AntarabangsaIsu Semasa

Dengan Keadaan Di Amerika Sekarang, Mengapa Ada Yang Mencalonkan Trump Untuk ‘Nobel Peace Prize’?

Kurang dari dua bulan untuk pemilihan presiden Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump mungkin mempunyai satu perkara yang boleh diraikan iaitu dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel.

Siapa Yang Mencalonkan Trump?

Seorang ahli politik Norwegia berhaluan kanan telah mengemukakan nama Trump untuk hadiah pada tahun 2021, dengan memetik peranan Trump dalam perjanjian damai di antara Israel dan Emiriah Arab baru-baru ini.

Christian Tybring-Gjedde memberitahu Fox News bahawa “untuk meritnya itu, saya rasa beliau telah melakukan usaha untuk mewujudkan keamanan bagi dua negara tersebut berbanding orang lain yang dicalonkan untuk hadiah keamanan tersebut.”

Namun Tybring-Gjedde mengakui dirinya bukanlah penyokong besar Trump tetapi menurutnya,”masyarakat perlu melihat kepada fakta serta menilainya berpandukan fakta yang ada dan bukannya kelakuannya semata-mata.”

Trump Dicalonkan Dua Kali Untuk Hadiah Keamanan Nobel 2021

Selain daripada Christian Tybring-Gjedde, Magnus Jacobsson, seorang ahli Parlimen Sweden telah mencalonkan Trump kerana telah membantu ekonomi Serbia-Kosovo.

Oleh sebab itu, Jacobsson bersama pihak Serbia dan Kosova menominasi Trump untuk bersama menggerak pendamaian dan pembangunan ekonomi melalui perjanjian koperasi dengan Rumah Putih.

Siapa Sahaja Yang Boleh Lakukan Pencalonan?

Untuk mencalonkan seseorang untuk menerima Hadian Keamanan Nobel, ia boleh dilakukan oleh ketua negeri mahupun ahli politik di peringkat kebangsaan.

Selain itu, profesor universiti, pengarah institut dasar luar negeri, penerima Hadiah Nobel yang lalu dan Ahli Jawatankuasa Nobel Norway juga merupakan antara mereka yang dianggap layak untuk mengemukakan pencalonan untuk hadiah tersebut.

Pencalonan tidak memerlukan jemputan dan selagi mereka masuk sebelum 1 Februari tahun kelayakan, mereka akan diterima.

Bagi Hadian Keamanan Nobel 2020 juga belum lagi diumumkan dengan 318 calon sudah tersenarai.

 

Adakah Ini Kali Pertama Trump Dicalonkan?

Tidak. Ini merupakan kali kedua dan pertama kali ia dilakukan pada tahun 2018 di mana Mr Tybring-Gjedde, ahli politik berhaluan kanan yang merupakan salah satu pembuat dasar Norwegia telah mencalonkan Trump untuk hadiah sama tetapi di atas usahanya untuk Korea Utara dan Selatan berbaik semula.

 

Mengapa Tybring-Gjedde Mencalonkan Trump?

Tybring-Gjedde merupakan ali parti Progress yang konservatif berkata presiden Amerika Syarikat itu mematuhi kriteria pada ketika itu.

Untuk yang baru-baru ini, Israel dan UAE telah bersepakat untuk memeterai perjanjian untuk membaiki hubungan mereka dengan Israel bersetuju untuk menangguh rancangan kontroversialnya bagi mengambil sebahagian dari Tebing Barat yang diduduki. Perkara ini diumumkan oleh Trump dalam satu kenyataan mengejutkan.

Ini merupakan perjanjian damai kedua yang dilakukan di antara Israel-Arab sejak Israel mengumumkan kemerdekaannya pada tahun 1948.

Di samping itu, ia juga menjadi perhubungan diplomatik yang pertama di antara Israel dan negara-negara di Teluk Arab. Ini mengejutkan pemimpin Palestin.

 

Pernahkah Presiden Amerika Syarikat Yang Lain Dicalonkan?

Terdapat beberapa Presiden Amerika yang pernah dicalonkan sebelum ini. Ia termasuk President William Howard Taft, President Herbert Hoover dan President Franklin Roosevelt.

Jika Trump berjaya mendapatkan hadiah tersebut, Trump bakal menjadi Presiden ke-5 untuk menerima hadiah tersebut setelah Theodore Roosevelt pada tahun 1906, Woodrow Wilson pada 1920, Jimmy Carter pada 2002 dan Barack Obama pada tahun 2009.

Sewaktu kemenangan Obama, Trump pernah menciap di akaun twitternya pada tahun 2013 meminta gelaran tersebut ditarik balik. Obama dicalonkan hanya setelah beberapa bulan menjawat jawatan Presiden.

Bagaimanapun, bekas setiausaha Nobel, Geir Lundestad berkata dia turut menyesal dengan pemilihan Obama.

“Penyokong Obama juga percaya bahawa hadiah tersebut merupakan satu kesilapan,” kata Lundestad kepada AP.

Obama menyumbang hadiah berjumlah US$1.4juta tersebut kepada badan kebajikan.

 

Antara Pencalonan Keamanan Nobel Yang Berkontroversi

Adolf Hitler pernah dicalonkan mendapatkan hadiah keamanan ini pada tahun 1939 oleh seorang ahli Parlimen Sweden.

Ia kemudiannya dilihat sebagai satu perkara yang tidak serius maka, pencalonan ditarik segera setelah itu.

Beberapa tahun kemudian, pemimpin Soviet Josef Stalin dicalonkan untuk anugerah yang sama, dua kali, iaiyu pada tahun 1945 – atas usahanya mengakhiri WW2 – dan sekali lagi pada tahun 1948.

Setelah pencalonan diserahkan, penerima dipilih oleh Jawatankuasa Nobel yang terdiri daripada lima orang. Mereka ini dilantik oleh Ahli Parlimen Norway. Pemenang hadiah 2021 tidak akan diumumkan sehingga Oktober tahun depan.

Show More

Related Articles

Back to top button