Bisnes & EkonomiTeknologi

Akhirnya Ada Persepakatan Antara TikTok & Trump

Besar kemungkinan dendam kesumat antara Trump dan TikTok ini bermula apabila pengguna Tiktok “prank” Presiden Amerika Syarikat tersebut dengan menempah ribuan tiket di atas talian untuk hadir di kempen pemilihan Presiden di Oklahoma pada bulan Jun lalu.

Kekosongan di stadium tersebut dilihat telah sangat memalukan Trump.

Bagi pihak kepimpinan Trump yang mahukan ketegasan terhadap Beijing yang merasakan keselamatan kebangsaan negara tersebut berada dalam ancaman kerana ia adalah aplikasi milik China, ini merupakan waktu yang tepat untuk bertindak.

Trump pada bulan Julai telah mengancam untuk mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut selagi China tidak menyerahkan kuasa, algoritma dan data syarikat tersebut kepada Amerika.

Trump juga mahu kerajaan Amerika diberi pampasan selama proses itu berlaku.

Aplikasi TikTok yang memiliki 100juta pengguna di Amerika Syarikat memiliki sehingga 20 September untuk melakukan sesuatu.

 

Apa Sahaja Permintaan Trump?

Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin telah menyediakan beberapa terma kepada ByteDance seperti berikut untuk mendirikan syarikat baharu yang dikenali sebagai TikTok Global.

1. Empat daripada lima orang ahli lembaga syarikat haruslah orang Amerika (ini termasuk wakil daripada Walmart).
2. Ahli jawatankuasa keselamatan negara diketuai oleh orang Amerika yang memiliki pengiktirafan keselamatan siber dan boleh melihat sekiranya terdapat isu yang berbangkit.
3. Bakal mengemukakan tawaran awam awal tahun depan. Syarikat akan mencari nilai AS$60bil (RM246.81bil), berdasarkan pakar.

 

Apa Sahaja Yang Dipersetujui Oleh Trump & TikTok?

TikTok yang dimiliki oleh ByteDance Ltd di China bersetuju dengan penawaran Oracle Corp dan Walmart Inc tetapi kekal memiliki saham terbesar di syarikat tersebut.

Perkara ini sebenarnya dipersoalkan kerana Trump sebenarnya mahukan pelabur Amerika untuk mendapatkan kuasa majoriti ke atas syarikat tersebut.

Namun Bytedance telah mengekalkan 80% saham mereka di syarikat baharu ini tetapi pelabur AS yang sedia ada memegang 40% saham ByteDance termasuk pelaburan baharu oleh Oracle dan Walmart serta pemegang saham minoriti lain oleh orang AS sehingga pihak pentadbiran Trump mendakwa 53% syarikat itu milik AS.

Trump yang mahukan data pengguna Amerika kekal di tangan Amerika atas sebab keselamatan telah mendapatkan perkara tersebut tetapi algoritmanya yang membuatkan TikTok Tiktok akan kekal menjadi hak milik ByteDance.

 

Bagaimana Pula Pampasan Kepada Kerajaan?

Ia tidak begitu jelas tentang janji untuk membayar cukai kepada Pembendaharaan Amerika Syarikat dengan jumlah US$5bil (RM20.56bil).

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut akan menubuhkan sebuah inisiatif pendidikan baharu yang boleh mengajar kanak-kanak membaca dan matematik secara atas talian.

Trump telah berpuas hati dengan perkara ini dengan menyatakan bahawa “Itulah sumbangan yang saya minta.”

 

Persetujuan Trump & TikTok – Trump Kalah Atau Menang?

Menurut Trump, syarikat baharu yang bakal ditubuhkan ini akan berpangkalan di Texas dengan perjanjian untuk mengambil 25,000 orang Amerika bekerja.

Ahli Lembaga syarikat juga haruslah warganegara Amerika dan yang paling penting, langkah itu menyelesaikan krisis enam minggu sebelum pilihan raya AS yang menyimpulkan salah satu episod yang lebih luar biasa dalam jawatan presiden yang dipenuhi olehnya.

