Yang Sepatutnya – Bukti Dia Mengaku Kalah?

Namun hari ini dilaporkan bahawa Presiden Donald Trump sangat hampir mengaku kekalahan setelah agensi kerajaan yang bertanggungjawab melancarkan proses peralihan kuasa Joe Biden ke Rumah Putih mendakwa, mereka tidak lagi menyekat sebarang bantuan.

Trump pula mengakui sudah tiba masanya bagi Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) melakukan tanggungjawab yang sepatutnya.

Dalam ciapan yang sama di Twitter, beliau tetap bertegas enggan mengakui kekalahannya dan berikrar untuk terus berusaha menentang keputusan pilihan raya berkenaan.

“Kes kami tetap diteruskan. Kami akan terus berjuang dan saya percaya kebenaran akan terbukti,” katanya.

Namun persetujuan pihak Republikan (Parti Trump) membenarkan GSA bekerjasama dengan pasukan peralihan Biden memberi petunjuk bahawa beliau sebenarnya tewas pada pilihan raya 3 November lalu.

 

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Membenarkan GSA Bekerjasama Dengan Pasukan Peralihan Biden?

Ini bermakna pasukan Biden dari Demokrat akan memiliki akses ke atas dana, ruang pejabat dan peluang bertemu dengan pegawai Persekutuan.

Pejabat Biden sebelum ini mengumumkan kumpulan berpengalaman dicalonkan untuk jawatan pelaksanaan dasar luar negara Amerika Syarikat serta keselamatan negara dan pihak GSA akan membenarkan sebarang sokongan yang diperlukan untuk menyokong transisi pemerintahan secara baik.

“Dalam beberapa hari mendatang, peralihan kuasa secara rasmi akan bermula dengan mesyuarat bersama pegawai persekutuan untuk membincangkan tindak balas pandemik, mempunyai perakaunan penuh mengenai kepentingan keselamatan negara dan memperoleh pemahaman sepenuhnya tentang usaha pentadbiran Trump untuk melonggarkan agensi kerajaan, ”kata pengarah peralihan Biden, Yohannes Abraham dalam satu kenyataan.

 

Siapa Sahaja Bakal Berada Di Barisan Pasukan Pentadbiran Biden?

Joe Biden mengumumkan dasar luar dan pasukan keselamatan nasional dibarisi veteran zaman Barack Obama.

pentadbiran biden
Antara mereka yang bakal dilantik dalam barisan pasukan pentadbiran Biden. Dari kiri:  Linda Thomas-Greenfield sebagai Duta di PBB, Avril Haines ketua agensi perisikan, Antony J Blinken sebagai Setiausaha Negara, Alejandro Mayorkas sebagai Ketua Keselamatan Dalam Negeri dan John Kerry sebagai wakil khas dalam perubahan iklim (Sumber Imej: The TImes of Israel)

Menduduki senarai teratas adalah bekas pegawai kedua tertinggi Jabatan Negara, Antony Blinken, yang dilantik sebagai Setiausaha Negara.

Biden memilih Avril Haines, wanita pertama dilantik sebagai ketua agensi perisikan, Alejandro Mayorkas, Ketua Keselamatan Dalam Negeri berdarah Latin pertama dan Janet Yeelen sebagai Setiausaha Perbendaharaan wanita pertama.

Beliau turut memilih John Kerry sebagai wakil khas AS bagi menangani isu perubahan iklim selain melantik Linda Thomas-Greenfield sebagai Duta di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Jake Sullivan yang pernah menjadi penasihat Biden ketika di bawah Obama dinamakan sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan.

Janet Yellen, pula dipilih untuk menguruskan ekonomi terbesar dunia sekaligus menjadi wanita pertama dalam sejarah menjadi Setiausaha Kewangan Amerika Syarikat.

Wanita berusia 74 tahun itu sebelum ini merupakan Pengerusi Rizab Persekutuan di bawah pentadbiran Obama pada 2014 yang kemudiannya disingkirkan ketika pentadbiran Trump.

Senarai dikemukakan Biden menggambarkan kesungguhannya untuk mengembalikan peranan pemimpin berbilang kaum dalam pentadbiran AS, berbeza dengan rejim pemerintahan Trump yang mana kebanyakan pemimpin yang dipilih Trump tidak memiliki latar belakang tradisional untuk kerja tersebut dan telah terbukti mereka tidak mampu menjalankan tugasan dengan baik.

 

Apa Sahaja Yang Dilakukan Oleh Trump Sejak Pilihanraya?

Bagi Donald Trump yang masih memegang jawatan Amerika Syarikat beliau kini sudah tidak lagi menjalankan tanggungjawab ke orang awam dan dilihat berkali-kali bermain golf di padang golf yang beliau miliki di Virginia.

Trump juga tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan daripada media sejak pilihanraya berjalan. Ini merupakan sesuatu yang pelik kerana Trump sebelum ini tiap hari berdepan dengan media.

Pilihan Trump untuk mempersoalkan keputusan pilihanraya dilihat semakin tidak mungkin kerana telah berkali-kali digugurkan pihak mahkamah kerana tiada bukti kukuh atas pertuduhan penyelewangan undian.

Dengan Biden memperoleh kemenangan yang selesa, pilihan terakhir Trump adalah untuk mengganggu proses rutin keputusan negeri-ke-negeri yang biasa dilakukan, diikuti dengan suara rasmi 14 Disember oleh Electoral College. Namun, itu juga tidak membuahkan hasil.

 

Apa Kata Ahli Parti Republikan Tentang Joe Biden?

Lebih banyak retakan muncul di antara perpaduan dalam Parti Republikan pada hari Isnin ketika Senator Rob Portman mengatakan sudah waktunya untuk menyelesaikan segala pertanyaan yang belum selesai dengan cepat dan terus maju ke hadapan, lapor AFP.

Senator Lamar Alexander, seorang senior Parti Republikan dan sekutu rapat Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell, berkata “nampaknya Joe Biden akan menjadi presiden terpilih.”

“Harapan saya adalah Presiden Trump akan berbangga dengan pencapaiannya yang cukup besar, mendahulukan negara ini dan melakukan peralihan yang cepat dan teratur untuk membantu pentadbiran baru berjaya,” katanya setelah mengeluarkan kenyataan serupa jika kurang jelas beberapa hari sebelumnya.

Terdapat juga desakan dari penyokong Wall Street yang berprofil tinggi, Stephen Schwarzman, ketua kumpulan ekuiti swasta Blackstone, yang memberitahu Axios “negara itu harus terus maju.”

 

 

 

Sumber Imej Terencana: Bloomberg

Show More

Related Articles

Back to top button