Setelah empat tahun menjabat jawatan di pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan menjanjikan perubahan dalam pentadbiran mereka, Presiden Donald Trump sudah melakukan perkara tersebut.
Salah satu perkara yang menarik perhatian ialah penilaian Donald Trump terhadap pakatan Amerika Syarikat dan Asia Timur serta dasar yang telah mengganggu gugat hubungan tersebut seperti yang belum pernah dilihat sejak 40 tahun lalu.
Trump Menganggap Pakatan Dengan Asia Timur Mengambil Kesempatan Ke Atas Amerika
Menurut The Diplomat, Trump telah menggambarkan negara bersekutu dengan Amerika Syarikat telah mengambil kesempatan ke atas bantuan Amerika.
Walau bagaimanapun, berlainan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan Strategi Pertahanan Negaranya yang telah memberi julukan pakatan tersebut sebagai “tulang belakang keamanan global”.
Ketidakkonsistenan pentadbiran Trump telah menyebabkan negara pakatan AS di belahan Indo-Pasifik bimbang. Ia juga telah membuat orang di Jepun dan Australia tidak percaya dengan AS.
Berdasarkan Pusat Kajian Pew, kadar peratusan orang Jepun dan Amerika untuk mempercayai AS masing-masing telah turun 41% dan 33%. Di Korea Selatan pula tahap keyakinan rakyat negara tersebut terhadap Trump pada tahun 2020 menjadi 17% berbanding ketika Barack Obama menjadi Presiden AS pada tahun 2016 (88%).
Implikasi Pakatan AS-Asia Timur Akibat Pendirian Trump
Akibat ketidakpastian oleh Trump, beberapa negara pakatan AS di Asia Timur telah meningkatkan perbelanjaan untuk pertahanan negara masing-masing kerana mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap AS seperti sebelum ini.
Ini juga mendorong Jepun menandatangani Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian-Trans (CPTPP) setelah Amerika Syarikat menarik diri daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ketika Trump menakluki Rumah Putih.
Adakah Amerika Syarikat Sudah Tidak Berminat Untuk Menjadi Ketua Dunia?
Tindakan pentadbiran Trump yang tidak menunjukkan sifat kepimpinan di institusi antarabangsa telah menimbulkan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat sudah tidak berminat untuk menjadi pemimpin dunia dan menetapkan agenda antarabangsa sehingga menyebabkan vakum geopolitik yang memberi ruang kepada China untuk mengisinya.
Malah program nuklear Korea Utara yang pernah diberi amaran oleh Obama kepada Trump setelah beberapa hari menjawat jawatan Presiden tidak berjaya ditangani dengan baik.
Obama menasihatkan Trump bahawa program nuklear Korea Utara bakal menjadi masalah keselamatan negara yang ketara untuk Trump warisi.
Konflik Amerika – Korea Utara 2017
Pada tahun pertama pentadbiran Trump, Amerika Syarikat dan Korea Utara telah terlibat dalam konfrontasi paling berbahaya sejak krisis peluru berpandu Cuba.
Korea Utara telah melancarkan puluhan peluru berpandu balistik termasuk peluru berbandu yang mampu menyerang Amerika Syarikat.
Kebimbangan konflik lebih parah berlaku pada bulan Ogos 2017 apabila Trump telah mengisytiharkan bahawa ancaman daripada Korea Utara akan “menemukan api dan kemarahan yang belum pernah dilihat oleh dunia.”
Ketegangan telah memuncak pada Oktober 2017 apabila Trump secara terbuka memperlekehkan usaha masa lalu sebagai sebuah kegagalan dan telah bertemu dengan pasukan keamanan antarabangsa bagi berbincang tentang “pelbagai pilihan untuk membalas pencerobohan Korea Utara dan jika perlu menghalang Korea Utara daripada mengancam Amerika Syarikat dan pakatannya daripada senjata nuklear.”
Tindakan Amerika Meningkatkan Kebimbangan Pakatan Asia Timur
Ketika kemaraan Trump terhadap Korea Utara memuncak, kepimpinan Korea Selatan dan Jepun semakin bimbang tindakan Amerika Syarikat bakal menjadi malapetaka.
