Bisnes & Ekonomi

Akibat Pandemik Covid-19, Sang Lebah Bekerja Dengan Lebih Bersemangat Menghasilkan Madu Banyak & Berkualiti!

 

Akibat Pandemik Covid-19, Sang Lebah Berjaya Menghasilkan Madu Lebih Banyak & Berkualiti

Sewaktu pandemik melanda dunia, hampir satu dunia tidak boleh melakukan hal seharian dan kilang serta aktiviti peladangan tidak dapat beroperasi.

Ini telah membuat para lebah sibuk menghasilkan madu tanpa sebarang gangguan.

“Ia merupakan tahun emas untuk para lebah,” kata Gezim Skermo, pemelihara lebah di ladang penternakan lebah untuk menghasilkan lebah di Albania.

 

Belum Pernah Melihat Musim Seperti Ini Sepanjang 5 Dekad

Menurutnya, pengalamannya selama 50 tahun menjadi menjaga sarang lebah ini, beliau belum pernah lagi melihat musim seperti ini dan merasakan ianya seperti alam sekitar baharu dilahirkan semula.

Pemelihara lebah ini berkata ianya adalah hasil perintah berkurung yang terpaksa dilaksanakan ketika pandemik Covid-19.

Kawasan di sekitar ladang penternakan lebah di Morava, Albania telah menjadi lebih senyap dan udara menjadi lebih bersih serta kurangnya semburan racun pestisid daripada peladang akibat perintah berkurung yang telah meragut 30 nyawa di negeri Balkan itu.

 

Tiada nyawa lebah terkorban sewaktu Pandemik Covid-19

“Tahun ini kita tidak mengalami sebarang kerugian, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini di mana terdapat lebah yang mati berdekatan sarang mereka,” kata Skermo kepada AFP.

Penternak madu lebah, Gezim Skermo (Kiri), mengendalikan sarang lebah di Morava. — AFP

“Tidak ada sebarang bunyi, pencemaran dan tidak ada yang boleh mengganggu mereka,” tambah Skermo dengan lebah sekitarnya sedang senang hati menari mengelilingi bunga dan mengambil nektar (madu bunga) untuk dibawa ke sarang dan mengubahnya menjadi madu.

Di hadapan sarang lebah tersebut terdapat empat penjaga sarang yang memastikan tidak ada penceroboh yang memasuki koloni mereka.

“Setiap lebah ini mempunyai tugasan masing-masing dengan sang permaisuri dan lapisan telurnya ditugaskan mengurus kehidupan di dalam sarang,” jelas Ermal Benga yang memantau produksi pembuatan madu dengan menggunakan asap untuk menenangkan sang lebah ketika sarang dibuka.

 

Mampu Menjana Wang Lebih Banyak Untuk Penternak Madu Lebah

Ladang madu lebah di Morava selalunya menghasilkan lima hingga 15 tan madu setahun dengan jenis yang bervariasi dari pelbagai jenis pokok di sekitar pergunungan Morava yang terletak di Tenggara Albania.

Terdapat lebih kurang 360,000 sarang lebah berdaftar di Albania dan tahun ini para penternak lebah bercadang untuk mengambil madu lebih awal daripada kebiasaannya supaya penuaian boleh berlaku dua kali dan bukan hanya sekali seperti baisa.

Ini merupakan penghasilkan yang sangat lumayan berbanding di tahun 2016 dan 2017 apabila 40% sektor industri madu lebah Albania mengalami kerugian teruk mencecah 60 juta Euro (RM288juta).

Pada ketika itu pakar telah menyalahkan hama parasit varroa yang muncul akibat penebangan hutan dan penggunaan neonicotinoid, racun pestisid yang digunakan dalam sektor perladangan.

Tahun ini, keadaan di Albania telah menjadi optimal untuk para lebah menghasilkan madu lebih berkualiti pada kadar yang lebih banyak.

Ini kemungkinan besar mampu meningkatkan sektor ekonomi negara tersebut kerana mereka mengeksport 40 ton madu lebah setiap tahun ke Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan China.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close