Tempatan

Apa Sahaja Yang Telah Dilakukan DS Hadi Awang Sejak Jadi Duta Khas Perdana Menteri Di Timur Tengah?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri di Timur Tengah pada 2 April 2020 telah diberi beberapa tugasan oleh kabinet.

Antaranya ialah untuk mengukuhkan hubungan diplomatik serta menarik pelabur melabur ke Malaysia.

MP DAP Mempersoalkan Pencapaian DS Hadi Awang Sejak Jadi Duta Khas Perdana Menteri Di Timur Tengah

Namun, kelmarin Ahli Parlimen Thomas Su Keong Siong mempertanyakan peranan, tugas, portfolio serta pencapaian yang telah dilakukan Hadi Awang di Timur Tengah yang memegang jawatan setaraf dengan seorang menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Meneri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof membalas soalan tersebut melalui tulisan dengan menyatakan tugasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkumi bidang Islam, pendidikan, perdagangan dan pelaburan.

Beliau menambah bahawa sejak perlantikan Hadi lapan bulan yang lalu, beliau telah menjalankan tugas untuk menerajui peluang bagi Malaysia dalam mendapatkan manfaat daripada hubungan diplomatik yang baik dengan rantau Timur Tengah.

Jadi Apa Sahaja Yang Telah Dilakukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

“YB Duta Khas Perdana Menteri telah menjalankan perbincangan dengan YB Menteri Luar dan agensi-agensi berkaitan,” katanya tetapi tidak menyatakan agensi yang terlibat dalam perbincangan tersebut.

“Selain daripada itu, YB Duta Khas turut mengadakan mesyuarat dan menerima lawatan hormat daripada duta di Timur Tengah seperti Saudi Arabia, Yemen, Qatar, Iran, Oman, Afghanistan, Syria dan Bahrain serta menerima maklum balas secara terus dalam usaha untuk menguatkan lagi hubungan bilateral yang meliputi kerjasama dalam Islam, politik, ekonomi, pelaburan dan pendidikan,” tambahnya seperti yang dilaporkan di MalayMail.

“Hasil kerja dan laporan oleh utusan khas ini dilaporkan terus kepada Perdana Menteri,” jelas Datuk Seri Mohd Redzuan yang bertanggungjawab dalam tugasan khas di Menteri di Pejabat Perdana Menteri.

Mengapa Blok Pembangkang Tidak Setuju Dengan Lantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri di Timur Tengah?

Sebelum ini terdapat juga persoalan mengapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri di Timur Tengah kerana Malaysia sudah ada Kementerian Luar Negeri yang diketuai Dato’ Seri Hishammuddin dan timbalannya, Dato’ Kamarudin Jaffar.

Ketika itu, maklumbalas tentang persoalan tersebut telah dijelaskan bahawa pelantikan Abdul Hadi adalah pelengkap kepada Hishammuddin sebagai menteri luar.

Ini kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai pengaruh di Timur Tengah dan ini membolehkan Dato’ Seri Hishammuddin fokus kepada negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun begitu, sejak pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Duta Khas Perdana Menteri di Timur Tengah, blok pembangkang merasakan ianya hanya lantikan politik semata-mata bagi memenuhi kuota presiden parti dalam kerajaan kerana terdapat Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Miti) dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Inikah Alasan Disebalik Lantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri di Timur Tengah?

Berdasarkan sebuah blog melayu, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan bekas pelajar di Universiti al-Azhar Mesir yang pernah dipilih menganggotai badan perwakilan mahasiswa Arab mewakili orang Melayu di Nusantara disebabkan kepetahannya berbahasa Arab.

hadi awang bersama pemimpin timur tengah ketika muda
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang adalah yang paling kanan. Sumber Imej: apakabarmalay.blogspot.com

Beliau pernah dipilih mengiringi rombongan Presiden, Menteri-menteri Turki dan Parti Refah (parti Islam pertama di Turki) di bawah Almarhum Nechmettin Erbakan / Najmuddin Erbakan ke Pertubuhan Bangsa-nanga Bersatu (PBB) memperjuangkan isu semasa umat Islam satu ketika dahulu.

Menurut blog tersebut juga, beliau juga memiliki pengalaman dalam memberi pandangan berkaitan isu semasa umat Islam dan menulis lebih daripada 300 karya serta pernah dipilih sebagai Timbalan Kesatuan Ulama Se-Dunia dipimpin oleh tokoh ulama Sedunia Syeikh Yusuf al-Qaradawiy.

Show More

Related Articles

Back to top button