Bisnes & Ekonomi

Ini Dia Bagaimana Orang Terkaya Asia Berjaya Menduduki Tangga Ke-9 Orang Terkaya Dunia Sewaktu Pandemik COVID-19

Walaupun ekonomi India dilihat dalam keadaan sangat parah ketika pergerakan disekat untuk mengelak penyebaran COVID-19, syarikat Mukesh Ambani terutamanya syarikat telekomunikasinya telah menghasilkan keuntungan yang baik sehingga penghasilan peribadinya meningkat naik sekaligus membolehkannya berada di antara 10 orang terkaya di dunia.

Ambani yang juga merupakan orang terkaya di Asia ini memiliki kekayaan bersih US$64.5bil menjadikan dirinya satu-satunya taikun Asia berada dalam kelab eksklusif 10 orang terkaya di dunia.

 

Bagaimana Kekayaan Ambani Boleh Meningkat Ditengah-Tengah Pandemik?

Ambani, Pengerusi Reliance Industries Ltd yang memiliki 42% saham syarikat tersebut telah memintas Larry Ellison dari Oracle Corp dan Francoise Bettencourt Meyers, wanita terkaya dunia untuk menduduki di tangga ke-9.

Pelaburan Reliance ke atas syarikat digital, Jio Platforms Ltd telah membuah hasil sehingga menjadi bebas hutang jauh lebih awal daripada sasaran awal mereka iaitu pada Mac 2021.

Sewaktu kebanyakan jutawan dalam senarai orang kaya di dunia merasai impak akibat pandemik COVID-19, nilai saham Ambani telah meningkat dua kali ganda apabila ia berada pada tahap rendah di bulan Mac.

Kebangkitan kekayaan taikun berusia 63 tahun ini mengingatkan kepada pembahagian ekonomi dunia apabila 10% daripada mereka yang paling kaya di dunia ini memegang lebih daripada tiga suku daripada kekayaan di muka bumi dan kebanyakan kekayaan yang baharu masih dipegang oleh 1% mereka yang terkaya.

 

Sekaya Apa Mukesh Ambani?

Ambani tinggal di dalam sebuah rumah agam yang memiliki 27 tingkat di Mumbai. Ia dikenali sebagai Antilia.

Rumahnya memiliki tiga bumbung berlandasan helikopter, tempat letak kereta untuk 168 buah kereta, sebuah panggung wayang dengan 50 tempat duduk, sebuah grand ballroom dengan lampu gantung kristal, taman tergantung tiga tingkat yang diinspirasikan oleh Babylon, sebuah studio yoga dan pusat kesihatan serta spa.

 

Ramai Mahu Melabur Di Syarikatnya

Walaupun kejatuhan harga minyak telah menyebabkan ketidaktentuan bagi harga penjualan saham untuk divisi minyak dan gas Reliance, tetapi dalam hanya masa dua bulan Jio telah berjaya mengumpul sebanyak US$15bil – lebih daripada setengah jumlah pelaburan yang dimasukkan kedalam syarikat telekom diseluruh dunia tahun ini.

Facebook Inc., General Atlantic, Silver Lake Partners, KKR & Co dan dana kekayaan berdaulat Saudi Arabia adalah di antaranya yang mahu mengambil secebis daripada pasaran di atas talian yang paling cepat berkembang di dunia itu.

Dalam sebuah laporan pada bulan Jun lalu, Sanford C. Bernstein telah meramalkan Jio bakal mendapatkan 48% pasaran saham daripada pelanggan telekomunikasi India pada tahun 2025.

Ambani juga dikatakan mengadakan perjanjian e-dagang dalam beberapa unit Future Group yang kini memiliki perkongsian dengan Amazon.com Inc.

 

Perjalanan Kerjaya Ambani

Ambani telah memulakan kerjayanya dengan mempelopori perniagaan keluarga di awal tahun 1980-an apabila ayahnya, Dhirubhai Ambani meminta dia pulang ke India untuk melihat pembangunan kilang poliester yang didirikan setelah setahun di Stanford Business School.

Berdua mereka telah mula membeli pembekal dan juga kilang petrokimia serta penapisan minyak yang akhirnya mengembangkan perniagaan mereka ke dalam empayar fabrik, tekstil dan tenaga.

Ayahnya bagaimanapun meninggal dunia akibat angin ahmar pada tahun 2002 tanpa meninggalkan sebarang wasiat.

Ia telah menyebabkan perebutan di antara Mukesh Ambani dan adiknya Anil Ambani.

Pertengkaran tersebut telah diamankan oleh ibu mereka dengan penyelesaian bahawa kedua adik-beradik tersebut mendapatkan pembahagian sama.

Mukesh mendapat pengawasan dalam sektor minyak dan gas serta pengoperasian tekstil manakala adiknya Anil mengambil alih bahagian telekomunikasi, pengurusan aset, hiburan dan perniagaan melibatkan tenaga.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close