AntarabangsaIsu Semasa

Terpalit Skandal Rasuah, Mantan Raja Sepanyol Tekad Hidup Dalam Pengasingan

Mantan raja Sepanyol, Juan Carlos, yang sedang menghadapi penyiasatan di dalam dan luar negara atas kesalahan rasuah, telah mengumumkan untuk hidup dalam pengasingan.

Mantan raja berusia 82 tahun itu mengutuskan akan meninggalkan negara melalui surat kepada puteranya, Raja Felipe VI yang menerima keputusannya dan berterima kasih kepadanya, kata istana kerajaan dalam satu kenyataan.

“Dipandu oleh keyakinan untuk menghormati rakyat Sepanyol, institusi-institusinya, dan anda sebagai raja, saya memberitahu anda mengenai keputusan saya untuk hidup dalam pengasingan di luar Sepanyol,” tulis Juan Carlos.

“Ini keputusan yang saya ambil dengan penderitaan yang mendalam, tetapi dibuat dengan ketenangan fikiran,” tambahnya tanpa memaklumkan tempat yang bakal dituju.

Siasatan sedang dijalankan di Switzerland dan Sepanyol di mana media secara berkala menerbitkan perincian pengurusan dana yang tidak jelas didakwa dibayar kepada bekas ketua negara itu oleh Arab Saudi.

Mahkamah Agung Sepanyol mengumumkan pada bulan Jun sebuah penyelidikan untuk menentukan hukuman ke atas mantan raja itu. Tetapi kerana kekebalan monarki, hukuman hanya meliputi tempoh selepas Raja Juan turun takhta.

Skandal itu tertumpu pada jumlah wang AS$100 juta yang didakwa telah dibayar secara rahsia ke dalam akaun bank Switzerland pada tahun 2008.

Setelah beberapa siri pendedahan media, Perdana Menteri Sosialis, Pedro Sanchez berbicara pada bulan Julai dengan mengatakan “seluruh penduduk Sepanyol menerima maklumat mengganggu yang menyusahkan kita semua, termasuk saya.”

Peguam mantan raja itu, Javier Sanchez-Junco, mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahawa anak guamnya bukan melarikan diri dari keadilan dengan pengasingan dan akan tetap bersedia untuk perbicaraan.

Raja Juan Carlos menaiki takhta pada tahun 1975 atas kematian diktator Francisco Franco dan memerintah selama 38 tahun sebelum melepaskan jawatan untuk anaknya Felipe VI pada bulan Jun 2014.

Raja Juan adalah tokoh popular selama beberapa dekad, memainkan peranan penting dalam peralihan demokratik dari pemerintahan diktator Franco yang memerintah Sepanyol dari 1939-1975.

Laman web Royal House, yang menerbitkan surat itu, menyatakan bahawa Felipe ingin menekankan pentingnya sejarah “pemerintahan ayahnya” dalam perkhidmatan Sepanyol dan demokrasi. “

Siasatan dibuka di Sepanyol pada September 2018 berikutan penerbitan rekod yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jerman, Corinna Larsen, yang didakwa sebagai bekas perempuan simpanan Juan Carlos.

Larsen mendakwa dia telah menerima komisen ketika sebuah konsortium syarikat Sepanyol dianugerahkan kontrak kereta api berkelajuan tinggi untuk menghubungkan kota-kota suci Muslim Makkah dan Madinah di Arab Saudi.

Larsen memberitahu penyiasat Switzerland bahawa dia telah memindahkan hampir 65 juta euro di Bahama, “bukan untuk membuang wang itu” tetapi “kerana rasa syukur dan cinta”, menurut akhbar harian El Pais.

Media Switzerland melaporkan pada Mac lalu bahawa Juan Carlos menerima AS$100 juta melalui akaun bank Swiss yayasan Panama oleh almarhum raja Arab Saudi, Abdullah pada tahun 2008.

Pada bulan yang sama, Daily Telegraph di Britain melaporkan bahawa Felipe VI juga merupakan penerima bantuan yayasan tersebut.

Raja Felipe menarik peruntukan royalti tahunan ayahandanya yang berjumlah hampir €200,000 dan melepaskan aset warisan “untuk menjaga kehormatan takhta.”

Peguam Switzerland Dante Canonica memberitahu pejabat pendakwa raya Geneva bahawa dia telah diarahkan untuk “membuat struktur” untuk menyembunyikan dana yang dibayar kepada Juan Carlos.

Show More

Related Articles

Back to top button