Gaya HidupPercutian

Rumah Botol Unik Yang Wajib Dikunjungi Jika Ke Terengganu

Kalau ada yang ke Terengganu, bolehlah singgah ke rumah tradisional Tengku Mohamad Ali Mansor yang ditukar menjadi muzium.

Beliau yang sudah berusia 74 tahun memiliki hobi unik sejak 15 tahun lalu di mana beliau akan mengutip botol kaca yang terdampar di pantai.

Sehingga kini beliau telah mengutip lebih kurang 9,000 buah botol pelbagai saiz dan bentuk dari serata dunia dan kesemuanya dipaparkan di muzium tersebut.

Penemuan Unik

dalam rumah botol terengganu
Tengku Mohamad Ali Mansor bersama koleksi botol kacanya di rumah botol Penarik, Terengganu. Sumber Imej : Mohd RASFAN / AFP)

Beliau pernah menjumpai dua botol yang tersimpan mesej di dalamnya. Salah satunya mempunyai gambar hati dengan tulisan cina yang sudah pudar.

Mesej yang satu lagi sudah tidak boleh terlihat kerana ianya koyak.

Bagaimana Beliau Memulakan Hobi Ini

“Saya melakukan ini pada awalnya untuk memastikan pantai bersih,” katanya yang tinggal di Penarik bersebelahan dengan muzium botol tersebut.

“Saya mahu menyelamatkan orang ramai daripada terkena serpihan kaca jika ianya pecah. Selain itu, saya juga mahu selamatkan dunia daripada sisa buangan kaca ini,” jelasnya kepada AFP.

Obsesinya itu bermula pada tahun 2005 apabila melihat kanak-kanak meletupkan botol kaca menggunakan mercun.

Atuk dengan 20 cucu ini risau dek serpihan kaca tersebut boleh mendatangkan kecederaan, beliau akan membayar kanak-kanak ini jika menemukan botol kaca.

Mereka kembali dengan 500 botol kaca!

 

Terus Mengutip Botol Kaca Hingga Akhir Nyawa

Sejak daripada itu, beliau mula mengumpul botol di pantai sehingga koleksinya bertambah.

Setalah koleksinya bertambah, baharulah beliau memutuskan untuk membuka sebuah muzium.

Muzium tersebut dikunjungi orang ramai setelah membacanya di Facebook dan ketika PKP, beliau mengambil masa terluang dengan membaiki kaca yang pecah lalu dijadikan botol dengan bentuk unik seperti “kintsugi” orang Jepun di mana pecahan tembikar dibaiki menggunakan campuran serbuk emas dan lakuer.

“Orang fikir saya gila, tapi saya tak kisah. Allah tahu apa yang saya lakukan. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan bumi,” katanya yang berjanji untuk melakukan perkara ini selagi masih hidup.

Show More

Related Articles

Back to top button