Teknologi

Berhati-hati Dengan Penipuan Bantuan Teknikal Ketika Menggunakan Komputer

Penipuan bantuan teknikal biasa akan mengikut skema yang sama – penjenayah siber yang akan menyamar sebagai pembantu profesional ingin membantu anda dalam masalah komputer sedang dicerobohi.

Namun, kebanyakan masalah ini datang dari mereka sendiri dan penjenayah ini tampil memberi bantuan dengan tunjuk ajar kepada pengguna yang tidak mahir mengenai teknikal untuk mendedahkan data tanda disedari.

 

Hati-Hati Jika Ada Notifikasi Muncul Di Layar Komputer

Sedang anda melayari internet, satu ‘pop-up’ notifikasi akan muncul pada komputer anda memberitahu ia sedang diceboroh penggodam.

Untuk menyekat kegiatan ini, anda dikehendaki menekan satu butang yang akan disambungkan kepada ‘pembantu teknikal profesional’ untuk membantu anda.

Namun, di sinilah kegiatan pencerobohan mula berlaku sama ada melalui pautan yang diberikan atau langkah-langkah mendedahkan data yang diberitahu penjenayah siber.

Ada kalanya penjenayah turut melakukan penipuan melalui panggilan mendakwa mereka dari Microsoft atau Apple.

 

Ikuti Langkah-Langkah Keselamatan Ini

Jadi, pakar sekuriti internet menyarankan semua pengguna komputer mahupun internet untuk mengikut langkah-langkah keselamatan ini untuk mengenalpasti penipuan siber berlaku:

  • Jangan percaya terlalu mempercaya notifikasi atau ‘pop-up’ yang diterima begitu sahaja.
  • Dalam apa jua keadaan, jangan klik pautan dibekalkan yang kelihatan mencurigakan.
  • Jika komputer anda menyarankan untuk menelefon sesuatu nombor untuk bantuan, jangan hubungi.
  • Jangan sesekali membenarkan sesiapa mengawal komputer anda dari jauh (remote).
  • Jangan terima panggil yang mendakwa mereka wakil servis teknikal dari Microsoft atau Apple – syarikat ini tidak pernah menawarkan perkhidmatan tanpa dipanggil.

Keadaan boleh menjadi lebih rumit apabila penjenayah mampu memberikan butiran asas untuk menyakinkan pengguna mereka adalah wakil sebenar.

Jaga butiran dan data peribadi anda dengan baik setiap kali melayari internet dan pastikan anda sentiasa berjaga-jaga.

Show More

Related Articles

Back to top button