Isu SemasaTempatan

Memasang Jalur Gemilang Terbalik: Sengaja atau Jahil?

Jika tiba penghujung bulan Ogos, semakin banyak kibaran Jalur Gemilang akan dilihat di merata-rata tempat.

Malah Majlis Perbandaran Kuantan mengambil inisiatif untuk memberi parkir percuma bagi kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta bagi yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Walau bagaimanapun, setelah hampir 63 tahun Malaysia menyambut hari kebangsaan tetap sahaja ada yang memasang Jalur Gemilang dengan cara yang salah.

Pada tahun ini sahaja sudah beberapa orang ditahan kerana memasang Jalur Gemilang terbalik.

25 Ogos 2020

Seorang pemandu lori sampah warga tempatan berusia 48 tahun serta empat pekerja warga Bangladesh ditahan selepas dikesan memasang bendera Malaysia secara terbalik.

Video lori sampah ini juga sempat tular di media sosial dan pengadu telah melaporkan kejadian ke balai polis.

12 Ogos 2020

Polis menahan empat individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Tebrau.

Tindakan diambil susulan laporan polis oleh orang awam dilakukan.

Ketua Polis Johor menunjukkan empat suspek yang ditahan kerana memasang bendera terbalik. Sumber Imej: AmazingNara

5 Ogos 2020

Tular Sekolah Jenis Kebangsaan Pui Ying di Klang, Selangor memasang bendera di sekolah mereka dalam keadaan terbalik. Dalam sebuah kenyataan yang dipetik dari MalaysiaGazette, Disebabkan cuti khas pada Isnin lalu, para guru tidak berada dalam sekolah dan pekerja am berusia 50 tahun memasang bendera secara berseorangan, satu keadaan yang turut menyumbang kepada berlakunya kesilapan.

Walaupun pihak sekolah segera memperbetulkan keadaan, tetapi kesilapan itu sempat dirakamkan orang ramai sehingga ada yang tersalah faham.

Bagaimanapun, wakil jabatan pendidikan dan polis telah mengunjungi sekolah tersebut dan kejadian ini telah dikenal pasti sebagai salah faham.

Bendera yang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Klang. Sumber Imej: malaysiagazette.com

4 Ogos 2020

Tular gambar bendera Malaysia terbalik di sekolah jenis kebangsaan di Kluang. Menurut HMetro, hasil siasatan mendapati insiden itu berikutan kesilapan kerani menaikkan bendera dan tidak disedari namun ia sudah dibetulkan.

Berdasarkan artikel tersebut sebuah lagi insiden pemasangan bendera terbalik turut dikesan di taman perumahan, di Kluang.

Gambar bendera terbalik yang diambil oleh orang awam pada 4.30 petang. Sumber Imej: HarianMetro

Apa Nak Jadi?

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dibuka terhadap mereka yang masih tidak tahu menghormati bendera negara sendiri.

“Isu pasang bendera Malaysia terbalik sudah banyak kali dibuat, negara kita sudah 63 tahun merdeka dan ini tidak sepatutnya berlaku.

“Selepas ini saya tidak lagi akan memberi amaran. Jika ada lagi kes ini saya akan arahkan pegawai penyiasat untuk buka kertas siasatan. Tiada lagi permohonan maaf akan diberikan selepas ini,” katanya.

Apakah Hukuman Yang Dihadapi Jika Didapati Bersalah?

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Sumber Imej: ismaweb

“Semua suspek ditahan untuk diambil keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya, selain turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,” kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

 

Hukuman Lebih Berat Perlu Diambil?

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berharap mereka yang memasang Jalur Gemilang terbalik dan menghina Jata Negara perlu ditangkap dan diambil tindakan lebih berat dan tegas.

Beliau berkata hukuman berat itu akan mampu memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mewujudkan keadaan tidak harmoni seperti menghina Jalur Gemilang dan Jata Negara apabila mereka berasa tidak puas akan sesuatu.

Zahidi turut menegaskan kementerian akan terus melipatgandakan usaha untuk memberi pemahaman kepada masyarakat tentang perlunya mereka menyayangi dan menghormati lambang negara.

Datuk Zahidi Zainul Abidin. Sumber Imej: TheStar

“Kementerian akan teruskan kempen kibar Jalur Gemilang …supaya rakyat betul-betul memahami dan menyayangi serta menghormati negara, Jata Negara, bendera (Jalur Gemilang) dan warga kita,” katanya.

 

Apakah Cara Betul Untuk Pasang Jalur Gemilang?

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Jalur Gemilang kita seperti warna asas bendera serta cara pemangsaan, muat turun maklumat ini https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/12/bendera_kita_jalur_gemilang_2017_upscale.pdf atau tonton video ini:

Namun antara cara betul untuk memasang Jalur Gemilang yang harus diketahui oleh orang ramai ialah seperti berikut:

i

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close