Isu SemasaSains

Kajian: Mereka Yang Mempunyai Simptom Ringan Covid-19 Boleh Mengalami Kerosakan Organ Dalaman Pada Jangka Masa Panjang

Terdapat pelbagai bukti dari China dan Itali bahawa pesakit yang mempunyai simptom ringan Covid-19 berkemungkinan akan mengalami masalah kesihatan lebih lama setelah virus tersebut meninggalkan tubuh mereka.

“Fokus kami buat masa ini ialah merawat pesakit diperingkat akut untuk membantu mereka kembali sihat daripada jangkitan Covid-19 tetapi kami juga perlu melihat impak virus tersebut pada masa di masa akan datang.”

Salah satu potensi yang mungkin akan berlaku ialah kerosakan paru-paru pada masa akan datang yang mana Profesor Pedretti bimbang ia akan membuat perkhidmatan perubatan seluruh dunia sukar untuk tangani dengan peningkatan jumlah pesakit yang pulih dari Covid-19 tidak mempunyai kapasiti penggunaan paru-paru secara menyeluruh sehingga memerlukan rehabilitasi yang mendalam bagi memastikan kualiti hidup mereka lebih baik.

 

Bagaimana Virus Menyerang Paru-Paru Sehingga Mereka Tidak Boleh Bernafas

Dalam kes akut, SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan jangkitan Covid-19) ini akan menyerang bahagian paru-paru yang menyebabkan keradangan pada kantung udara yang kecil dan memenuhinya dengan cecair.

Ini menyebabkan kantung udara tersebut tidak dapat berfungsi menyalurkan oksigen dari paru-paru ke saluran darah lalu menyingkirkan karbon dioksida keluar dari tubuh.

Ini adalah seperti keadaan jangkitan pneumonia. Namun begitu dalam kes Covid-19 ia akan menyerang kedua belah paru-paru dan lama-kelamaan, pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan akhirnya meninggal dunia kerana paru-paru mereka gagal berfungsi.

Kebanyakan pesakit Covid-19 tidak berupaya untuk bernafas dan harus mempunyai bantuan sokongan pernafasan (ventilator).

 

Kesan Jangka Masa Panjang Covid-19 Ke Atas Pesakit Yang Sembuh

Setelah pesakit Covid-19 sembuh daripada itu, kemungkinan besar mereka akan mengalami fibrosis pulmonari – keadaan di mana tisu paru-paru terluka dan tuan punya badan akan cepat sesak nafas.

Beberapa kajian telah menyatakan bukti bahawa Covid-19 akan menyebabkan fibrosis.

Salah satu kajian yang telah diterbitkan dalam sebuah jurnal China pada bulan Mac telah melaporkan bahawa terdapat bukti kukuh yang berkata fibrosis pulmonari akan membawa kesan jangka masa panjang untuk para pesakit.

 

Pesakit Yang Tidak Kritikal Tanpa Simptom Covid-19 Tetapi Positif, Tidak Terkecuali

Para pengkaji yang pernah melakukan kajian di Wuhan, China turut menganalisa imbasan CT terhadap 81 pesakit Covid-19 telah menunjukkan fibrosis ini turut dialami pada orang yang tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19 tetapi positif virus tersebut.

Pihak berkuasa kesihatan di Hong Kong turut mendapati di bulan Mac bahawa 25% pesakit yang telah dikeluarkan dari hospital setelah mendapat rawatan akut Covid-19 masih lagi mengalami masalah sesak nafas terutamanya apabila mereka berjalan laju.

 

Mereka Yang Sihat & Aktif Bersukan Sebelum Ini Juga Tidak Terkecuali

Menurut Dr Owen Tsang Tak-yin, Pengarah Perubatan Pusat Penyakit Berjangkit dari Princess Margaret Hospital, Hong Kong berkata walaupun pesakit telah sembuh dari Covid-19 tetapi kebanyakan daripada mereka mengalami penurunan fungsi paru-paru sebanyak 20-30%.

“Malah keadaan ini juga tidak terkecuali bagi mereka yang sebelum ini sangat sihat dan memiliki kapasiti paru-paru yang baik,” ujar Dr Noel Baxter pakar dan penasihat untuk Yayasan Paru-Paru Britan dan Asthma UK.

 

Bukan Hanya Paru-Paru Tetapi Organ Lain Juga

Terdapat juga bukti bahawa dalam beberapa kes virus Covid-19 ini turut mengganggu otak dan menyebabkan pesakit mengalami sawan dan angin akhmar (strok). Ia juga dilihat mengancam hati, buah pinggang, jantung serta saluran darah manusia.

Sebuah arikel dari jurnal JAMA Cardiologi pada bulan Mac telah melaporkan bahawa satu daripada lima pesakit Covid-19 di Wuhan, China telah mengalami kerosakan jantung.

Para pengkaji turut melihat keadaan ini berlaku ke atas mereka yang tidak pernah mengalami masalah sakit jantung.

“Covid-19 boleh memberi kesan terhadap sistem kardiovaskular melalui pelbagai cara,” kata Dr Mohammad Madjid, pakar jantung di University of Texas.

“Virus ini mampu memberi kesan ke atas otot jantung sehingga ia tidak boleh berfungsi seperti biasa dan menyebabkan ritma jantung tidak terarut,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, para penyelidik masih belum menemukan faktor mengapa ada yang mengalami keadaan lebih parah daripada yang lain.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close