Amerika SyarikatPolitik

Bagaimana Pemilihan Kamala Harris Boleh Membantu Atau Menjatuhkan Joe Biden

Joe Biden telah menamakan Kamala Harris sebagai pasangannya, menjadikan senator California itu sebagai wanita Afrika-Amerika dan Asia-Amerika pertama yang bertanding atas tiket parti politik utama.

Pemilihan Harris muncul beberapa bulan setelah Biden bertekad memilih wanita untuk menyertainya dengan tiket Parti Demokrat.

Harris, 55, kini menjadi wanita ketiga yang berkhidmat sebagai calon naib presiden untuk sebuah parti politik utama, mengikuti Geraldine Ferraro sebagai calon naib presiden Parti Demokrat pada tahun 1984 dan Sarah Palin sebagai calon naib presiden Parti Republik pada tahun 2008.

Memilih calon Parti Demokrat masa depan adalah pertempuran yang amat penting.

Timbul persoalan bagaimana Harris akan dapat membantu Biden menakluk Rumah Putih.

Ini adalah beberapa kekuatan dan kekurangan dalam pemilihan Kamala Harris sebagai calon Naib Presiden parti Demokrat.

Kekuatan

  1. Diversiti

Secara terang-terangan, Parti Demokrat hari ini tidak seperti Joe Biden. Ia muda dan terdiri daripada pelbagai etnik.

Semakin jelas bahawa calon yang diperlukan ialah seseorang yang lebih muda dan bukan dari orang kulit putih untuk memiliki tiket menentang Republikan.

Kamala Harris, yang mana ayahnya adalah orang Jamaica dan ibunya berasal dari India, memenuhi keperluan khusus ini.

Beliau menjadi wanita kulit hitam dan Asia pertama yang bertanding atas tiket utama presiden parti. Di usia 55 tahun, Harris tidaklah begitu muda tetapi beliau jauh lebih muda berbanding dengan Joe Biden yang berusia 77 tahun.

 

  1. Lantang

Salah satu peranan penting calon naib presiden adalah untuk turun padang dan lantang terhadap pembangkang.

Walaupun orang atasan parti biasanya akan mengambil jalan mudah, orang nombor dua akan mencabar pembangkang.

Sekiranya ini adalah tugas yang ditanggung oleh Harris, sejarah menunjukkan beliau akan dapat melaksanakan tugas itu.

Biden tentu ingat bahawa Harris yang mengejarnya dengan penuh semangat semasa perdebatan utama Parti Demokrat yang pertama pada bulan Julai 2019, mengkritik penolakannya terhadap usaha mengakhiri pemisahan di sekolah-sekolah awam.

Harris juga terbukti menjadi penyiasat yang sangat tekun dan agresif selama berkhidmat di Senat AS.

Donald Trump dengan jelas mengingati ini apabila Presiden itu menyatakan bahawa beliau menganggap Harris “sangat tegas” kepada calon Mahkamah Agung keduanya, Brett Kavanaugh.

  1. Ketabahan

Walaupun pencalonan diri sebagai presiden 2020 oleh Kamala Harris tidak berjaya setelah mengundurkan diri, beliau masih tahu bagaimana rasanya berada di bawah tekanan kempen pemilihan.

Ketika melancarkan kempennya pada Januari 2019, Harris diperlakukan seperti calon presiden peringkat tertinggi.

Pada bulan Julai, setelah prestasi debat pertamanya yang kuat,  Harris naik ke puncak beberapa pemilihan utama.

Harris telah melalui saat getir berkempen dan tahu bagaimana rasanya tetapi masih mahu terus bertanding.

Memandangkan belia pernah bertanding untuk jawatan presiden, tidak mustahil bagi banyak orang Amerika untuk membayangkannya sebagai presiden suatu hari nanti.

Kekurangan

  1. ‘Harris adalah seorang polis’

Harris memiliki latar belakang penguatkuasaan undang-undang.

Memandangkan demonstrasi baru-baru ini berlaku disebabkan kekejaman polis dan tuduhan rasisme institusi dalam penguatkuasaan undang-undang itu, resume Harris mungkin memberi kesan kepada Parti Demokratik.

Hal itu terjadi semasa kempen presiden Harris, apabila ayat “Harris adalah polis” sering dilemparkan kepada senator California itu dalam beberapa insiden.

Baik sebagai peguam daerah San Francisco dan sebagai peguam California, Harris telah berpihak kepada polis berbanding suspek – bahkan dalam kes di mana suspek tersebut mungkin telah disabit kesalahan secara salah. Walaupun Harris menyatakan penentangan peribadi terhadap hukuman mati, beliau pernah menyokong penggunaannya semasa memegang jawatan.

Menjadi anggota polis atau penguatkuasa mungkin merupakan sifat menarik di kalangan pengundi bebas dan konservatif dalam pilihan raya umum, tetapi tidak di pihak Biden-Harris.

Sejak kematian George Floyd, Harris telah bersuara dalam mendukung reformasi penegakan undang-undang, dan mendapat pujian dari beberapa progresif tetapi sejujurnya, mereka masih menyimpan keraguan.

 

  1. Lalang

Walaupun kempen presiden Harris dicatat sebagai petanda yang memihak kepadanya. Namun, ada sisi lain untuk itu.

Kempennya, walaupun dimulai dengan ledakan dan momen-momennya, ia juga memiliki beberapa kelemahan serius dan beberapa kelemahan berkaitan dengan calon itu sendiri.

Walaupun Harris memiliki catatan sebagai orang yang sederhana ketika menjadi senator dan peguam negara, beliau pernah menunjukkan kecenderungan ke kiri semasa kempen presidennya.

Sebagai contoh, Harris memilih pendidikan tinggi percuma, program persekitaran Green New Deal dan penjagaan kesihatan sejagat, tetapi tidak pernah terdengar meyakinkan tentang hal itu.

Keikhlasan adalah perkara utama yang dipandang oleh pengundi dan sebahagian alasan mengapa Donald Trump menjadi presiden.

Walaupun para penyokongnya tidak selalu setuju dengannya, mereka merasakan Trump bercakap secara telus.

Pergerakan Harris dari sederhana, kemudian ke kiri dan sekarang kembali ke kanan bersama Biden dapat menyebabkan sebilangan pengundi bertanya-tanya di manakah pegangan dan sokongan sebenar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button