AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

Perang Trump Ke Atas TikTok Bakal Menjejaskan Guru-Guru Di Amerika

Christa Kacer-Reynolds bangun seawal 3.30 pagi di rumahnya di timur laut Iowa hampir setiap hari untuk membuat persediaan kelas.

Sebelum jam 5 pagi, dia sudah bersedia dengan membuka laptopnya dan memasuki laman perkhidmatan yang dikenali sebagai GoGoKid sambil menunggu pelajarnya untuk log masuk melalui rumah mereka yang berada di belahan dunia lain.

Untuk tiga jam seterusnya, Kacer-Reynolds mengajar anak kecil di China untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, bermain dan bernyanyi dengan mereka melalui skrin komputer.

Pelajarnya yang paling kecil mempelajari perkara asas seperti warna, makanan, ibu dan ayah. Manakala pelajarnya yang lebih berusia akan mempelajari geografi dan perasaan dengan menggabungkan ayat-ayat mudah.

 

Membesar Bersama Kanak-Kanak Yang Mereka Ajar Di Belahan Dunia Lain

Kacer-Reynolds memiliki ijazah dalam kejuruteraan awam tetapi terlihat iklan pengajaran dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL- English as a second language) dua tahun yang lalu apabila sedang mencari pekerjaan yang membolehkannya bekerja sambil mengajar anaknya di rumah.

“Saya tidak sedar bagaimana saya sangat menyayangi pekerjaan saya dan menyayangi anak murid saya,” ujarnya. Salah satu pelajarnya bermula pada usia tiga tahun dan telah mengajarnya hampir 100 sesi awal pagi dalam masa setahun.

“Ia sangat mengujakan kita dapat melihat mereka membesar dan belajar.”

Dari segi kewangan, ia juga sangat membantu. Menurut Kacer-Reynolds, secara kewangan, ia sangat besar dan mereka telah menggunakan wang hasil menjadi guru tersebut untuk membayar hutang dan telah melakukan bajet sehingga dia harus bekerja untuk musim luruh ini.

Walau bagaimanapun, kini keadaan tersebut tidak menentu.

 

Sesi Pembelajaran Atas Talian Seperti Ini Mungkin Bakal Diharamkan Trump

Pada bulan Ogos, pihak pengurusan Trump telah mengumumkan bahawa mereka boleh melarang kerjaya Kacer-Reynolds – dan ribuan guru Bahasa Inggeris sepertinya di seluruh AS – mulai akhir bulan ini.

Ia sebuah arahan eksekutif yang mensasarkan aplikasi popular TikTok yang dihasilkan oleh sebuah syarikat China bernama Bytedance yang bakal diharamkan bermula 20 September ini.

Arahan tersebut telah menyebabkan pelbagai spekulasi – dari segi kuasa hukum ke atasnya, kesahihan tuntutannya bahawa TikTok menimbulkan ancaman keselamatan negara, dan di mana syarikat AS mungkin cuba membeli aplikasi tersebut dan menyelamatkan puluhan juta penggunanya.

Bagi guru di GoGoKid, yang juga dimiliki oleh Bytedance, ia menimbulkan pelbagai persoalan yang mereka perlukan jawapan dengan segera.

“Apabila arahan eksekutif yang pertama diumumkan, terdapat histeria besar-besaran,” kata SarahRuth Owens, seorang guru di Georgia yang membantu menjalankan kumpulan guru GoGoKid di Facebook yang terbesar.

 

Ramai Guru Bergantung Hidup & Menyara Keluarga Melalui Platform ByteDance Ini

Seperti Kacer-Reynolds, Owens juga telah bergantung hidup melalui pendapatan yang didapatinya daripada landasan tersebut.

Ia membolehkannya mengajar untuk beberapa jam di awal pagi sebelum mengajari anaknya di rumah dan menjalankan perniagaan asuhan anak di siang hari.

“Saya menghasilkan sekurang-kurangnya 85% daripada pendapatan keluarga. Saya bayar kesemua bil rumah,” kata Owen. Jika GoGoKid disingkirkan dengan pengharamanan Bytedance, “keluarga saya akan terjejas teruk” ujarnya.

Tidak seperti perintah eksekutif yang mensasarkan WeChat yang hanya menyebut syarikat induk Tencent dari China tetapi untuk perintah eksekutif Bytedance, arahan tersebut dikatakan berpotensi untuk mengharamkan kesemua perniagaan syarikat tersebut termasuk anak syarikat milik mereka jika ia bakal dikuatkuasakan di akhir September ini.

GoGoKid menggaji guru dari Amerika dan Kanada tetapi dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Los Angeles Times, 90% daripada 4000 guru mereka berada di Amerika Syarikat.

