Bisnes & Ekonomi

Golongan Terkaya Semakin Kaya Setelah Mengambil Tawaran Jack Ma

Kumpulan Ant, milik Jack Ma sedang membina sebuah kumpulan baharu orang-orang kaya di China sambil memberi peningkatan kepada beberapa kekayaan terdahulu di seluruh dunia.

 

Orang-Orang Kaya Buat Pelaburan Ke Dalam Syarikat Jack Ma

Li Ka-Shing, orang Hong Kong yang merupakan orang ke-30 terkaya bersama anak kepada pengusaha hartanah kaya Taiwan dan Shen Guojon, pengusaha hebat China adalah di antara mereka yang melabur dalam penyedia pembayaran dalam talian, yang mungkin bernilai $225bilion apabila didagangkan pada umum bermula bulan depan.

Ia bukanlah sebuah pertaruhan sekali dalam bidang teknologi tetapi mereka telah menjalankan hubungan dengan empayar Ma sebelum melabur ke dalam Ant dua tahun yang lalu bersama keluarga kaya Thailand, Chearavanont, keluarga Tung dari Hong Kong dan Lu Zhiqiang daripada China Oceanwide Holdings Ltd.

Sekurang-kurangnya tujuh taikun telah melabur sebanyak $700juta digabung bersama dengan pemulangan yang mencapai 50% berdasarkan penilaian yang disasarkan Ant.

“Pejabat keluarga tidak takut untuk mengubah cara pelaburan mereka dengan tindak balas terhadap dunia digital. Mereka mahu melabur dalam fintech paling bernilai di dunia,” kata Sankar Krishnan, Timbalan Presiden Eksekutif pasaran perbankan dan permodalan di Capgemini SE, New York.

 

Ant Financial dikawal oleh Jack Ma. Sumber Imej: biznews.com

Jack Ma Bakal Menjadi 10 Orang Terkaya Dunia

Ant dijangka untuk mendapatkan $30bilion di Hong Kong dan Shanghai apabila tersenarai di pasaran pada bulan Oktober ini. Ia bakal mengatasi rekod Saudi Aramco yang ditawarkan tahun lalu iaitu pada $29bilion.

Ini boleh membuat Jack Ma yang berusia 55 tahun memasuki senarai 10 orang terkaya di dunia di samping meningkatkan pulangan beberapa syarikat ekuiti swasta A.S.

 

Perjalanan Orang-Orang Kaya Melabur Ke Dalam Ant

Li, orang paling kaya di Hong Kong mula melabur ke dalam Ant pada tahun 2017 apabila syarikat unggulannya telah bersetuju bergabung dengan syarikat gergasi fintech untuk menawarkan dompet digital di Hong Kong yang kini didapati di lebih 50,000 kedai tempatan.

Pada tahun berikutnya, dua lagi syarikat Li mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan Ant.

Cerita yang sama bagi anak kepada mogul Taiwan Samuel Yin, Yin Chung-yao dan keluarga Mulliez dari Perancis yang mengendalikan rangkaian kedai runcit Auchan dan antara terkaya di dunia dengan kekayaan sekitar $38bilion.

Sebelum mereka melabur dengan Ant, Alibaba Group Holding Ltd. telah membeli saham pengendali pasar raya besar China Sun Art Retail Group Ltd. dari Yin’s Ruentex Group sementara Auchan Retail SA menaikkan hak miliknya sendiri.

Keluarga Chearavanont yang memiliki Charoen Pokphand Group Co. telah mengumumkan gabungan dengan Ant pada tahun 2016.

Manakala Tung Chee-hwa, mantan ketua eksekutif Hong Kong telah berada dalam ahli lembaga Alibaba sejak 2014.

Shen pula diketahui merupakan sahabat baik Ma telah pun mempunyai hubungan perniagaan dengannya sejak 2013 manakala syarikat Oceanwide miliki Lu dan syarikat pelaburan Ma telah menjadi sebahagian daripada konsortium yang membawa kepada Caesar’s Entertainment Corp. yang menjalankan permaianan kasino secara atas talian pada tahun 2016.

 

Mengapa Orang Kaya Ini Mahu Melabur Kepada Syarikat Fintech?

“Keluarga kaya selalunya sering menjadi pelabur dan syarikat yang sedang berkembang selalunya akan mendapat manfaat daripada mereka daripada pelbagai segi seperti ilmu, kewangan dan modal pelaburan. Manakala orang kaya yang melabur mendapatkan keuntungan mereka daripada pulangan yang tinggi serta akses kepada inovasi dan teknologi terkini, portfolio pengembangan dan pelaburan terus serta kawalan yang lebih besar,” kata Rebecca Gooch, Pengarah Kajian di Campden Wealth di London kepada bloomberg.

Kecuali Lu, taikun yang satu ini melanggan saham Ant International yang boleh ditukar secara 1:1 dengan saham Ant Group berdasarkan yang tersenarai. Lu yang masuk ke Ant sebagai pelabur ‘onshore‘ memiliki saham Ant secara terus.

Penawaran Ant di pasaran saham umum akan membuat beberapa orang eksekutif di Alibaba dan Ant menjadi jutawan (billionaire) termasuk Pengerusi Ant, Eric Jing.

Ia menawarkan kemungkinan berlakunya firma ekuiti swasta A.S. termasuk Silver Lake Group LLC, Warburg Pincus LLC dan Carlyle Group Inc., yang masing-masing melabur sekitar $500juta atau lebih pada pusingan pendanaan 2018.

Credit Suisse Group AG dan syarikat ‘venture capitalist‘ Lee Kai-Fu, bekas ketua operasi Google di China, juga akan mendapat keuntungan setelah masing-masing memasukkan sekitar $80juta dan $30juta.

Show More

Related Articles

Back to top button