Isu SemasaSains

Dengan COVID-19 Melanda Dunia, Ada Lagi Ke Orang Kisah Pasal Plastik & Alam Sekitar?

Penulisan David Christy di New Sunday Times telah mencadangkan untuk semua orang menonton dokumentari daripada David Attenborough, A Life on Our Planet (Kehidupan di atas Bumi kita) yang boleh membuat anda rasa sangat bersyukur untuk tinggal di muka bumi ini.

Menurutnya terdapat momen di dalam dokumentari tersebut yang boleh menyentuh hari serta menitiskan air mata anda seperti yang telah berlaku ke atas dirinya.

Namun setelah menonton dokumentari tersebut, berapa ramai yang sebenarnya betul-betul kisah tentang alam sekitar kita dan melakukan sesuatu sedangkan banyak lagi perkara yang harus kita fikirkan – seperti bil yang perlu dibayar, pendidikan anak, hubungan yang mungkin sedang regang dan beban kerja yang tidak terkira apatah lagi dengan Covid-19 yang melanda dunia.

 

Orang Tak Peduli Sebab Tidak Boleh Hidup Lama Di Bumi?

Mungkin ada yang juga berfikir kenapa perlu kita ambil tahu tentang bumi sedangkan besar kemungkinan 100 tahun yang akan datang kita tidak lagi akan berada di muka bumi?

Perkara ini adalah hampir pasti terlintas difikiran ramai orang di dunia termasuk di Malaysia.

Salah seorang yang disebut oleh David Christy dalam penulisannya yang memperjuangkan hak alam sekitar dan mahu anak cucunya dapat mengecapi keindahan alam seperti yang kita miliki sekarang ialah Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

Beliau yang memiliki latar belakang sains sudah pasti memiliki perasaan sedemikian tetapi bagaimana kita boleh membantu dalam misi supaya generasi seterusnya boleh terus hidup di muka bumi ini?

Ini beberapa cadangan yang diberikan:-

 

  1. Bersuara & Bertanya

Tulis kepada wakil rakyat dan ahli parlimen kawasan anda dengan bertanya apakah langkah yang telah dilakukan untuk melindungi dan mempromosikan kepelbagaian biologi tidak kira untuk kawasan yang diwakili ataupun negara.

Tanya kepada mereka alasan mengapa Malaysia masih belum menandatangani Perjanjian Pemimpin Untuk Alam (Leaders pledge for nature).

Tanyakan kepada mereka ke manakah halatuju negara tentang penggunaan kenderaan bahan api fosil.

Terbitkan jawapan mereka sama ada yang masih retorik ataupun belum diselesaikan di akaun media sosial anda.

Terus memujuk dan bertanya kepada mereka yang bertanggungjawab tentang hal ini.

 

2. Berbincang & Menerapkan Rasa Cinta Di Kalangan Ahli Keluarga

Adakan perbualan bersama anak dan ibubapa tentang masa depan alam sekitar yang diinginkan serta mahu turunkan kepada cucu-cicit.

Ia mungkin berbunyi seperti perkara yang remeh dan pelik untuk sesetengah pihak tetapi kita harus akui kita jarang sekali berbincang tentang hal ini sehinggakan kebimbangan terhadap alam sekitar selalu diketepikan walhal di dalam hati kita tahu sesuatu perlu dilakukan.

 

3. Buangkan Tabiat Berlebihan

Semuanya datang daripada tabiat kita juga. Jika kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki dan tidak tamak serta mahu membeli pelbagai barangan yang sebenarnya sudah banyak kita miliki seperti pakaian, gajet, alat solek dan sebagainya.

Jika kita hanya mengambil secebis potongan daripada muka bumi ini untuk mengenyangkan nafsu membeli kita, mungkin banyak perkara yang boleh dikekalkan dan tidak perlu dimusnahkan.

“Orang tamak selalu rugi”- pepatah yang sering didengari tetapi sering kita dengar tetapi adakalanya tidak sedar sering dilakukan.

Masihkah anda mahu anak cucu untuk menikmati keindahan sungai, laut dan hutan yang kita miliki? Cuba mulakan dengan tiga perkara ini dan mengubah diri kita sendiri untuk kebaikan dan masa depan Bumi yang lebih baiik.

 

Sumber Imej Terencana: Inside Telecom

Show More

Related Articles

Back to top button