Gaya HidupTeknologi

Menjadikan Ruang Bekerja Di Dalam Kereta Lebih Selesa

Di dalam norma baharu ini, pelbagai situasi dan lokasi dijadikan meja kerja bagi memastikan ada penjarakan sosial.

Bagi yang tinggal di dalam rumah kecil atau tiada ruang ‘bekerja di rumah’ yang sesuai, mereka menjadikan ruang di dalam kereta sebagai tempat bekerja.

Sama ada melakukan kerja ketika berhenti atau di dalam perjalanan, sedikit penyesuaian boleh dilakukan untuk melakukan pekerjaan lebih selesa.

Mengecas peranti di dalam kereta

Anda masih boleh menggunakan bateri kereta untuk mengecas bateri komputer riba anda. Mengikut Auto Club Europa (ACE), bateri kereta anda tidak akan habis jika bekerja untuk beberapa jam.

Namun, anda digalakkan mempunyai sokong bateri seperti ‘power bank’ dari terus mengecas menggunakan bateri kereta jika merancang untuk bekerja lebih lama.

Kebanyakan kereta moden dilengkapi port USB untuk mengecas peranti walaubagaimana pun, sesetengah kereta masih memerlukan adapter untuk mengecas.

Ruang bekerja

Digalakkan pengguna mempunyai meja kecil yang boleh diletakkan di tempat duduk penumpang untuk memberi ruang untuk anda bekerja.

Kotak penyimpan di dalam kereta dan ruang di bawah tempat duduk masih boleh dijadikan tempat penyimpanan peralatan yang tidak merbahaya apabila terdedah kepada cahaya matahari atau suhu yang panas.

Meletakkan komputer riba di atas peha boleh memberi ketidak-selesaan apabila menggunakan terlalu lama.

Beberapa aksesori yang boleh membantu boleh digunakan seperti ‘meja stereng’ yang boleh digantungkan pada stereng kereta untuk meletakkan komputer riba.

Aksesori tambahan seperti bantal atau penyokong leher juga digalakkan untuk pengguna untuk kerja-kerja pejabat yang memakan masa.

Letakkan kenderaan anda di dalam kawasan yang terbuka namun tidak bising bagi memberikan keselesaan bekerja disamping menjaga keselamatan anda.

Menghubung atas talian

Menghubungkan talian internet menggunakan ‘hotspot’ melalui telefon pintar untuk bekerja menggunakan komputer riba adalah salah satu langkah untuk terus berhubung.

Namun, harus diperiksa kadar data dan kelajuan yang dibekalkan. Satu cara lagi yang boleh membantu adalah dengan mendapatkan modem wifi mudah alih tersendiri untuk kegunaan komputer riba untuk melakukan kerja dengan lebih lancar.

Jika masih lagi ingin menjimatkan kuota data, anda boleh meletakkan kereta berdekatan kawasan yang membekalkan perkhidmatan wi-fi secara terbuka yang percuma.

Tetapi perlu diingat, ia tidak sesuai untuk kerja-kerja yang memerlukan kelajuan internet dan data-data penting anda mungkin terdedah kepada umum.

Norma baharu

Situasi ini adalah sebahagian dari norma baharu bekerja ketika pandemik corona virus ini melanda dunia.

Tidak kira di mana kita bekerja, penjarakan sosial harus dilakukan dan sentiasa berada di dalam keadaan bersih untuk kita saling menjaga antara kita.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close