SukanTeknologi

Penubuhan ESI Bantu Pembangunan E-Sukan Di Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah memperkenalkan satu agensi baru dibawahnya iaitu ESI (Esports Intergrated) bagi menjayakan National eSports Roadmap dengan lancar.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Naina Merican berkata ESI akan menjadi pemangkin untuk memacu pembangunan e-sukan di Malaysia.

 

Hub E-Sukan Lengkap Pada 2021

Ketika acara perasmian, ESI turut mengumumkan rancangan terkini sejajar dengan agenda Roadmap iaitu persidangan esukan pertama dan Kejuaraan eSukan Malaysia pada November ini.

Ibu pejabat ESI yang terletak di pusat komuniti Spacerubix di Puchong turut bakal dijadikan hub e-sukan pada 2021.

Pembangunan yang dijadualkan bermula tahun hadapan akan mempunyai ruang kejohanan dan acara serta fasiliti latihan untuk atlet esukan amateur dan profesional.

 

ESI Tidak Sama Seperti MESF

ESI juga dikatakan berbeza dan tidak bercanggah dengan Malaysia eSports Federation (MESF).

ESI berperanan untuk menjayakan inisiatif dari kerajaan manakala MESF adalah badan kerajaan di dalam industri yang membantu menjayakan program di peringkat antarabangsa.

Selain berfungsi sebagai agensi, ESI juga merupakan sebahagian dari Impact Intergrated, syarikat berhad dengan jaminan oleh KBS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Impact Intergrated, Ahmed Faris Amir, ESI bertujuan untuk mempengaruhi perubahan melalui advokasi dan lobi kerana tidak mempunyai kuasa atau tanggungjawab pengawalseliaan atau penguatkuasaan.

Show More

Related Articles

Back to top button