Seoul bimbang AS bakal menyerang Korea Utara tanpa perundingan terlebih dahulu dan kerajaan Moon Jae-in terpaksa berkali-kali memastikan keselamatan rakyatnya.
Beliau telah memberi mesej kepada Washington supaya tidak bertindak ke atas Korea Utara sebelum mendapat kebenaran Seoul.
Trump Menukar Cara Konfrontasi

Akibat daripada tindakan Trump, terdapat indikasi bahawa Korea Utara telah mengambil ancaman tersebut secara serius dan tidak meneruskan upaya mereka untuk mencapai pembinaan nuklear yang luar biasa.
Walaupun begitu, Trump telah menukar konfrontasi nuklear tersebut secara radikal yang akhirnya memperlihatkan Persidangan Singapura Korea Utara-Amerika Syarikat pada tahun 2018 berjalan.
Bagi Korea Selatan, ia merupakan penjajaran strategik yang luar biasa dan telah membuka jalan untuk mencapai kemajuan bersejarah ke arah impian Moon untuk berdamai dengan Korea Utara.
Akan tetapi pemimpin Jepun masih meragui cara AS terhadap Pyongyang mampu mematahkan program nuklear Korea Utara walaupun secara umumnya menunjukkan tanda sokongan terhadap persidangan tersebut.
Jepun juga bimbang jika Washington menerima perjanjian kawalan senjata yang menghilangkan ancaman terhadap tanah air AS tetapi membenarkan Pyongyang mengekalkan peluru berpandu mereka yang boleh menyerang Jepun.
Cara Trump Tidak Berjaya Menamatkan Program Nuklear Korea Utara
Walaupun persidangan dan pengisytiharan kedamaian oleh Trump-Kim dianggap berjaya, kemajuan terhadap denuklearisasi tidak berhasil sepenuhnya.
Malah dinamiknya telah kembali seperti biasa – Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu yang baharu pada tahun 2019 dan melancarkan 18 lagi peluru berpandu pada tahun yang sama serta sembilan lagi pada Mac 2020 sahaja.
Ia merupakan ujian peluru berpandu paling banyak dilakukan dalam satu bulan.
Ini telah menunjukkan bahawa dasar AS terhadap Korea Utara telah hilang keupayaan setelah persidangan tersebut dilihat gagal untuk menghasilkan hasil yang nyata.
Setelah empat tahun walaupun keperibadiannya yang penuh dengan keyakinan, pendirian pentadbiran Trump dalam menangani perihal Korea Utara telah mencapai hampir sifar dan keselamatan Amerika Selatan, Jepun dan Korea Selatan semakin menipis.
Peluru berpandu Korea Utara dilihat semakin berkembang dan maju sehingga ada yang menyatakan ia mampu mengelak daripada peluru berpandu pertahanan AS dan pakatannya.
Sebuah laporan dari Universiti Stanford menyatakan bahawa Korea Utara mampu menghasilkan tujuh senjata nuklear sewaktu perbincangan denuklearisasi diadakan pada tahun 2018.
Hubungan Pakatan AS-Asia Timur Menyebabkan Keselamatan Masing-Masing Goyah
Trump juga sempat membatalkan latihan ketenteraan bersama secara sepihak di antara AS-Korea Selatan dan kritikannya terdapat pakatannya di Asia Timur serta keputusannya untuk tidak mengendahkan ujian peluru berpandu Korea Utara bagi menggambarkan imej kejayaan sedikit sebanyak meningkatkan kebimbangan bahawa AS tidak peduli dengan keselamatan pasukan pakatan Asia Timurnya.
Walaupun begitu, dasar elit luar negara masih melihat Amerika Syarikat sebagai rakan kerja yang baik kerana merupakan satu-satunya negara yang dilihat mampu menyemak dan menyeimbang ketegasan dan paksaan daripada China.
Sumber Imej Terencana: Financial Times