Gaya HidupTeknologi

Nenek 90 Tahun ‘Kaki Gaming’

Setiap hari, seorang nenek berusia 90 tahun dari Jepun akan menghabiskan masa bermain permainan video ‘untuk melatih jari-jarinya’.

Nenek bersara yang dikenali sebagai “Gamer Grandma” akan bermain permainan video sekurang-kurangnya 3 jam sehari disamping berinteraksi dengan pengikutnya di platform YouTube.

“Saya minat bermain permainan video setiap hari. Setiap hari sangat menyeronokan”, jelas nenek hebat ini di dalam satu temubual.

“Gamer Grandma” atau Hamako Mori memperlihat paras rupa seorang nenek yang kemas dan bercermin mata.

Namun, beliau akan berubah menjadi ‘pakar menembak’ sebaik sahaja memegang alat kawalan permainan video di dalam permainan seperti Call of Duty.

Mori yang tinggal di daerah Chiba ini turut memegang rekod Guiness sebagai personaliti gaming tertua di dalam YouTube.

300,000 peminat di Youtube

Mori bukanlah seorang yang baru di dalam dunia permainan video kerana beliau sudahpun bermain lebih 200 tajuk permainan sejak empat dekad lalu.

Konsol pertamanya ‘Cassette Vision’ yang diperolehinya pada 1981 merupakan pencetus kepada minatnya terhadap permain video.

Hampir kesemua tajuk popular permainan video seperti Super Mario Brothers, Dragon Quest, Final Fantasy malah Call of Duty telah pun dimainnya dan Mori juga mengaku beliau bermain hingga lewat malam apabila terlalu asyik.

Antara permainan video yang diminatnya termasuklah Grand Theft Auto dan Elder Scrolls V: Skyrim.

Beliau kemudian mencipta saluran YouTube-nya sendiri pada 2014 untuk berkongsi dengan peminat dan pemain yang lain.

Mori akan memuatnaik 3 atau 4 video sebulan dengan bantuan cucunya sehingga menarik 300,000 pengikut dengan lebih jutaan tontonan.

Kepada sesiapa yang ingin menonton aksi nenek ini, anda boleh menontonnya di sini.

‘Lebih baik dari tidak melakukan apa-apa’

“Ia sukar untuk saya berhenti bermain. Ia lebih baik dari tidak melakukan apa-apa. Saya mahu bermain tidak kira sebanyak mana usia saya meningkat,”.

Mori yang berpengalaman di dalam permainan video ingin menarik lebih banyak warga seusia dengannya untuk mula bermain ataupun mencari sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang.

Nenek ini turut menjelaskan bermain permainan vdeo ini dapat menyelamatkan ramai orang dari kebosanan ketika tempoh kawalan pergerakan akibat Covid-19.

Beliau juga tidak sabar menanti konsol PlayStation 5 yang dijangka akan dikeluarkan hujung tahun ini untuk bermain.

 

sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button