Bisnes & Ekonomi

Pernah Menolak Tawaran SoftBank Ketika Muda, Kini Dia Bakal Menjadi Jutawan Setaraf Pangasas SoftBank

Pada usia 23 tahun, Shunji Sugaya telah melalui sebuah kejadian yang telah mengubah kehidupannya.

Masayoshi Son, Pengasas dan CEO SoftBank. Sumber Imej: The Strait Times.

Pada Mac 2000, Sugaya telah memenangi sebuah anugerah dalam pertandingan perniagaan yang mana Masayoshi Son, pengasas SoftBank Corp yang pada ketika itu menjadi juri.

Sugaya pun menulis sepucuk emel untuk berterima kasih kepada Son dan mereka dua berjumpa. Tidak lama kemudian, SoftBank menawarkan US$2.8 juta untuk membeli idea Sugaya dan menawarkan Sugaya untuk bersama dengan syarikat mereka dan menerima beberapa tawaran saham.

Namun, Sugaya telah menolak tawaran tersebut.

 

Menolak Tawaran Tetapi Membuat Dirinya Rasa Lebih Yakin Dengan Idea Perniagaannya

“Ia telah memberikan saya sebuah keyakinan ketika saya masih seorang pelajar dan saya sangat gembira sehingga boleh menari,” cerita Sugaya dalam sebuah temubual video bersama Bloomberg.

“Kami sangat bersyukur dengan tawaran tersebut tetapi kami telah menolaknya dengan sopan dan memutuskan untuk melakukannya sendiri,” kata Sugaya.

Sugaya pun memulakan perjalanan membina syarikatnya sendiri bernama Optim Corp. Ia merupakan sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan pengurusan perniagaan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi internet-of-things (IoT).

Kini langkah berani Sugaya di usia mudanya itu telah terbayar apabila Sugaya bakal menjadi jutawan setaraf dengan Son!

 

Saham Optim Meningkat Dikala Kebanyakan Perniagaan Mengalami Kerugian Besar

Saham Optim telah meningkat 79% pada tahun ini setelah perniagaan harus berjalan dari jauh akibat pandemik Covid-19.

Menurut perhitungan Indeks Bilionair Bloomberg , nilai bersih Sugaya kebanyakannya diperoleh daripada saham miliknya di dalam syarikat Optim iaitu sebanyak 64% yang telah mengalami peningkatan sebanyak US$990 juta.

Sugaya yang juga presiden Optim berkata akibat pandemik, perubahan cara perniagaan telah berubah sangat cepat daripada analog menjadi digital.

Sugaya yang kini berusia 43 tahun merupakan seorang programmer sejak di bangku sekolah rendah lagi di mana dia akan mereka cipta permainan dan menjualnya kepada rakan-rakan sekolah untuk beberapa ratus yen.

 

Perjalanan Syarikat Optim

Syarikat Optim yang didirikan pada tahun 2000 bermula dengan memberi perkhidmatan pengiklanan video internet.

Mereka kemudiannya beransur kepada AI dan IoT apabila bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi gergasi Nippon Telegraph & Telephone Corp untuk mereka perkhidmatan perhubungan internet.

Optim telah mendirikan sebuah perisian supaya pelanggan boleh mengadakan jaringan mereka sendiri dan kemudiannya membangunkan perkhidmatan sokongan dari kejauhan.

Setelah itu, Optim mula mengembangkan teknologi dari kejauhan tersebut.

Sumber Imej: StarsUnfolded

Mereka juga mendirikan talian Optimal Biz yang menjadi tempat pengurusan untuk pelbagai peralatan termasuk tablet dan telefon pintar supaya syarikat boleh mengawal serta menjaminkan keselamatan peralatan pekerja dengan fungsi seperti kekunci dengan kemampuan untuk memadam maklumat di dalam peralatan yang dicuri ataupun hilang untuk mengelak data mereka dicuri.

Produk ini telah digunakan oleh 40% pasaran pengurusan peralatan mobil di Jepun.

Syarikat Optim juga membina peralatan sokongan yang boleh dilakukan dari kejauhan.

“Teknologi ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang,” kata Kaname Fujita, seorang penganalisis di Institut Kajian Ichiyoshi.

Oleh sebab itu, ketika pandemik melanda progres menjadi digital telah bergerak dengan sangat pantas dalam waktu hanya tiga bulan. Ia sekaligus membawa kekayaan berganda untuk Shunji Sugaya.

Show More

Related Articles

Back to top button