Hiburan

Folklore: Taylor Swift Kembali Memecah Rekod Dengan Album Terbaharu

Taylor Swift kembali melakar sejarah tersendiri dengan muzik terbarunya. Album barunya, Folkore yang dilancarkan secara mengejut pada 24 Julai lalu menjadi album ketujuhnya yang memperoleh kedudukan pertama carta.

Penyanyi popular itu menjadi satu-satunya artis yang pernah debut di tangga teratas carta Billboard Hot 100 dan Billboard 200 pada masa yang sama apabila single dari album Folklore berjudul Cardigan meraih nombor satu pada hari Isnin.

Folklore adalah album ketujuh Taylor yang menduduki tempat pertama dalam carta album Billboard 200 sementara Cardigan adalah lagu keduanya yang berjaya debut di tempat pertama dalam carta lagu Billboard Hot 100 selepas Shake It Off pada 2014.

Cardigan turut menandakan kedudukan teratas carta Billboard Hot 100 keenam yang pernah dicapai penyanyi berusia 30 tahun itu. Lagu itu terjual 71,000 salinan pada minggu pertama dan distrim 34 juta kali.

Cardigan bukan satu-satunya kejayaan Taylor menerusi album terbarunya. Lagu The 1 berjaya debut di nombor empat sementara Exile yang merupakan kolaborasi bersama Bon Iver berada di tempat keenam.

Dengan ini, Taylor kini menjadi artis wanita yang mempunyai lagu terbanyak yang memasuki carta Hot 100 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 113 lagu. Dia hanya dikalahkan oleh Drake, yang mempunyai 224 lagu, artis Glee dengan 207 lagu, dan Lil Wayne dengan 169 lagu.

Folklore' sees Taylor Swift at her most contemplative and ...

Album studio kejutan penyanyi itu menduduki tangga teratas di Amerika Syarikat, memperoleh 846,000 unit album setara pada minggu pertama jualan yang berakhir pada 30 Julai.

Ia telah dinyatakan sebagai minggu debut terbesar untuk album, rekod yang turut dipegang oleh penyanyi itu sendiri menerusi album Lover yang dilancarkan pada 2019 dengan jualan 867,000 unit.

Kedua-dua albumnya hanya dikalahkan oleh albumnya sendiri – Reputation yang dilancarkan pada tahun 2017 dan terjual 1.24 juta unit.

Dari 846,000 unit setara album yang dijual, 615,000 unit daripadanya merupakan dari penjualan album penuh.

Jumlah 289.85 juta strim untuk 16 trek dalam Folklore ditukar menjadi 218,000 dalam unit streaming setara (SEA), ditambah 13,000 unit album setara trek (TEA).

Hanya seminggu dilancarkan dan album baru Taylor sudah menjadi album terlaris tahun 2020, lebih besar daripada album BTS, Map of the Soul: 7, yang terjual 574,000 unit sejak Februari.

Penyanyi itu baru-baru ini mendedahkan dia tidak memberitahu rakannya bahawa dia membuat LP, sebelum dilancarkan pada 24 Julai.

“Tidak ada yang tahu saya membuat album. Saya bahkan tidak memberitahu rakan-rakan saya sehingga tepat sebelum pengumuman, ” kata Swift semasa acara Soal Jawab bersama peminat.

“Itu adalah dunia rahsia saya sendiri yang tidak pernah saya lakukan ketika membuat muzik sebelumnya,” tambahnya.

Taylor juga menjadi satu-satunya artis dalam sejarah dengan tujuh album yang terjual sekurang-kurangnya 500,000 salinan dalam tempoh satu minggu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close