HiburanTeknologi

Sega Lancar Permainan Video Retro Pada Saiz Micro Bersempena Ulang Tahun

Bersempena ulang tahun ke-60 Sega, syarikat permainan video popular tersebut bakal melancarkan sesuatu yang ‘kecil’ bersempena ulang tahun ini.

Tahun lepas, Sega telah pun melancarkan kembali konsol retro mereka, the Genesis Mini, konsol Sega Genesis yang diperbaharui untuk kegunaan zaman kini dengan saiz yang kecil.

Jadi tahun ini, mereka melancarkan satu lagi produk retro mereka yang lebih ‘kecil’ dari sebelumnya!

Sega Game Gear Micro

Sega telah memperkenalkan pelancaran versi baru permainan video mudah alih mereka yang pernah popular sekitar 90an, Sega Game Gear; Sega Game Gear Micro.

Pengumuman tersebut dikeluarkan melalui cicipan twitter Sega Rabu lalu dengan menunjukkan rupa saiz permainan video tersebut yang lebih kecil.

Sega Game Gear Micro ini dilancarkan bersempena ulang tahun ini lebih kepada mengimbau kembali nostalgia berbanding sebuah permainan yang praktikal.

Permainan ini dibina dengan skrin hanya sebesar 1.15 inci dan dikuasakan dengan 2 bateri bersaiz AAA. Saiznya pula hanya sebesar 40% dari saiz asli Sega Game Gear.

Satu aksesori kanta pembesar juga bakal dikeluarkan iaitu Sega Big Window yang boleh digunakan bersama permainan ini.

4 Variasi Warna dan Permainan Boleh Dipilih

Sega akan melancarkan 4 variasi warna Sega Game Gear Micro ini dengan permainan-permainan Sega terpilih mengikut warna.

  • Model Hitam:
    Sonic the Hedgehog, Puyo Puyo 2, Out Run, Royal Stone
  • Model Biru:
    Sonic Chaos, Gunstar Heroes, Sylvan Tale, Baku Baku Animal
  • Model Kuning:
    Shining Force Gaiden, Shining Force: The Sword of Hajya, Shining Force Gaiden: Final Conflict, Nazo Puyo: Arle no Ru
  • Model Merah:
    Revelations: The Demon Slayer, Megami Tensei Gaiden: Last Bible Special, The G.G. Shinobi, Columns

Permainan ini dijangkan dijual pada harga 5,478yen (sekitar RM215) sebuah dan mula dipasarkan di pasaran Jepun pada 10 Oktober 2020.

Dilaporkan juga terdapat satu lagi edisi yang mengandungi kesemua 4 variasi warna dan kesemua permainan yang akan dijual pada harga 28,512yen (sekitar RM1,119).

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close