 

Pihak Bertanggungjawab Masih Membisu

Pihak Pejabat Perdagangan yang ditugaskan untuk memberi definisi tentang skop arahan eksekutif itu juga tidak mahu memberi maklum balas kepada Times untuk memberi penjelasan lanjut tentang arahan tersebut.

Beberapa syarikat besar di Amerika seperti Walmart, Microsoft dan Oracle telah berbincang untuk mengambil alih TikTok daripada Bytedance untuk membenarkan aplikasi tersebut terus beroperasi di Amerika Syarikat melalui pemilikan tetapi.

Akan tetapi kerajaan China telah menukar undang-undang eksport mereka pada akhir Ogos yang telah menyebabkan jalan tersebut tidak boleh digunakan. Malah tidak ada laporan tentang perundingan yang menyebut tentang GoGoKid.

 

GoGoKid Cuba Mencari Jalan Untuk Para Guru Amerika

GoGoKid berkata mereka sedang mencari pelbagai cara lain untuk memastikan mereka kekal beroperasi.

“Kami sedar nilai ekonomi yang dibawakan oleh program ini kepada para guru dan juga pengalaman mengajar para pelajar,” kata jurucakap GoGoKid.

“Kami mahu terus maju dengan GoGoKid seperti mana yang diinginkan oleh para guru dan pelajar yang tahu dan menyayanginya.”

Akan tetapi langkah syarikat tersebut di akhir Ogos mengarah kepada ketidak pastian di peringkat korporat.

Pengharaman ByteDance akan dilaksanakan pada 20 September dan selalunya GoGoKid membayar guru-guru mereka pada kitaran bulanan bermakna mereka hanya akan mendapat bayaran untuk pengajaran di bulan September pada bulan Oktober.

Memandangkan kemungkinan wang mereka akan dibekukan akibat pengharaman tersebut, terdapat beberapa guru yang berhenti memberi kelas pada bulan September.

 

Jika Guru Terus Mengajar Secara “Haram”, Mereka Akan Didenda Sehingga RM1.24juta!

“Saya sangat risau jika didenda,” kata Kacer-Reynolds.

Ini kerana perintah eksekutif memberi kerajaan kuasa untuk mengenakan denda levi sebanyak US$300,000 (RM1.24juta) ke atas tindakan kriminal melanggar pengharaman dalam membuat perniagaan dengan ByteDance.

“Ini lebih menakutkan saya daripada tidak dibayar. Saya sangat takut untuk melanggar undang-undang,” ujar Kacer-Reynolds.

Pada penghujung Ogos, GoGoKids memahami keadaan tersebut dengan menukar sistem pembayaran mereka dan memaklumkannya kepada para guru menerusi emel bahawa syarikat tersebut akan membayar para guru untuk jam yang mereka kerja pada minggu pertama bulan September pada 15 September dan untuk minggu kedua pada 19 September.

Ini memberikan para guru minggu tambahan untuk bekerja sebelum perkara yang terburuk bakal terjadi.

 

Platform Alternatif Sukar Akibat COVID-19

Sebelum pandemik COVID-19 melanda, dan ramai kehilangan kerja di bulan Mac, guru di GoGoKid mungkin boleh bertukar ke perkhidmatan lain seperti VIPKid yang dimiliki oleh Tencent.

Owens juga pernah mendaftar dibawah syarikat tersebut di tahun 2016 sebelum beralih ke GoGoKid yang dilancarkan pada 2018 kerana gaji yang lebih lumayan dan kurikulum anjal yang membolehkan dirinya lebih bersukaria bersama pelajar.

Kini pasaran ini telah dibanjiri oleh guru yang tidak memiliki kerja dan ingin bekerja dari rumah yang hanya perlu melalui temubual dan memiliki beberapa pengalaman dalam asuhan anak untuk membolehkan mereka mendapatkan slot mengajar,

Bagi Owens walaupun dia masih memiliki akaun di VIPKid, dia tidak mahu menukar platform dan mengajar 35 jam seminggu untuk memastikan keluarganya stabil.

Dengan pemulihan COVID-19 di China juga bermakna kebanyakan daripada kanak-kanak di sana akan menghadiri kelas di sekolah dan ia akan menyebabkan permintaan untuk kelas Bahasa Inggeris menurun.

Kacer-Reynolds sangat berharap dia masih boleh menyimpan tugasnya sebagai guru di atas talian ini kerana dia sangat minat dan hubungannya dengan kanak-kanak yang dia membesar bersama sangat bermakna buat dirinya.

“Saya telah meletakkan diri saya sepenuhnya dalam pengajaran ini dan menemukan sesuatu yang saya sangat bagus. Saya tidak selalu memiliki tahap keyakinan yang sangat tinggi seperti ini tetapi saya telah menemukan niche saya bersama mereka yang berusia tiga hingga lapan tahun. Ia sangat mengharukan dan sangat sedih jika saya perlu berhenti,” luahnya kepada Los Angeles Times.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close