Isu SemasaSains

Ahli Arkeologi Menemukan Kota Purba Rom Secara Lengkap Dan Terperinci Tanpa Perlu Menggali

Bandar purba Rom, Falerii Novi pernah berdiri 31 batu di utara Rom tetapi tertimbus ditelan waktu.

Kini para pengkaji menggunakan radar canggih yang membolehkan mereka melukis keseluruhan kota tersebut yang tertanam di bawah tanah untuk pertama kali dan mendapati perinciannya sangat menakjubkan.

Tidak ada sebarang penggalian dilakukan untuk pakar arkeologi harus lakukan untuk “melihat” keadaan bandar tersebut.

Keadaan kota Falerii Novi sekarang. Sumber Imej: CNN

Mereka mampu melihat perubahan bandar tersebut mengikut masa ia dibina dan dihuni pada tahun 241 SM sehinggalah ia menjadi terbiar ketika awal zaman Medieval iaitu pada tahun 700 M.

Falerii Novi terkenal dengan rekod sejarah mereka dan telah dikaji menggunakan pelbagai teknik seperti variasi magnetik dalam tanah kerana aktiviti purba yang dipanggil magnetometri.

Namun analisis dan teknik yang baharu ini telah menemukan aspek bandar Falerii Novi yang belum ditemukan sebelum ini.

Mereka menggunakan radar yang mampu menembus tanah dan mendapati Falerii Novi memiliki rangkaian paip air, sebuah pasar, tempat beribadah, kompleks mandi dan monumen awam.

Gambaran saluran paip yang dihasilkan. Sumber Imej: CNN

Reka bentuk dan susun atur bandar Rom itu berbeza dengan Pompeii serta bandar yang lain yang pernah dipelajari sebelum ini.

Walaupun bandar Falerii Novi bersaiz lebih kecil dari Pompeii, namun pasar, tempat beribadan dan kompleks mandi mereka lebih terperinci daripada apa yang para penyelidik sangkakan.

Imej-imej yang dihasilkan radar juga memperlihatkan saluran paip air di bawah jalanan dan bangunan bandar tersebut yang disambung kepada bangunan yang lebih besar yang menjadi sebahagian daripada komplek mandi orang awam, menurut para pengkaji yang menerbitkan penemuan ini di jurnal Antiquity.

Teknologi canggih menggunakan radar ini telah membuat para pengkaji berjaya melukis peta seluas 75 ekar dengan resolusi tinggi.

Alat yang digunakan untuk memetakan bandar Falerii Novi. SUmber Imej: CNN

Seperti radar biasa, ia akan memberi isyarat radio yang melantun dari bawah tanah.

Gema yang terhasil memberi gambaran tentang apa yang ada di bawah tanah pada kedalaman yang berbeza.

Bahan ini memantulkan gelombang ke belakang dengan cara yang berbeza, itulah yang digunakan para penyelidik untuk memetakan ciri-ciri bandar tersebut.

Dengan menggunakan kenderaan pelbagai medan yang dikenali sebagai basikal quad, para penyelidik mengetuk instrumen mereka ke tanah. Instrumen ini mengambil bacaan setiap 5 inci.

Radar yang boleh menembusi tanah ini bukanlah perkara baharu. Malah ia sudah digunakan sejak tahun 1910. Tetapi teknologi terkini adalah semakin cepat dan memiliki resolusi yang lebih tinggi. Ini membolehkan para pengkaji membuat pemetaaan bandar dengan lebih cepat.

Menurut pengkaji, resolusi yang dihasilkan adalah sangat tinggi dan data yang dikumpulkan oleh alat ini mengambil proses yang lama.

Untuk setiap 2.5 ekar, ia mengambil masa 20 jam untuk diproses. Oleh itu para pengkaji belum lagi habis melihat kesemua data Falerii Novi.

Untuk membantu mereka dalam proses data ini, para penyelidik mahu mencari solusi automatik.

Mereka menganggarkan untuk proses mendapatkan data yang lengkap mengambil maas setahun lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button