Bisnes & Ekonomi

Amerika Mengalami Kemelesetan Ekonomi Sejak Februari. Apakah Langkah Mereka Seterusnya?

Pengembangan ekonomi Amerika Syarikat yang berlangsung selama 10 tahun dan lapan bulan dilihat berakhir pada bulan Februari lalu ketika krisis pandemik coronavirus melanda dunia.

Persoalannya sekarang ialah berapa lama kemelesetan ekonomi yang dikatakan paling teruk sejak The Great Depression oleh Tabung Kewangan Antarabangsa ini akan berlanjutan?

Amerika Akan Bangkit Semula

Menurut Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, ekonomi AS akan bangkit dari kemelesetan yang disebabkan oleh coronavirus dalam beberapa bulan mendatang.

Dalam temu bual semasa acara maya Bloomberg Invest Global, Mnuchin ditanya sama ada AS akan keluar dari kemelesetan pada akhir tahun ini.

“Ya,” jawab Mnuchin. Presiden Donald Trump juga mengatakan pemulihan ekonomi yang cepat dari kejutan pandemik koronavirus yang telah mengorbankan jutaan orang Amerika, pekerjaan mereka dan meletakkan kadar pengangguran nasional pada 13.3%.

Data ekonomi baru-baru ini termasuk angka pekerjaan dan penjualan runcit Mei menunjukkan tanda-tanda awal bahawa pemulihan sedang dijalankan.

Ahli Ekonomi Pesimis Ekonomi Akan Pulih Dalam Waktu Terdekat

Namun ahli ekonomi menjangkakan bahawa pemulihan dari kesan sekatan pergerakan untuk mengekang penyebaran wabak koronavirus ini akan memakan waktu lebih lama akibat krisis kejutan wabak coronavirus.

Peter R Orszag berkata, “Ia adalah tidak wajar untuk meraikan peningkatan bilangan orang mendapatkan pekerjaan tanpa melihat berapa langkah-langkah rangsangan luar biasa yang telah menghancurkan kesan krisis ekonomi.

“Ia adalah penting untuk berhati-hati apa yang akan terjadi jika sokongan fiskal ditarik balik kerana seperti yang pernah saya beri amaran sebelum ini, tanpa sokongan, Amerika berisiko untuk mengalami ombak kemuflisan.

“Ujian pertamanya akan bermula pada akhir Julai apabila faedah pengangguran yang sedang berjalan sekarang dan sedang digunakan untuk menyara ahli keluarga akan berakhir.”

Kadar Kesihatan Awam Perlu Pulih Terlebih Dahulu

Menurut Noah Smith, “Faktor paling penting untuk mengetahui sampai bila kemelesetan ini akan berlaku ialah dengan melihat kadar kesihatan awam.

“Senario terbaik ialah kombinasi di antara ujian dan pengesanan intensif di mana rawatan dan kemajuan pembinaan vaksin boleh mengurangkan risiko penyakit dan kematian untuk orang awam pada kadar yang paling rendah supaya ekonomi juga boleh pulih lebih cepat serta ramai orang boleh kembali bekerja seperti biasa.”

Amerika Sudah Mula Membuka Semula Ekonomi

Mnuchin pula mengatakan bahawa AS tidak mungkin akan menutup ekonominya lagi, walaupun kes COVID-19 meningkat.

Tetapi menurut Bloomberg Economics, walaupun ekonomi sudah kembali dibuka, mereka menganggarkan sehingga enam juta pekerjaan akan dibubarkan untuk beberapa bulan ke hadapan.

Kebimbangan gelombang kedua coronavirus telah meningkat ketika beberapa negeri melihat peningkatan dalam kes-kes sejak ekonomi dibuka semula.

Tetapi Setiausaha Perbendaharaan Tetap Optimis Dengan Langkah Tersebut

“Sekarang, kita berada dalam situasi yang berbeza,” kata Mnuchin.

Beliau menambah bahawa hospital sekarang tidak dibanjiri oleh pesakit, dan lebih banyak diketahui mengenai coronavirus.

Oleh sebab itu, pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan satu lagi pakej rangsangan yang dapat diluluskan pada bulan Julai, kata Mnuchin.

Pada bulan Mac, Trump menandatangani akta CARES bernilai $2.2 trilion, yang merangkumi faedah pengangguran yang diperluas, pinjaman kepada perniagaan kecil, dan menyerahkan cek $1,200 kepada orang Amerika.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close