AntarabangsaIsu Semasa

Pandemik Disebalik Pintu Rumah Ketika Covid-19 Melanda Dunia

Pengalaman telah mengajar kita bahawa wanita sering mengalami kerugian jika berlaku krisis, epidemik mahupun pandemik seperti yang dialami oleh dunia akibat Covid-19 ketika ini.

Di Barat Afrika contohnya, 60% kematian yang berlaku ketika Ebola melanda negara tersebut pada tahun 2014 ialah wanita.

Kejadian gempa bumi Canterbury di New Zealand pula telah menyebabkan 53% peningkatan kes keganasan rumah tangga.

Bukti yang semakin keluar ke atas impak perintah berkurung dan kegawatan ekonomi akibat pandemik Covid-19 kini telah memperlihatkan keganasan rumah tangga berdasarkan jantina sangat ketara.

Dalam beberapa kawasan terdapat laporan bahawa wanita tidak dibenarkan bertemu doktor dan doktor wanita diludah sewaktu menguji Covid-19 ke atas wanita lain.

Peningkatan kes panggilan kecemasan juga telah meningkat secara mendadak dari 25-300%.

Ini juga termasuk pencarian di internet bagi mendapatkan sokongan akibat kes keganasan rumah tangga dan peningkatan bilangan kes pembunuhan.

Trend yang sangat menakutkan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

 

Mengapa Perkara Ini Terjadi?

Menurut Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland, perkara ini terjadi kerana peranan jantina dan amalan masyarakat yang memudaratkan berlaku dalam masyarakat.

Ini termasuk adat berkahwin muda atau kahwin paksa dan juga sekatan atau kekurangan akses wanita kepada perkhidmatan perubatan.

Wanita melakukan tugasan tidak berbayar di rumah tiga kali ganda lebih banyak berbanding lelaki dan ini termasuk 70% jumlah pekerja dari sektor perubatan dan sosial. Yang mana mereka ini lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Ketika pandemik Covid-19, penutupan sekolah telah menyebabkan jurang di antara pelajar lelaki dan perempuan serta meningkatkan risiko bagi kanak-kanak perempuan ini dieksploitasi secara seksual, kemungkinan mengandung di usia muda atau kahwin paksa akan berlaku.

Ini juga bererti kanak-kanak ini tidak boleh melaporkan kejadian dera kepada guru yang mereka percaya.

Kebanyakan mangsa rasa mereka terperangkap dan dibiarkan bersendirian.

 

Bagaimana Hendak Menyelesaikan Masalah Ini?

Menangani masalah impak tersembunyi akibat pandemik seperti ini memerlukan gerakan yang kuat dan bersepadu.

Oleh sebab itu, Sekretariat Komanwel bersama beberapa organisasi sedang mengorak langkah untuk membantu 54 anggota Komanwel untuk mengatasi masalah keganasan berdasarkan jantina ini.

Perbincangan ini telah membolehkan kita berkongsi pendapat dan kebimbangan di antara ahli kerajaan serta mengarisi perkara yang boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke mesyuarat menteri yang dipimpin oleh pihak Komanwel.

 

Isu Untuk Diketengahkan

Ia adalah jelas bahawa perkara penting dan utama ialah untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada setiap individu dalam masyarakat secara percuma dan langkah segera perlu dijalankan untuk memastikan mangsa penderaan memiliki akses kepada perubatan ini termasuklah perkhidmatan kesihatan mental.

Ini juga merupakan strategi utama setelah Covid-19 termasuk mempunyai dana khas dan menyokong PKS serta sektor tidak formal yang kebanyakannya diketuai oleh wanita.

Malah mereka ini sangat memerlukan jaminan kebebasan kewangan untuk melepaskan diri dari situasi yang berbahaya.

 

Platform Berkongsi Pendapat

Patricia Scotland berkata beliau sangat menitik beratkan kepentingan untuk memberi peluang kepada orang ramai melalui mesyuarat di atas talian dan seminar untuk negara-negara Komanwel bagi berkongsi ilmu, sumber dan pengalaman tentang bagaimana cara terbaik untuk menangani proses yang sentiasa silih berganti dan syarat bagaimana ia boleh beroperasi.

Tidak banyak perkara yang dilakukan oleh ahli anggota negara untuk memastikan tempat pelindungan bagi mangsa untuk dibuka kita pandemik berlangsung.

 

Saluran Dana Kepada Organisasi Yang Membantu Mangsa

Terdapat beberapa kerajaan yang telah memberi dana serta sumber tambahan kepada organisasi yang memberi sokongan kepada mangsa supaya mereka boleh meningkatkan operasi dan berterusan memberi perkhidmatan dengan cara yang lebih selamat.

Selain itu terdapat juga inovasi berguna seperti nasihat guaman dan perbicaraan maya yang membolehkan mangsa terselamat terus mendapatkan pembelaan.

Namun apa yang menyedihkan ialah kanak-kanak yang tinggal di rumah diselimuti keganasan. Mereka bukan hanya menjadi saksi terhadap perbuatan itu tetapi mereka sendiri menjadi mangsa penderaan itu.

Keganasan yang berlaku di dalam rumah merupakan salah satu cabaran hak asasi manusia yang paling getir ketika ini.

 

Komanwel Komited Bantu Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Oleh sebab itu pihak Komanwel secara kolektif bersedia untuk membawa kekuatan advokasi dan sokongannya kepada Deklarasi PBB mengenai Wanita dan Covid-19 yang dirancang.

Kajian dari projek Komanwel, “Kos Ekonomi Ke Atas Keganasan Wanita & Kanak-Kanak Perempuan Di Seychelles”, telah dijalankan tahun lalu sebelum berlakunya pandemik telah membawa kepada anggaran kos sebanyak 4.625 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

Patricia Scotland turut menambah bahawa sesi susulan secara maya berkenaan Mesyuarat Kementerian Hal-Ehwal Wanita yang diadakan September tahun lalu akan diadakan untuk melakukan pelan gerakan bagi menyokong wanita dan kanak-kanak perempuan sewaktu krisis Covid-19.

Komanwel berkomited untuk tidak membenarkan mangsa keganasan rumah tangga untuk kekal rasa terperangkap dan rasa tidak mendapatkan bantuan ketika pandemik berlaku.

Show More

Related Articles

Back to top button