SukanTeknologi

Sky Sports Akan Guna Sorakan Dari Permainan Video Di Dalam Siaran Perlawanan EPL

Saluran sukan Britain, Sky Sports dilaporkan akan menggunakan kesan bunyi penyokong dari permainan video di dalam penyiaran Liga Perdana Inggeris (EPL) akan datang.

Sorakan penyokong-penyokong setiap kelab EPL bakal didengari bagi penonton yang menonton perlawanan tersebut melalui saluran tersebut di televisyen.

Sambungan perlawanan EPL yang dinanti-nantikan akan bermula 17 Jun ini selepas penangguhan 100 hari akibat pandemik Covid-19.

Namun, stadium masih akan sunyi tanpa kehadiran penyokong di dalam baki musim EPL ini bagi mengamalkan penjarakan sosial dan pencegahan penularan virus.

Dengan itu, Sky Sports mengambil insitiaf bagi menambahkan suasana perlawanan sebenar untuk tontonan peminat seluruh dunia apabila ia bermula kelak.

Sorakan dari permainan video

Kesan suara penyokong dilaporkan akan menggunakan simpan perpustakaan audio dari permainan video sukan FIFA yang dikeluarkan oleh EA Sports dengan beberapa pengkhususan.

Sky Sports memaklumkan bahawa EA Sports telah pun mereka sorakan tertentu untuk kelab masing-masing. Ini termasuk nyanyian lagu kelab, sorakan untuk pemain tertentu atau reaksi perlawanan.

Walaubagaimana pun, penonton yang mempunyai saluran Sky di dalam televisyen mereka boleh memilih untuk mengaktifkan audio sorakan tersebut atau tidak.

“Kami mahu penonton Sky Sports untuk merasakan kesemuanya dan pengalaman menonton yang terbaik – walaupun jika mereka tidak dapat hadir ke stadium atau menyaksikan perlawanan bersama keluarga dan sahabat,” kata Robert Webster, Pengarah Urusan Sky Sports.

EPL bersambung semula di Sky Sports

Penyiaran EPL Sky Sports akan bersambung dengan 2 perlawanan menarik iaitu Aston Villa menentang Sheffield United dan Manchester City melawan Arsenal.

Sky Sports akan menyiarkan 64 perlawanan dari baki musim ini di mana 39 perlawanan eksklusif untuk pelanggan manakala 25 lagi menerusi Sky’s free-to-air (tontonan percuma).

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close