Bisnes & EkonomiTips Kewangan

7 Kesilapan Yang Perlu Dielak Ketika Membeli Rumah

1. Tidak melakukan kajian

Orang yang membeli hartanah atau kediaman buat pertama kalinya selalunya akan membeli segmen hartanah dari kelas rendah ke menengah. Namun mereka selalunya membeli tanpa melakukan semakan serta kajian.

Kebanyakan daripada mereka membeli tanpa berfikir panjang kerana tertarik dengan harga murah serta peluang memiliki rumah pertama.

Mereka selalunya tertarik dengan risalah yang cantik tanpa membaca semula perjanjian mahupun tanpa berfikir  panjang tentang kemampuan kewangan yang akhirnya membuat mereka menyesal di kemudian hari.

Ada yang mungkin bakal kehilangan wang deposit mereka kerana transaksi tidak berhasil atau pinjaman kewangan tidak diluluskan.

Malah mungkin ada yang telah membeli hartanah salah dari pemaju yang mungkin tidak bertanggungjawab.

 

2. Tidak Mengatur Kewangan Dengan Baik

Sesiapa yang ingin membeli rumah, mereka harus menganalisis aset serta pendapatan dan juga menguraikan hutang mereka serta mendapatkan pra-kelulusan bantuan pinjaman sebelum meletakkan sebarang deposit.

Ada yang fikir mereka mampu membeli tetapi apa yang bank boleh menawarkan kepada mereka tidak seperti yang diharapkan.

Jika anda sudah menandatangani perjanjian dan pihak bank tidak boleh memberikan pinjaman, anda bakal kehilangan wang besar kerana tidak dapat membayar baki harga rumah tersebut.

 

3. Membeli Dengan Hati & Bukan Dengan Akal

Orang sering rasa teruja kerana memiliki kediaman pertama mereka tanpa memikirkan rumah tersebut sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Ada yang tidak melihat dari aspek penjualan balik rumah tersebut.

 

4. Menukarkan Hartanah Menjadi Sesuatu Yang Tidak Sepatutnya

Terdapat beberapa pembeli yang membeli rumah baharu dan melakukan pengubahsuaian serta memberi sentuhan peribadi terhadapnya.

Ada yang telah melakukan pengubahsuaian besar-besaran dengan jumlah harga yang hampir sama dengan kos rumah waktu membeli tetapi apabila hendak dijual semula, harganya tidaklah seperti yang diinginkan.

Anda mungkin suka dengan dapur berwarna jingga tetapi potensi pembeli yang baharu tidak mungkin menyukainya.

Jika anda mahu melakukan pengubahsuaian rumah, pastikan ia berdasarkan citarasa umum dan bukannya spesifik ke atas kehendak diri.

 

5. Tidak Memeriksa Rumah

Seseorang harus memeriksa premis dan juga kawasan tapak pembinaan sebelum membeli hartanah tersebut.

Jika membeli kediaman lama, pastikan pendawaian, struktur binaan dan paip dalam keadaan yang baik. Jika tidak, kemungkinan kos memperbaiki adalah lebih mahal.

Adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat kontraktor berpengalaman untuk perkara seperti ini.

 

6. Tidak Mengenali Kejiranan

Jangan hanya menyukai rumah yang bakal dibeli tetapi sayangi juga kejiranan dan persekitaran rumah.

Kaji semula persekitaran, keselamatan dan keadaan rumah tersebut. Memiliki kawasan komersial berdekatan dengan rumah adalah kemudahan yang baik.

Jika anda membeli kediaman untuk disewa semula, pastikan pembangunan tersebut memiliki kemudahan yang boleh menarik penyewa.

 

7. Lokasi

Lokasi sesebuah kediaman adalah tetap penting sebelum membeli. Namun, lokasi yang mungkin anda inginkan berharga sangat tinggi dan apabila anda berjaya mengumpul wang untuk membelinya kemungkinan besar harga di kawasan idaman anda itu sudah bertambah tinggi.

Pakar juga tidak menidakkan kemungkinan rumah yang dibeli pada harga lebih rendah akan menjadi lebih tinggi.

Oleh itu, bersabarlah kerana hartanah atau kediaman anda yang murah kini akan bernilai tinggi pada satu hari nanti.

Tetapi apa yang penting ialah tidak akan rugi jika ingin melabur pada kediaman yang memiliki pengangkutan awam, pusat membeli-belah berdekatan, keselamatan baik dan persekitaran yang selesa.

Show More

Related Articles

Back to top button