“Ia adalah sebuah perjanjian yang baik untuk Amerika. Ia akan menjadi syarikat baharu dan tidak ada kena mengena dengan mereka yang berada di luar dan China. Ia akan menjadi sangat selamat,” kata Trump.

 

TikTok Hanyalah Alasan Politik Trump?

Namun kenyataan ini telah menyebabkan mereka yang tidak mempercayai Trump melihatnya taktik TikTok ini adalah sebagai alasan politiknya.

Seorang profesor dalam pemasaran dan digital media di Universiti Carnegie Mellon, Ari Lightman berkata,”Pihak kerajaan harus berusaha melindungi masalah keselamatan negara tetapi mereka tidak seharusnya menjadi orang tengah dengan membuat perjanjian pintu belakang dengan syarikat AS. Anda harus bertanya kepada diri sendiri, mengapa mereka tidak melalui proses yang benar?”

Jika benar ia adalah tentang keselamatan negara di mana China boleh memegang data pengguna Amerika, tetapi sebelum ini aplikasi dan perisian yang dibangunkan di Amerika Syarikat sudah lama dieksport ke luar negara. Contohnya Facebook dan Twitter.

TikTok merupakan aplikasi China yang pertama menjadi sangat popular di Amerika yang membolehkan Beijing memiliki peluang mendapat “projek” serta “kuasa lembut” di luar negara yang sudah lama didambakan.

Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang mahir dengan isu ini, ia sebenarnya merupakan masalah personal Trump.

 

Kronologi Ancaman Terhadap TikTok Di Amerika

Dendam yang terjadi pada 20 Jun di Tulsa, Oklahoma di mana pengguna TikTok telah mengadakan kempen untuk memohon tiket hadir di kempen Trump tetapi tidak muncul.

Pihak Trump menjangkakan puluhan ribu sehingga mungkin 1juta orang bakal hadir di kempen tersebut tetapi hanya lebih kurang 6,000 orang sahaja yang hadir dengan kebanyakan kerusi di stadium tersebut kosong.

Pada masa yang sama semakan keselamatan aplikasi sedang dijalankan.

Ia bermula ketika ByteDance di tahun 2017 telah mengambil alih Musical.ly, sebuah aplikasi ‘lip-synch’ berpangkalan di China di mana majoriti penggunanya ialah orang Amerika Syarikat yang kini menjadi pengguna TikTok.

ByteDance tidak melaporkan kesepakatan itu kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS untuk persetujuan, tetapi dua tahun kemudian panel tersebut menghubungi ByteDance.

Isu tersebut semakin memuncak di tahun 2020 apabila ketegangan di antara Washington dan Beijing meningkat dan pandemik Covid-19 melanda.

 

TikTok Disiasat Secara Rasmi Pada Bulan Jun 2020

Ini menyebabkan Cfius membuka penyiasatan secara rasmi terhadap pemerolehan tersebut di bulan Jun.

Cfius telah melancarkan siasatan lebih ketat terhadap China sejak Trump mula berkuasa.

Mereka telah menghalang tiga pemerolehan daripada pelabur China manakala pelbagai perjanjian lain telah dipatahkan setelah pelbagai amaran keselamatan negara mula ditegakkan.

Risau tentang keselamatan data, Cfius juga telah menyebabkan pemilik aplikasi ‘dating’ – Grindr untuk menjual perniagaannya tahun lalu.

Namun menurut pakar keselamatan, hal yang menjadi kerisauan utama tentang TikTok sebenarnya belum lagi selesai walaupun Oracle dan AS memiliki data tentang algoritma serta data aplikasi tersebut.

“Ia masih bunyi seperti sebuah percakapan politik yang hebat. Bagi memastikan keselamatan negara terjamin sebenarnya adalah sangat mencabar. Terdapat pelbagai kejadian di mana syarikat AS memiliki data dan menyebabkan keselamatan kebangsaan berisiko. Mengenakan dan mensasarkan syarikat luar negara sebenarnya tidak membantu,” kata Michael Coates, Ketua Pegawai Eksekutif Altitude Networks dan bekas Ketua Informasi Keselamatan di Twitter kepada Bloomberg.

Show More

Related Articles

Back to top button