Gaya HidupKesihatan

Apakah Penutup Muka Yang Terbaik Untuk Menghalang Jangkitan Covid-19?

Adakah jenis mask yang dikenakan mempengaruhi?

Menurut penulisan di The Guardian, jenis penutup muka akan memberi tahap perlindungan berbeza.

Penutup muka pembedahan gred N95 memberi perlindungan paling tinggi terhadap jangkitan Covid-19 diikuti dengan penutup muka pembedahan biasa.

Walau bagaimanapun, penutup muka ini kini menjadi sangat tinggi dan pengeluarannya terhad.

Itu tidak dikira betapa banyak penutup muka yang berada di tempat pembuangan sampah kerana hampir seluruh penduduk dunia perlu memakainya.

Oleh sebab itu, terdapat beberapa negara yang mewajibkan penduduk mereka mengenakan penutup muka telah menyarankan penutup muka pembedahan itu diutamakan untuk pekerja perubatan ataupun mereka yang berisiko tinggi.

Betul Ke Penutup Muka Boleh Melindungi Diri Daripada Virus Korona?

Bukti penggunaan penutup muka sekali pakai boleh menghalang jangkitan virus korona tidaklah begitu jelas tetapi ia masih dianggap sebagai penyumbang utama dalam mengurangkan jangkitan Covid-19.

Menurut analisis Persatuan Diraja, perkara ini juga termasuk penutup muka yang diperbuat daripada kain.

Adakah penutup muka pembedahan diperbuat kertas lebih baik atau penutup muka yang diperbuat daripada kain sudah memadai?

Bukti penggunaan penutup muka selain penutup muka pembedahan masih belum jelas tetapi menurut pakar, penutup muka yang ketat adalah lebih baik ini termasuk kain.

 

Kain Mana Yang Paling Berkesan Digunakan Sebagai Pengganti Penutup Muka Pembedahan

Salah satu kajian dari Amerika Syarikat telah menyelidik bahan rumah yang terbaik untuk menyingkirkan partikel kecil termasuk beg penyedut hampagas (vacuum cleaner), “cotton quilter” kelas berat atau kain yang berlapis.

Manakala selendang dan bahan bandana kurang berkesan, tetapi masih menangkap sebilangan kecil zarah.

 

Dua Cara Buat Penutup Muka Sendiri

Jika anda mahu berjimat dan menjahit penutup muka sendiri di rumah, ini adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan”-

Sumber Imej: The Guardian

1. Potong kain dua kapas tenunan padat sebesar 25cm X 15cm
2. Lipat dan jahit di bahagian atas dan bawah kain
3. Lipat dan jahit di kiri kanan tetapi pastikan terdapat lubang atau ruang untuk elastik boleh melalui bahagian tersebut
4. Masukkan elastik sepanjang 15 cm melalui lubang tersebut dan ikat elastik.
5. Ikat elastik di bahagian hujung penutup muka dan jahit pada hujung penutup muka supaya kedudukannya kekal.
6. Jika anda tidak mempunyai elastik, boleh juga gunakan ikat rambut mahupun benang tebal.

Bagi yang malas menjahit dan hanya mahu menutup muka dengan kain, anda boleh menggunakan kain bandana yang bersaiz 50cm segi empat.

Sumber Imej: The Guardian

Caranya ialah:-

1. Lipat bandana menjadi dua
2. Lipat setengah bahagian atas ke dalam dan lipat setengah bahagian bawah ke dalam
3. Ambil dua getah atau ikat rambut dan masukkan ke dalam kain dengan jarak 15cm.
4. Lipat hujung kiri dan kanan ke dalam
5. Pakai kain tersebut menutupi hidung dan mulut dan getah di tarik ke belakang telinga.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close