Gaya HidupKesihatan

Doktor Di Tiktok Pesan “Jangan Letak Terlalu Banyak Ubat Gigi Macam Dalam Iklan”

Seorang doktor gigi dari Malaysia yang memiliki 183.6k pengikut di TikTok sering memuat naik nasihat serta tips gosok gigi dan menjaga kesihatan mulut kepada pengikutnya. Dr. Gao Jye Teh yang dikenali sebagai doctorgao di TikTok itu turut menasihatkan untuk tidak berkumur dengan air setelah menggosok gigi.

Ia juga telah menarik perhatian Channelnewsasia Singapura tentang satu tips nasihat oleh beliau tentang jumlah ubat gigi yang diperlukan setiap kali anda menggosok gigi dan ia mungkin akan mengejutkan anda.

 

Mengapa Tidak Boleh Kumur Setelah Gosok Gigi?

Menurutnya ia akan mengurangkan kesan fluorida yang baik untuk gigi.

@doctorgaoSpit… you’ll get used to it 😄 ##dentist ##dental ##dentistry ##tiktokguru ##youngcreators ##learnontiktok ##edutok ##teeth ##foryou♬ Hell 2 da Naw – Bullwinkle Boyz

“Perkara ini adalah benar jika anda berkumur dengan menggunakan jumlah air yang banyak kerana ia akan mencairkan fluorida di bahagian permukaan gigi dan mengurangkan keberkesanan dalam melindungi gigi daripada mereput,” kata Dr Wong Kuan Yee, pakar di Khoo Teck Puat Hospital Bahagian Pembedahan Gigi.

Jika anda sudah terbiasa dengan perasaan menggosok gigi sehingga berbuih, Dr Wong mensarankan untuk berkumur menggunakan jumlah air sedikit.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak disarankan untuk kanak-kanak bagi mengelak mereka menelan fluorida.

 

Gosok Gigi Selama Dua Minit Amalan Baik

Dr Bien Lai, ketua dan pakar di unit kanak-kanak Pusat Pergigian Kebangsaan Singapura (NCDS) Bahagian Pergigian Restoratif berkata,”Dengan jumlah ubat gigi yang betul di dalam mulut dan menggosok selama dua minit ia akan sangat membantu.”

@doctorgao##duet with @jmko_music Don’t mind me, just finding an excuse to duet. 😅 ##dentist ##dental ##dentistry ##youngcreators ##teeth ##foryou ##singing ##cover♬ original sound – ᴊ ᴍ ᴋ ᴏ

Ini sudah tentu dilakukan dengan menggosok 1,000 ppm ubat gigi fluorida dua kali sehari.

Kepekatan fluorida dalam ubat gigi selalunya ditulis di dalam bungkusan dan kebanyakan ubat gigi memiliki 1,000 ppm hingga 1,500 ppm (0.10% – 0.15%) fluorida.

 

Berapa Banyak Ubat Gigi Yang Diperlukan

Menurut Dr. Gao pula, jumlah ubat gigi yang diperlukan sebenarnya hanya cukup seperti sebutir beras untuk kanak-kanak di bawah usia tiga tahun atau calitan kecil bagi kanak-kanak kerana mereka masih sukar untuk meludah keluar ubat gigi setelah menggosok.

Bagi kanak-kanak yang lebih berusia dan dewasa, ubat gigi hanya sebesar biji pea saja diperlukan kerana ubat gigi sebesar itu memiliki 1,000ppm fulorida.

@doctorgaoAre you using the right amount of toothpaste? ##dentist ##dental ##dentistry ##tiktokguru ##youngcreators ##learnontiktok ##edutok ##teeth ##foryou♬ Mad at Disney – salem ilese

Meletakkan ubat gigi sepanjang berus seperti yang dilihat pada iklan adalah tidak perlu dan tidak memberi sebarang manfaat tambahan kepada kesihatan gigi,” kata Dr Yang Jingrong, pakar unit Periodontik di NDC.

 

Apa Yang Akan Terjadi Jika Menggunakan Ubat Gigi Berlebihan?

gigi fluorosis
Gigi yang mengalami fluorosis. Sumber Imej: Centers for Disease Prevention and Control (channelnewsasia)

Jika anda melihat terdapat kawasan terlebih putih pada permukaan gigi, ia bermakna anda mengalami fluorosis. Keadaan di mana gigi anda menerima fluorida berlebihan ketika gigi sedang berkembang.

Dr Wong berkata fluorida yang hadir dalam badan akan digunakan untuk menghasilkan enamel ketika pembentukan gigi.

Namun begitu, jika terlebih fluorida seperti tertelan ketika menggosok gigi, ia boleh menyebabkan fluorosis.

Adakalanya ia boleh menjadi warna perang.

Fluorosis ini terjadi ketika zaman kanak-kanak.

“Pembentukan bahagian atas gigi selesai setelah tiga tahun gigi kekal mula tumbuh dan sehingga 9 tahun bagi gigi belakang,” jelas Dr Lai.

Akan tetapi orang dewasa tidak perlu risau tentang fluorosis kerana pembentukan gigi selalunya selesai sebelum usia 21 tahun.

 

Boleh Ke Gosok Gigi Tanpa Fluorida?

Gigi kita memerlukan fluorida.

“Bagi orang dewasa, kehadiran fluorida dalam ubat gigi ini membantu permukaan gigi memiliki lapisan perlindungan supaya tidak mudah rapuh,” jelas Dr Wong.

Gigi mudah rapuh ini selalunya terjadi akibat kehadiran bakteria yang menghasilkan asid yang boleh menyebabkan permukaan gigi tidak lagi bermineral dan pembentukan kaviti.

Malah, penggunaan pencuci mulut sahaja juga tidak memadai.

“Kami tidak menasihatkan untuk mementingkan penggunaan pencuci mulut kecuali bagi kes yang mengalami kesukaran untuk menggosok gigi,” ujar Dr Yang yang menambah bahawa pencuci mulut hanyalah tambahan dan bukan pengganti berus gigi.

Show More

Related Articles

Back to top button