AntarabangsaIsu Semasa

Tugu-Tugu “Bersejarah” Dimusnahkan Kerana Ini…

Pada hari Isnin yang lalu, ribuan penduduk Houston menahan terik matahari pada Isnin untuk memberi penghormatan terakhir kepada George Floyd pada sesi pengebumian yang dipenuhi kesedihan.

Orang ramai berbaris panjang sejak awal pagi, kebanyakannya penduduk di kejiranan Third Ward di mana Floyd membesar, dan semakin bertambah di luar gereja Fountain of Praise di selatan Houston.

Mereka yang memberi penghormatan terakhir itu harus memakai pelitup separuh muka ketika berada di dalam gereja dan hanya dibenarkan berada di hadapan keranda untuk beberapa saat susulan krisis virus korona.

Sehari setelah itu mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM4.26 juta) terhadap anggota polis yang dituduh menyebabkan kematian seorang lelaki Afrika-Amerika, George Floyd.

 

Bantahan Anti-Perkauman Belum Reda

Bantahan anti-perkauman masih belum reda sehingga kini dengan tugu Christopher Columbus, Jefferson Davis dan banyak lagi tugu kenamaan di Richmond, Amerika Syarikat dipenggal, dibawa turun dan dibakar serta dicampakkan ke dalam tasik berdekatan.

Mereka membawa turun tugu tersebut dengan tali dan menyembur dinding di sebuah yayasan yang memaparkan tugu tersebut dengan tulisan “Colombus Mewakili Genosid”.

Ketika itu tidak ada polis hadir sewaktu kejadian tetapi helikopter polis dilihat berpusing di kawasan tersebut sebaik sahaja tugu tersebut di bawa turun.

Sebelum kejadian tersebut, aktivis Chelsea Higgs-Wise dan beberapa yang lain telah menzahirkan perasaan mereka di hadapan mereka yang hadir di Taman Byrd tentang kesukaran yang perlu dirasai oleh orang asal Amerika dan mereka yang berketurunan Afrika-Amerika di Amerika Syarikat.

“Kita perlu bermula daripada mulanya semua perkara ini,”kata Higgs-Wise semasa ucapannya.

“Kita perlu bermula dengan orang yang pertama kali bertapak di tanah air ini,”katanya.

 

Tugu Pedagang Hamba Kurun ke-18 Turut Dibawa Turun di UK

Bantahan seperti tidak mengambil masa yang lama untuk merebak ke negara lain apabila sebuah tugu Robert Milligan, seorang pedagang hamba abdi pada kurun ke-18 di London disingkirkan di luar muzium London setelah bantahan perkauman berlangsung.

Tugu yang mengagungkan pedagang hamba abdi dan para koloni telah menjadi fokus sejak kebelakangan ini dan menjadi sebahagian pergerakan yang terinspirasi daripada gerakan ‘Black Lives Matter’ di Amerika Syarikat.

“Ia adalah kebenaran yang menyedihkan bahawa kekayaan bandar dan negara kita adalah daripada pemerdagangan hamba abdi, ini tidak boleh diraikan di kawasan awam,” kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan dalam sebuah tweet yang diiringi gambar tugu tersebut.

Sebelum itu, Khan juga telah mengarahkan kajian semula dijalankan ke atas tugu dan nama jalan di London ke atas maklum balas bantahan yang berjalan di bandar dan beberapa tempat lain.

Antarnya ialah di bandar Bristol, pembantah telah menurunkan tugu seorang pedagang hamba abdi dan membuangnya ke laut berdekatan kawasan pelabuhan tersebut dan juga 1000 pembantah di Oxford turun memaksa penurunan tugu seorang kolonial bernama Cecil Rhodes.

Show More

Related Articles

Back to top button