Teknologi

Klon Tiktok Beri Ganjaran Wang?

Sebuah aplikasi video pendek yang telah dilancarkan baru-baru ini dilihat mampu menjadi penyaing kepada aplikasi video Tiktok yang digunakan ramai orang.

Zynn – sebuah aplikasi yang dihasilkan oleh Kuasihou dari Beijing, China mula dilancarkan pada Mei lalu didakwa menjadi aplikasi percuma paling popular di Apple App Store di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sebulan.

Zynn yang dilihat sebagai ‘klon Tiktok’ ini semakin popular dan mampu bersaing dengan Tiktok yang dihasilkan oleh Bytedance ini.

Aplikasi Zynn mempunyai ciri hampir sama seperti TikTok yang membolehkan pengguna melihat video pendek secara berterusan yang memaparkan aksi pengguna lain sedang menari mengikut rentak muzik namun Zynn menjanjikan lebih daripada sekadar hiburan.

Satu faktor yang menjadikan Zynn ini semakin popular adalah ia memberikan ganjaran wang sehingg AS$20 (RM85) kepada pengguna di AS dan Kanada yang berjaya mengajak rakan yang lain memuat turun Zynn menggunakan rekomendasi mereka.

Pengguna juga menerima ‘point’ jika menonton video yang boleh ditukar kepada wang tunai.

Namun, baru-baru ini Bytedance mula memfailkan saman terhadap Zynn yang dilaporkan mempunyai elemen plagarism di dalamnya.

Terbaru, aplikasi Zynn telah pun dikeluarkan dari Apple App Store dan Google Play Store namun tiada sebarang maklumat sahih kenapa ia dikeluarkan setakat ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close