Gaya HidupIsu SemasaKesihatanSains

Vaksin Sputnik V: Mengapa Ramai Meragui Keselamatan & Keberkesanannya?

Vaksin digelar Sputnik V yang dikeluarkan oleh Rusia telah mengejutkan penyelidik seluruh dunia.

Ini kerana vaksin tersebut tidak menjalani ujian berskala besar dan berjalan hanya dalam tempoh kurang dua bulan.

Pengkritik mendakwa Rusia terburu-buru untuk memenangi perlumbaan vaksin itu kerana berdepan tekanan politik daripada Kremlin yang mahu negara itu dilihat sebagai perintis saintifik global.

Rusia juga telah menggubal undang-undang yang menghapuskan keperluan untuk ujian fasa ketiga sebelum mendapat kelulusan pada April lalu.

Oleh itu, penyelidik Rusia hanya melakukan pra pendaftaran ujian fasa pertama dan kedua yang selesai pada awal bulan lalu untuk menghasilkan Sputnik V.

Ujian fasa ketiga pula dilakukan sehari selepas pengumuman tentang kelulusan Sputnik V setelah melihat tiada kesan sampingan berlaku.

Ujian fasa ketiga ini telah melibatkan lebih 2,000 sukarelawan di beberapa negara termasuk Brazil, Mexico, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin turut mendakwa anak perempuannya sudah menerima vaksin tersebut.

Bakal Mengeluarkan Vaksin Berskala Penuh Bulan Hadapan Tetapi Bertentangan Dengan Program Klinikal Vaksin

Pengeluaran vaksin itu pada skala penuh dijangka bermula pada bulan depan dan suntikan awal bakal diberikan kepada petugas kesihatan dan penduduk berisiko sebelum diperluaskan ke seluruh negara menjelang Januari 2021.

Menurut sumber, Sputnik V hanya diuji ke atas 75 individu dan tiada data kajian ke atas haiwan atau klinikal telah diterbitkan.

Ia jelas bertentangan dengan program klinikal paling cepat untuk vaksin lain yang merekrut puluhan ribu sukarelawan bagi menentukan keberkesanan dan keselamatannya di bawah ujian fasa ketiga.

Ujian pada skala besar diperlukan untuk mengetahui kesan sampingan yang dikhuatiri menjadi isu serius apabila vaksin tersebut diedarkan kepada jutaan individu.

Teori Vaksin Vaksin Sputnik V Berfungsi

Vaksin Sputnik V yang dinamakan sempena satelit Sputnik 1 yang dilancarkan Kesatuan Soviet pada 1957 dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Gamaleya di Moscow itu dibiayai Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF).

Suntikan vaksin tersebut mengandungi adenovirus yang diubah suai dan akan diberikan sebanyak dua kali dalam tempoh selang 21 hari.

Secara teori, ia meningkatkan sistem imun tubuh untuk menentang Covid-19 sebenar. Ia juga dikenali sebagai vektor virus yang merupakan pendekatan standard terhadap vaksin dan kumpulan lain yang menggunakan kaedah sama. Vaksin baharu biasanya perlu menjalani tiga peringkat ujian sebelum boleh digunakan secara meluas.

Bagaimana Nak Tahu Vaksin Ini Efektif Atau Tidak?

Ahli imunologi berkata, tidak ada cara untuk memastikan vaksin Rusia itu benar-benar selamat dan efektif malah saintis di Jerman, Perancis, Sepanyol dan AS juga meminta semua pihak berwaspada dengan Sputnik V.

Moscow bagaimanapun menolak kebimbangan antarabangsa yang mempersoalkan keselamatan vaksin tersebut yang disifatkan sebagai ‘tidak berasas’.

“Nampaknya, rakan penyelidik asing berasa tercabar dengan kemajuan awal penghasilan vaksin Covid-19 dibuat Rusia dan cuba menyatakan pendapat negatif masing-masing,” kata Menteri Kesihatan, Mikhail Murashko.

Apa Sahaja Kebimbangan Tentang Kesan Sampingan Vaksin Tersebut?

Vaksin Sputnik V ini adalah berasaskan adenovirus.

Ia telah digunakan secara meluas dan risikonya juga dikatakan adalah rendah. Tetapi, perkara tersebut tidak dapat dipastikan tanpa melihat data ujian.

Selain itu, terdapat juga risiko sosiopolitik berikutan kebanyakan negara sudah berdepan masalah untuk mengawal pandemik tersebut.

“Kita tidak mempunyai sebarang maklumat sama ada ia selamat atau tidak,” kata Profesor Emeritus Keith Neal di Jabatan Epidemiologi Penyakit Berjangkit di Universiti Nottingham di United Kingdom (UK).

Menurutnya, penyelidik sukar untuk mengenal pasti kesan sampingan vaksin tersebut.

“Oleh sebab itu sangat penting ujian fasa ketiga dalam mana-mana penghasilan vaksin. Sputnik V mungkin menghasilkan antibodi dan mungkin tidak berupaya melindungi individu daripada jangkitan Covid-19,” jelasnya.

Sputnik V Tidak Mematuhi Peraturan

Sputnik V bagaimanapun dikatakan tidak mematuhi peraturan untuk negara Kesatuan Eropah (EU) dan di AS yang memerlukan kelulusan FDA.

“Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dan FDA mempunyai prosedur kelulusan pantas untuk kegunaan kecemasan. Kami perlu melihat bukti menunjukkan Rusia menggunakan pendekatan secara berhati-hati,” jelas Profesor Duncan Matthews di Queen Mary University of London.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close