Hiburan

Kalau Anda Peminat Blackpink, Lupakan Niat Beli iPhone Itu

Bagi peminat tegar K-pop Blackpink mungkin anda sudah tahu tentang ini tetapi bagi yang baru sahaja mengenali mereka dan inginkan selfie bersama empat gadis cantik ini tetapi memiliki iPhone, baik simpan sahaja telefon anda itu daripada ditolak selfie oleh mereka.

Blackpink merupakan kumpulan yang terdiri daripada empat gadis cantik yang mana tiga daripada mereka berasal daripada Korea Selatan dan satunya adalah rapper berasal dari Thailand.

 

Telefon Edisi Terhad Blackpink

Mereka merupakan duta untuk jenama telefon Samsung dan kekuatan kempen menjual jenama tersebut yang dilakukan memiliki pengaruh yang besar.

Tahun lalu Samsung mengeluarkan telefon khas edisi Blackpink Galaxy A80 dengan logo kumpulan tersebut di belakang telefon. Ia turut dijual di Malaysia dengan bilangan yang terhad.

Mereka sering menampilkan barangan keluaran Samsung dalam video muzik keluaran mereka.

 

Iklan Sahaja Mencecah 14 Juta Tontonan Dalam Masa 2 Bulan

Pada Februari lalu, Samsung juga mengeluarkan warna istimewa Galaxy Note20 berwarna merah yang diberi nama Mystic Red yang juga dikenali sebagai Jennie Red kerana penampilan salah satu ahli kumpulan Blackpink bernama Jennie dalam iklan telefon tersebut di Youtube.

Daripada iklan itu sahaja mereka telah mendapatkan 14 juta tontonan dalam masa dua bulan dengan komen daripada peminat yang menyatakan ini merupakan iklan yang tidak boleh di ‘skip’ dan ia adalah satu-satunya iklan yang pernah dia cari.

 

Video Tidak Menerima Selfie Peminat Menggunakan iPhone

Salah satu peminat K-pop idol ini juga telah membuat video di Youtube menunjukkan betapa mereka komited dengan jenama Samsung sehingga tidak menerima selfie menggunakan iPhone peminat.

Seringkali apabila mereka melakukan konsert, K-pop idol ini mengambil selfie bersama peminat. Salah satu video peminat menjadi saksi apabila Jennie mengambil telefon peminatnya untuk berfoto tetapi setelah melihat ianya iPhone, beliau terus mengembalikan telefon peminat tersebut dengan baik menyatakan “iPhone no, Galaxy… Samsung”.

 

Ada juga video yang mana terlihat Jennie memberhentikan rakannya Jisoo daripada mengambil selfie dengan peminat yang juga menggunakan iPhone.

Spekulasi peminat ini berlaku kerana kontrak yang ditandatangani dengan Samsung.

 

Reaksi Peminat?

Setelah kejadian tersebut, salah seorang peminat Blackpink telah menyediakan ‘casing’ iPhone dengan logo Samsung dilakar dibelakangnya.

Perkara telah mendapat reaksi Jennie apabila dalam sebuah konsert, Jennie berhenti dan ketawa ditengah-tengah persembahan rapnya di Chicago, Amerika Syarikat.

 

Mereka Juga Manusia Biasa

Salah satu peminat Blackpink juga pernah bertanyakan kemungkinan besar Jennie masih memiliki kontrak bersama Samsung setelah melihat salah satu postingan Jennie di media sosial yang menutupi iPhone menggunakan emoji.

Jika salah satu ahli Blackpink dilihat memuat naik gambar menggunakan iPhone mereka akan dengan cepat membuangnya dan memuatnaik gambar itu semula dengan menutupi telefon keluaran Apple tersebut.

Akan tetapi peminat tegar mereka sudah pasti dengan sangat cepat melihat ketidaksengajaan yang berlaku itu.

Show More

Related Articles

Back to top button