Gaya HidupKesihatan

Adakah Lebih Baik Kekal Berkawan Dengan ‘Ex’ Anda Di Media Sosial Atau Tidak?

Media sosial telah mengubah dunia bekas kekasih seseorang dan ia telah membuatkan ramai orang tidak dapat ‘move on‘ atau melupakan kisah lama mereka. Betul atau tidak?

Dengan kehadiran media sosial, adalah agak sukar untuk anda melupakan bekas kekasih anda 100% kerana kemungkinan besar rakan yang masih berkawan dengannya akan berkongsi cerita dan gambar mereka.

 

48% Masih Berkawan Dengan Bekas Kekasih Di Media Sosial

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Western telah mendapati 48% orang kekal berkawan dengan kekasih lama mereka di Facebook manakala 88% daripada mereka akan mengintai laman peribadi bekas kekasih mereka untuk melihat perkembangan mereka. Manakala 31% daripada bekas kekasih akan dengan sengaja meletakkan gambar dengan tujuan untuk menimbulkan rasa cemburu.

Pakar terapi pula mempunyai pendapat yang bercampur baur tentang sama ada anda perlu terus kekal berkawan dengan bekas kekasih anda di media sosial atau tidak.

Kebanyakan daripada mereka berkata ia bergantung kepada perasaan anda terhadap bekas kekasih tersebut.

 

Terus Berkawan Atau Tidak?

Judy Rosenberg, pakar psikologi dari Beverly Hills berkata peraturan mudah ialah: Mereka merupakan bekas kekasih anda atas satu sebab dan terdapat pelbagai perasaan bercampur-baur di situ. Oleh itu jangan lakukannya!

Santiago Delboy, pakai psikologi daripada Chicago pula mencadangkan anda untuk berfikir tentang motif sebenar anda yang ingin menyimpannya sebagai rakan di media sosial.

Adakah anda benar-benar kisah tentang bekas kekasih anda itu atau anda memiliki niat untuk kembali bersamanya?

Jika anda memiliki perasaan dan menafikan keadaan hubungan yang telah berakhir dengan bekas kekasih tersebut dan ingin menimbulkan rasa simpati, anda seharusnya tidak berkawan lagi dengan bekas kekasih tersebut.

 

Apakah Impak Jika Masih Berkawan Dengan Bekas Kekasih Di Media Sosial?

Walaupun memang agak sukar untuk seseorang itu betul-betul melupakan kekasih lama kerana media sosial, sebuah kajian pada tahun 2017 oleh Universiti Kansas Station mendapati jika anda masih berkawan dengan bekas kekasih di media sosial, ia akan memberi kesan ke atas hubungan baharu anda.

Ia termasuk keadaan di mana pasangan baharu anda akan rasa tidak selesa, cemburu dan tidak percaya dengan anda kerana anda masih berhubung dengan kekasih lama tersebut.

Oleh itu, cubalah untuk lupakan masa lalu dan bekas kekasih itu.

Teruskan fokus ke hadapan dengan pasangan baharu anda.

Show More

Related Articles

Back to top button