Gaya HidupKesihatan

Mata Juga Merupakan Laluan Penting Untuk Covid-19 Merebak Ke Dalam Tubuh Manusia

Menurut sebuah penyelidikan dari University of Hong Kong (HKU), mata adalah laluan penting bagi COVID-19 masuk ke dalam tubuh manusia.

Menerusi kajian yang dijalankan, mereka mendapati penyebaran virus COVID-19 melalui cara itu adalah 100 kali lebih tinggi daripada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung (H5N1) dalam dua lubang mulut yang diuji oleh pakar kesihatan awam.

Kajian Juga Membuktikan Covid-19 Lebih Berbahaya Dari SARS

Ujian makmal mendedahkan “tahap virus” SARS-Cov-2 – coronavirus yang menyebabkan penyakit COVID-19 – jauh lebih besar daripada SARS di saluran udara pernafasan atas dan konjunktiva, sel-sel yang melapisi permukaan mata.

Pasukan yang diketuai oleh Dr Michael Chan Chi-wai, dari sekolah kesihatan awam HKU, menjadi antara penyelidik pertama di seluruh dunia yang memberikan bukti bahawa coronavirus dapat menjangkiti manusia melalui kedua-dua titik masuk ketika menerbitkan penemuannya dalam edisi terbaru The Lancet Respiratory Medicine.

“Kami mengambil tisu dari saluran pernafasan dan mata manusia di makmal dan menggunakannya untuk mempelajari SARS-Cov-2, membandingkannya dengan SARS dan H5N1.

“Kami mendapati bahawa SARS-Cov-2 jauh lebih efisien dalam menjangkiti konjungtiva manusia dan saluran udara pernafasan atas berbanding SARS, dengan tahap virus sekitar 80 hingga 100 kali lebih tinggi,” kata Dr Chan.

“Ini menjelaskan kebolehjangkitan COVID-19 yang lebih tinggi daripada SARS. Kajian ini juga menyerlahkan fakta bahawa mata mungkin adalah laluan penting jangkitan manusia untuk SARS-CoV-2,” tambah Dr Chan.

Kajian Memperkukuhkan Lagi Nasihat Untuk Mencuci Tangan

Melalui kajian ini, ianya sekaligus menguatkan lagi nasihat yang diberi kepada orang ramai untuk tidak menyentuh mata dan sentiasa mencuci tangan bagi mengelak jangkitan.

Penemuan oleh pasukan Dr Chan dan yang lain mencabar tanggapan umum pada tahap awal krisis kesihatan, bahawa kakitangan perubatan akan dilindungi dengan topeng N95 dan pakaian pelindung, tanpa memerlukan kacamata pakar.

Sumber Imej: Berita Harian

Belajar Daripada Kejadian SARS

Hong Kong pernah dilanda penyakit SARS pada tahun 2003 yang pada ketika itu jumlah mangsa yang dijangkiti ialah seramai 1,755, dengan 299 kematian.

Dr Chan berkata, walaupun ada tanda-tanda bahawa wabak COVID-19 semakin stabil di Hong Kong, keadaan di tempat lain di dunia masih serius.

“Masih banyak kes baharu yang dilaporkan setiap hari. Misalnya contoh di Russia dan Eropah. Kita tidak boleh membiarkan diri leka dari berjaga-jaga. “

Dengan wabak semakin reda di Hong Kong, beberapa sekatan pemerintah terhadap perhimpunan sosial dan operasi perniagaan dilonggarkan bermula 8 Mei yang lalu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close