SukanTeknologi

Dele Alli Kini Duta Pasukan E-Sukan

Dele Alli kini bukan sahaja bintang bola sepak dari pasukan gergasi Tottenham Hotspur.

Beliau juga merupakan seorang selebriti penstriman permainan video yang kian meningkat.

Dele baru-baru ini dilihat kerap melakukan penstriman bermain Call of Duty: Black Ops Cold War di dalam Twitch dan turut mempunyai lebih 133,000 pengikut.

Dele Alli Menjadi Duta Excel Esports

Terbaharu, Dele Alli telah menandatangani perjanjian bersama syarikat e-sukan Excel Esports untuk menjadi duta global syarikat tersebut.

Selain bertindak sebagai duta bagi mempromosikan syarikat tersebut, Dele bertanggungjawab membantu pemain-pemain Excel Esports dalam latihan psikologi.

Pengalaman di atas padang Dele sedikit sebanyak dapat membantu memberi nasihat dan berkongsi pengalaman dalam menguruskan tekanan mahupun pemulihan selepas kekalahan.

Excel Sports Bukan Pasukan Biasa

Excel Esports adalah sebuah syarikat e-sukan dari London, England.

Pasukan League of Legends mereka ialah salah satu pasukan yang bertanding dalam kejohanan League of Legends European Championship (LEC).

Selain itu, Excel turut mempunyai pasukan Fortnite mereka sendiri dan pernah menjadi naib juara Fortnite Champion Series Invitational: Chapter 2 Season 2 Europe lalu.

Sumber: BBC

Show More

Related Articles

Back to top button